Thursday, July 19, 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1433H DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Bermulanya esok hari umat islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan 1433H, bulan yang penuh dilimpahi rahmat dari Allah S.W.T. Pihak PKKM Perlis mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia serta umat di seluruh dunia. Semoga ibadata yang kita lakukan  pada tahun ini di bulan Ramdahan yang penuh berkat diterima dengan kehendak-Nya

Bismillah...

Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ibu bapa kami,
Ampunkan dosa-dosa isteri/suami kami,
Ampunkan dosa-dosa anak-anak kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ahli keluarga kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa muslimin dan muslimat saudara kami ya Allah.

Panjangkan umur kami dengan berbuat amal ibadat kepadaMu ya Allah,
Hindarilah diri kami dari melakukan dosa-dosa kepadaMu ya Allah,
Engkau teguhkanlah iman kami ya Allah,
Matikan diri kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah,
Murahkan rezeki kami dengan rezeki yang halal ya Allah,

Masukkan kami ke dalam syurgaMu ya Allah,
Jauhikan kami dari azab seksa nerakaMu ya Allah,
Temukan kami dan keluarga kami di dalam syurgamu ya Allah.

TAHNIAH ENCIK ANUAR SAKRI!


Pihak PKKM Perlis mengucapkan tahniah kepada anggota kerja En. Anuar Sakri B. Abidin berjawatan Pemandu R3 atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 semalam.



Monday, July 2, 2012

SELAMAT DATANG KE NEGERI PERLIS TUAN PENGARAH

Pihak PKKM Perlis telah menerima perlantikkan Pengarah cawangan yang baru iaitu Encik Noor Effendy B. Abdul Karim yang telah melapor diri pada 2 Julai lalu.Beliau sebelum ini bertugas sebagai Penolong Pengarah di bahagian ibu pejabat Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Semoga kehadiran beliau akan meningkatkan lagi prestasi pembangunan kraf di negeri Perlis nanti..

Monday, June 18, 2012

KURSUS IN-HOUSE ' MOTIVASI & POTENSI DIRI '

Bagi mencukupi 7 hari berkursus yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Pentadbiran, Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah telah manfaatkan peruntukan yang diturunkan oleh Unit Pengurusan Sumber Manusia,Ibu Pejabat dengan mengadakan kursus di peringkat cawangan (In-House Bil1/2012) pada 13 Jun 2012 dengan penyertaan seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada anggota kerja Kraftangan Zon Utara (PKKM Cawangan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang). Butiran kursus adalah seperti berikut:
Tajuk                :        Motivasi Diri dan Potensi Diri
Masa                :        8:30 pagi - 4:30 petang (6 Jam)
Penceramah   :        En Sabarani bin Ghazali
                                 Pensyarah Kanan, Universiti Utara Malaysia.
Tempat            :        Bilik Seminar, PKKM Cawangan Kedah.

* SUMBER BLOG PKKM CAWANGAN KEDAH




 
                                                                                                                                         creat by: khaty

Monday, June 11, 2012

LAWATAN BERPANDU PROMOSI KERJA KAHWIN 2012



Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2012 pada 20 Jun hingga 2 Julai 2012.  Pelbagai acara dan aktiviti yang disusun diantaranya ialah jualan produk kraf, produk perkahwinan dan perkhidmatan perkahwinan, pameran kerja kahwin, demonstrasi dan interaktif, manifestasi perkahwinan Malaysia serta alunan muzik perkahwinan Malaysia. Dianggarkan seramai 300 usahawan meliputi 200 usahawan kraf dan 100 usahawan perkhidmatan perkahwinan akan menyertai promosi yang bakal berlangsung selama 13 hari.
Kumpulan-kumpulan, persatuan, sekolah, universiti dan badan-badan korporat dijemput turut serta ke promosi anjuran Kraftangan Malaysia ini. Bersempena dengan Promosi Kerja Kahwin 2012 Kraftangan Malaysia turut menyediakan  Perkhidmatan Lawatan Berpandu berkumpulan. Permohonan boleh dibuat melalui borang yang disediakan ataupun berhubung terus dengan Urus Setia Lawatan Berpandu Berkumpulan di talian 03-21611470 / 80 atau email kepada komplekskrafkl@kraftangan.gov.my 

Tuesday, June 5, 2012

PESTA SUKAN TAHUNAN KALI KE-18 KRAFTANGAN MALAYSIA

 
Ketua Pengarah En. Mohd. Kamil Bin Mohd. Ali hadir untuk menyempurnakan acara perasmian pesta sukan
Pesta sukan tahunan kali ke-18 Kraftangan Malaysia anjuran KSKKM (induk) bertempat di HUSM, Kubang Kerian Kelantan telah melabuhkan tirainya pada 3 Jun 2012. Pesta sukan bermula secara rasminya pada 1 Jun 2011. Pelbagai aktiviti sukan telah dianjurkan seperti Futsal,Ping-Pong,Bola Tampar,Bowling dan sukaneka. Setiap pasukan dipecahkan kepada 6 pasukan iaitu Paduka,Temenggong, Bentara, Laksamana, Bendahara dan Panglima. Temenggong yang diwakili oleh PKKM Perlis, PKKM Terengganu, PKKM P. Pinang serta ibu pejabat berjaya menjadi johan keseluruhan. Pesta sukan ke-19 dijangka akan diadakan di destinasi P.Pinang pada masa akan datang. Tahniah sekali lagi buat skuad Temenggong.




WARTAWAN WARTA PERLIS (PAK YA) MENINGGAL DUNIA

Allahyarham Zakaria Mahmood ( Pak Ya) hadir membuat liputan sempena Pendidikan Kraf Perdana 2011

KANGAR, 26 Mei (Bernama) -- Wartawan Warta Perlis, Zakaria Mahmood meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini Sabtu akibat serangan jantung.Allahyarham, 68, menghembuskan nafas terakhir pada 4.42 petang di HTF beberapa jam selepas dibawa ke jabatan kecemasan hospital itu.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham aktif dalam bidang penulisan dan pernah menulis untuk beberapa akhbar tabloid sebelum menyertai Warta Perlis sebagai wartawan sejak lebih 10 tahun lepas.Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan di tanah perkuburan Islam Padang Lati pukul 11 pagi Ahad.Al-Fatihah...Semoga roh beliau dicucuri rahmat dengan kehendak Allah S.W.T..

Sumber: BERNAMA