Tuesday, August 31, 2010

SALAM MERDEKA

Salam,

Diucapkan selamat menyambut hari Merdeka ke 53.Syukur alhamdulillah kita diberikan rahmah dan hidayah NYA selama 53 tahun ini hidup dalam aman dan damai sesama kita yang pelbagai bangsa dan kaum.dalam negara Malaysia yang tercinta ini.Rezeki dan nikmat NYA juga melimpah ruah di berikan kepada kita dengan berbagai punca rezeki.
Kraftangan Perlis juga tidak ketinggalan menyertai sambutan Hari Kemerdekaan ke 53 ini.Semua anggota kerja telah dengan penuh semangat bersama-sama dengan agensi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di negeri Perlis, berbaris dan berhimpun di Dataran Merdeka Negeri Perlis meyambut dan memeriahkan acara ini.
MERDEKA!!!MERDEKA!!!! MERDEKA!!!

Wednesday, August 25, 2010

TERIMA KASIH PM ATAS PEMBERIAN DUIT RAYA..








KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. -Bernama

LAWATAN PENGARAH KE UNIT PENGAJIAN KEJURUTERAAN BAHAN,UNIMAP

Pengarah En. Adzman bin Suhaimi telah mengadakan sesi lawatan ke Unit Pengajian Kejuruteraan Bahan,Unimap pada 20hb. Ogos 2010 bertempat di Kubang Gajah,Jalan Arau-Kangar Perlis. Pada sesi lawatan tersebut, pihak Kraftangan berpeluang meninjau proses penghasilan atau kajian terhadap bahan yang dilakukan oleh unit tersebut. Sesi lawatan tersebut ditemani bersama ketua unit Profesor Che Ruzaidi Ghazali.