Monday, November 2, 2015

PROMOSI JUALAN KRAF SEMPENA HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI PERLIS (HPPNPs)




Sempena hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis (HPPNPs) yang telah diadakan pada 30 Oktober hingga 01 November 2015, Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis telah menyertai pameran agensi dengan mengadakan Promosi Jualan Kraf, menerusi penglibatan para usahawan dibawah Kraftangan Malaysia. Seramai 8 orang usahawan telah menyertai program pameran yang diadakan selama 3 hari bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis. Pelbagai bidang kraf turut dibawakan untuk diketengahkan kepada para pengunjung. Antaranya barangan kraf hasil Logam (Keris, parang dan pisau) Tekstil (Batik) Aneka Kraf (rantai, gelang perhiasan diri, Capal) dan Hasil rimba (keychain daripada kayu dan pelbagai lagi.  

No comments:

Post a Comment