Tuesday, November 23, 2010

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010

23.Nov. - Pihak Kraftangan Malaysia Perlis akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia di perkarangan Kraftangan Malaysia Perlis pada 25 - 29 Nov. 2010 bermula pada 10 pagi sehingga 10 malam. Selain jualan,  aktiviti seperti pendidikan kraf, pertandingan mewarna dan persembahan budaya seperti dikir barat, muzik asli, ghazal parti dan wayang kulit akan di sajikan kepada pengujung. Pengujung yang bertuah juga akan membawa pulang hadiah menerusi cabutan bertuah yang akan di lakukan pada setiap hari - Khz/promosi kraf m'sia 10.

Tuesday, November 9, 2010

Bimbingan Teknikal Jahitan Tassle pada Selendang Batik

04.NOV.- Aktiviti bimbingan teknikal jahitan tassle pada selendang telah dijalankan di bengkel inkubator pada 02 - 04 Nov bermula pada jam 8.30am - 4.45 pm. Hanya 3 orang peserta termasuk anggota kerja sahaja terlibat dalam aktiviti memandangkan bencana banjir telah melanda negeri Perlis semasa aktiviti ini dijalankan. Tenaga pengajar,Cik Azlinda Bt. Mohd Yasin dari Batu Pahat,Johor telah menunjukkan teknik - teknik penghasilan gumpalan benang untuk dijadikan tassle selain teknik membuat simpulan pada tassle untuk dijahit pada selendang. Sebanyak 5 helai produk disiapkan. Cadangan asal sebanyak 20 helai. Pengarah, En. Adzman B. Suhaimi telah menyatakan untuk mengadakan aktiviti ini sekali lagi pada masa akan datang. - Khz/2010

Tuesday, November 2, 2010

PERLIS DILANDA BANJIR


03 Nov. 2010: Keadaan banjir bertambah buruk di Perlis dengan angka mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 4,536 orang petang ini berbanding lebih 3,000 pada sebelah pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, mereka dipindahkan ke 35 pusat pemindahan dengan 2,548 mangsa di kawasan Kangar, 1,154 di kawasan Padang Besar dan 834 di kawasan Arau.


Pasukan penyelamat masih mengesan mangsa-mangsa yang perlu dipindahkan untuk dibantu.

Sementara itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut meninjau beberapa pusat pemindahan banjir hari ini.