13 Jan. - Pihak Kraftangan Perlis telah mengadakan sesi perjumpaan bersama para usahawan kraf negeri Perlis bagi membincangkan mengenai Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2011 yang bakal berlangsung di Kompleks Kraf K. Lumpur pada 23 Februari ini. Seramai 13 usahawan hadir dalam sesi perbincangan ini yang diketuai pihak Pengarah serta anggota kerja lain. Sesi perbincangan bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 4.30 petang. Antara agenda yang diketengahkan pada sesi perbincangan ini adalah jumlah usahawan yang berminat untuk menyertai promosi, usul mengenai yuran penyertaan serta pengankutan barang dari PKKM Perlis ke Kompleks Kraf K. Lumpur. - HKK'01 Kh/z
Friday, February 11, 2011
Sunday, February 6, 2011
Hari Kraf Kebangsaan
23FEBRUARI - 7 MAC 201110.00 PAGI -10.00 MALAM
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR,JALAN CONLAY
HARI KRAF KEBANGSAAN diadakan bagi tujuan memberi pengiktirafan ke atas sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam menggembangkan industri kraf dan menjana ekonomi negara. Penganjuran ini memberi kesedaran di kalangan masyarakat umum mengenai kewujudan pelbagai produk kraf tempatan dan kepelbagaian penggunaanya yang bukan sahaja sebagai hadiah dan cenderamata tetapi juga untuk kegunaan hiasan dalaman. Para usahawan dan penggiat kraf serta masyaraakat tempatan juga dapat mengetahui perkembangan terkini tentang teknologi, rekaan dan maklumat pasaran semasa industri kraf tempatan dalam usaha menggalakkan pertumbuhaan ekonomi negara.
Hari Kraf Kebangsaan 2011 pada kali ini bertemakan "KRAF MENJANA EKONOMI"
Semua dijemput dan masuk adalah PERCUMA.
Antara aktiviti yaang disediakan adalah seperti jualan kraf, pemeran & jualan produk baru kraf, pameran warisan kraf & edukraf, pameran teknologi, perjumpaan pembeli, apresiasi kraf, demonstrasi kraf, persembahan kesenian dan permainan rakyat.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-21627533 atau layari www.kraftangan.gov.my atau email kepada pro@kraftaangan.gov.my- SUMBER BHG. KOMUNIKASI KORPORAT
Tuesday, January 11, 2011
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM SEMPENA MAAL HIJRAH 1432H
7 Jan. - Sempena sambutan Maal Hijrah 1432h, pihak kerajaan negeri Perlis telah menganjurkan sesi Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk 1 Malaysia 1 Ummah. Seramai 4 orang panel dijemput hadir untuk sesi ceramah. Hadir bersama menteri besar negeri Perlis Y.B Dato' Seri Dr. Md Isa b. Sabu bersama isteri. Pihak Kraftangan Perlis diwakili oleh pihak Pengarah dan anggota kerja lelaki. Acara bermula pada jam 9.30 pm dan berakhir pada 10.30 pm. - Khz/ 1m'sia 1 ummah..
Monday, January 3, 2011
Selamat Datang diucapkan kepada Pengarah En. Rosli Bin Talikun dan En. Wan Husnan Bin Wan Kadir ke Kraftangan Perlis


Tuesday, December 28, 2010
JASA MU TETAP DIKENANG..Salam perpisahan buat mantan Pengarah En. Adzman B. Suhaimi
27 Dis. - Setelah 3 tahun mencurahkan pengalaman dan tunjuk ajar beliau kepada kakitangan serta usahawan - usahawan kraf negeri Perlis, En. Adzman Suhaimi selaku pengarah Kraftangan Malaysia Caw. Perlis telah bertukar ke ibu pejabat, Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada tahun 2011. Selama beliau berkhidmat di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, beliau telah banyak menabur bakti melakukan transformasi khususnya pada kakitangan serta para usahawan kraf di negeri Perlis. Banyak kemudahan dan prasarana yang telah di bangunkan untuk golongan usahawan kraf selain mendapatkan keselesaan kepada kakitangan melalui ruang pejabat baru yang dibina. Selain itu juga, dengan usaha beliau buat julung kali pertamanya acara promosi telah berjaya dilaksanakan di ruang legar Kraftangan Malaysia cawangan Perlis sendiri sehingga mendapat sambutan yang agak menggalakkan bermula pada tahun 2008. Dengan berlangsungnya acara promosi tersebut, maka dapat membuka mata orang ramai untuk menceburi bidang kraf, hasilnya telah ramai mereka yang datang untuk mendaftar sebagai usahawan baru kraf.
Berkat kerjasama beliau juga dan pihak kerajaan negeri bersama Y.M Tengku Puan Sharifah Hismah, sebuah bengkel batik telah didirikan di kawasan Pauh untuk memberi peluang kepada mereka yang berminat menghasilkan batik, bengkel tersebut akan beroperasi sepenuhnya pada awal Januari tahun hadapan.
Sehingga ke hari ini kesan tunjuk ajar serta pandangan En Adzman dapat digunakan dengan berkesan khususnya kepada kakitangan dan usahawan kraf. Jasa beliau amat dihargai, hanya tuhan sahaja dapat membalas segala jasa baik selama beliau berkhidmat disini. Semoga En. Adzman tidak melupai kami semua disini, dan didoakan semoga En. Adzman dapat menempuh kejayaan yang cemerlang, gemilang lagi terbilang pada masa akan datang..Khz/10 rabu dalam hujan..
BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH
23 Dis. - Siri akhir kursus ' in - house ' bertajuk Bengkel Pengurusan Jenazah telah dijalankan pada 23 disember yang lalu. Bengkel bermula pada jam 10 pagi berakhir pada 4 petang. Selain kakitangan kraftangan cawangan Perlis, bengkel ini turut dihadiri oleh wakil Jabatan Kebudayaan dan penduduk kampung berdekatan. Bengkel ini dikendali oleh Ustaz Abd Wahab dari Pejabat agama negeri Perlis dan dibantu oleh Puan Hudoh.
Wednesday, December 8, 2010
Selayang pandang...PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010
29. Nov - Promosi Kraf Malaysia 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 25 - 29 Nov. yang lalu di perkarangan PKKM Caw. Perlis. Aktiviti jualan bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam.
Meskipun keadaan negeri Perlis sebelum ini dilanda bencana banjir , namun tidak mematahkan semangat orang ramai yang terus memberikan sokongan terhadap barangan kraf tempatan. Dengan himpunan seramai 40 orang usahawan dari seluruh semenanjung kursusnya dalam bidang tekstil, hasil rimba dan aneka kraf, hasil jualan setiap usahawan agak memuaskan.
Selain aktiviti jualan, pihak cawangan telah menyediakan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, pertandingan permainan congkak, pertandingan sepak bulu ayam, pendidikan kraf, pertandingan mewarna dan karaoke selain hebahan serta lintas langsung ke Radio Malaysia Perlis oleh dj yang bertugas untuk menarik lebih ramai pengujung. - Khz/promosi kraf m'sia 10.
Subscribe to:
Posts (Atom)


