Tuesday, December 28, 2010

JASA MU TETAP DIKENANG..Salam perpisahan buat mantan Pengarah En. Adzman B. Suhaimi



27 Dis. - Setelah 3 tahun mencurahkan pengalaman dan tunjuk ajar beliau kepada kakitangan serta usahawan - usahawan kraf negeri Perlis, En. Adzman Suhaimi selaku pengarah Kraftangan Malaysia Caw. Perlis telah bertukar ke ibu pejabat, Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada tahun 2011. Selama beliau berkhidmat di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, beliau telah banyak menabur bakti melakukan transformasi khususnya pada kakitangan serta para usahawan kraf di negeri Perlis. Banyak kemudahan dan prasarana yang telah di bangunkan untuk golongan usahawan kraf selain mendapatkan keselesaan kepada kakitangan melalui ruang pejabat baru yang dibina. Selain itu juga, dengan usaha beliau buat julung kali pertamanya acara promosi telah berjaya dilaksanakan di ruang legar Kraftangan Malaysia cawangan Perlis sendiri sehingga mendapat sambutan yang agak menggalakkan bermula pada tahun 2008. Dengan berlangsungnya acara promosi tersebut, maka dapat membuka mata orang ramai untuk menceburi bidang kraf, hasilnya telah ramai mereka yang datang untuk mendaftar sebagai usahawan baru kraf.
Berkat kerjasama beliau juga dan pihak kerajaan negeri bersama Y.M Tengku Puan Sharifah Hismah, sebuah bengkel batik telah didirikan di kawasan Pauh untuk memberi peluang kepada mereka yang berminat menghasilkan batik, bengkel tersebut akan beroperasi sepenuhnya pada awal Januari tahun hadapan.
Sehingga ke hari ini kesan tunjuk ajar serta pandangan En Adzman dapat digunakan dengan berkesan khususnya kepada kakitangan dan usahawan kraf. Jasa beliau amat dihargai, hanya tuhan sahaja dapat membalas segala jasa baik selama beliau berkhidmat disini. Semoga En. Adzman tidak melupai kami semua disini, dan didoakan semoga En. Adzman dapat menempuh kejayaan yang cemerlang, gemilang lagi terbilang pada masa akan datang..Khz/10 rabu dalam hujan..

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH









23 Dis. - Siri akhir kursus ' in - house ' bertajuk Bengkel Pengurusan Jenazah telah dijalankan pada 23 disember yang lalu. Bengkel bermula pada jam 10 pagi berakhir pada 4 petang. Selain kakitangan kraftangan cawangan Perlis, bengkel ini turut dihadiri oleh wakil Jabatan Kebudayaan dan penduduk kampung berdekatan. Bengkel ini dikendali oleh Ustaz Abd Wahab dari Pejabat agama negeri Perlis dan dibantu oleh Puan Hudoh.

Wednesday, December 8, 2010

Selayang pandang...PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010

29. Nov - Promosi Kraf Malaysia 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 25 - 29 Nov. yang lalu di perkarangan PKKM Caw. Perlis. Aktiviti jualan bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Meskipun keadaan negeri Perlis sebelum ini dilanda bencana banjir , namun tidak mematahkan semangat orang ramai yang terus memberikan sokongan terhadap barangan kraf tempatan. Dengan himpunan seramai 40 orang usahawan dari seluruh semenanjung kursusnya dalam bidang tekstil, hasil rimba dan aneka kraf, hasil jualan setiap usahawan agak memuaskan.
Selain aktiviti jualan, pihak cawangan telah menyediakan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, pertandingan permainan congkak, pertandingan sepak bulu ayam, pendidikan kraf, pertandingan mewarna dan karaoke selain hebahan serta lintas langsung ke Radio Malaysia Perlis oleh dj yang bertugas untuk menarik lebih ramai pengujung. - Khz/promosi kraf m'sia 10.