Sunday, April 24, 2011

PERLIS BAKAL DIPILIH MENJADI TUAN RUMAH SUKMA KE -17 2014


KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Perlis buat julung kali dipilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 pada 2014, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kepada pemberita.
Beliau berkata pemilihan Perlis itu diputuskan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma telah mendapat gambaran tentang kemudahan sedia ada di negeri itu.

"Kos penganjuran Sukma di Perlis dijangka mencecah hampir RM150 juta," kata Ahmad Shabery
Bagaimanapun, katanya, pemilihan Perlis itu perlu dimaklumkan kepada Kabinet kerana melibatkan kos tambahan bagi menaiktaraf kemudahan sedia ada di negeri itu. Katanya pihaknya akan turut melihat alternatif untuk menggunakan venue di luar negeri itu seperti Pulau Langkawi yang mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa bagi acara menembak dan pelayaran.
Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment