Friday, September 20, 2013

PAK NON KE LONDON...


20 Sept.- Pembuat wau terulung negeri Perlis En. Samat Bin Man telah mengikuti rombongan bersama Kraftangan Malaysia melalui Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan ke South Bank, London sempena Malaysia Week Cultural yang bermula pada 16hb sehingga 26hb. September. Pihak Kraftangan Perlis mengucapkan ucapan tahniah kepada beliau sebagai salah seorang pengusaha kraf di negeri Perlis yang telah menjejakkan kaki di negara luar.