Tuesday, October 25, 2011
Monday, October 17, 2011
SEKITAR KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN NEGERI PERLIS 2011
Menteri Besar Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu memberi ucapan, seterusnya melakukan gimik perasmian karnival |
Majlis
taklimat berperanan bersama pihak berkuasa dalam perlaksanaan Koridor Utara( NCIA). Program ini membayangkan peluang-peluang
pekerjaan serta kerjaya dalam pelbagai
sektor seiring dengan pembangunan koridor utara ini. Warga tempatan khususnya Perlis, Kedah, Pulau
Pinang dan Perak perlu mensyukuri nikmat ini kerana adanya pemimpin yang
berpandangan jauh yang bukan saja membela nasib bangsa sekarang ini tetapi juga
generasi akan datang.
Program
pelancongan dalam kordor ini menyaksikan
industri kraf mendapat tempias ekonomi yang cukup prihatin “ To encourage private-sector investment to comercialise the rural
handicraft sector in the NCER, a
Handicraft Development Fund (HDF) of RM50 million per annum will be setup to
provide seed capital to private companies or individuals interested to organise
and grow the traditional handicraft industries.” Begitu yakin dan
optimisnya kerajaan terhadap kebolehan pengusaha kraf untuk membangunkan
perusahaan ini ke tahap industri. Maka ini amat menuntut komitmen semua warga
kraf pelbagai lapisan untuk memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Ini bukan “ burung terbang dipipiskan lada” tapi dayung sudah di tangan, sampan
sudah tersedia… kenapa masih samar arah tujuan?
Sunday, October 9, 2011
PENDIDIKAN KRAF WAU BERSAMA PELATIH GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU NEGERI PERLIS
Seorang pelatih guru mempamerkan wau yang telah disiapkan |
Pada 8hb. Oktober yang lalu,bertempat di Institut Pendidikan Guru Negeri Perlis,Behor Pulai Kangar, pihak PKKM Perlis telah mengadakan program pendidikan kraf membuat wau hiasan bersama 65 orang bakal-bakal guru. Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang. En. Samat b. Man,antara tenaga pengajar yang dilantik pihak PKKM Perlis untuk membimbing para peserta sambil dibantu oleh pembantunya En. Husin b. Long dan 2 orang angota kerja bahagian Pemuliharaan Kraf PKKM Perlis. Program ini bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada bakal-bakal guru yang akan menamatkan pengajian suatu hari nanti supaya tidak melupakan pembuatan warisan kraf negara ini,dan mereka boleh mendedahkan pengalaman mereka ini kepada murid-murid mereka nanti. Walaupun pembuatan wau tradisional ini bukan diantara subjek teras dalam pendidikan seni di sekolah,namun pendedahan ini amat penting kepada generasi akan datang,supaya ia tidak akan ditenggelami dengan arus pemikiran moden pada masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)