Tuesday, November 15, 2011

MEWARNA BATIK SEMPENA FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI PERLIS


Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara(JKKN) negeri Perlis telah menganjurkan Festival Kesenian Kanak-Kanak(FESKEKK) peringkat negeri Perlis pada 15hb yang lalu. Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang. Exco  Belia,  Sukan, Kebudayaan, Kesenian, Sumber Manusia dan Perpaduan kerajaan negeri Perlis YB Abdul Jamil Saad bersama isteri hadir bersama merasmikan program tersebut. Pihak PKKM Perlis pula telah melibatkan diri dalam aktiviti mewarna batik bersama-sama pelajar tadika yang hadir dari disekitar negeri Perlis. Pihak Perpusatakaan awam negeri Perlis juga turut bersama menganjurkan aktiviti permainan kanak-kanak bagi memeriahkan lagi suasanan program.
                

Sunday, November 13, 2011

PENDIDIKAN KRAF ROTAN 11.11.11


Pihak PKKM Perlis bersama Sek.Men. Keb. Dato' Ali, Kangar telah mengadakan aktiviti pendidikan kraf menganyam rotan pada Jumaat yang lalu. Aktiviti tersebut telah menghimpunkan hampir 100 pelajar Sek. Men. Keb. Dato' Ali, Kangar yang begitu berminat menimba pengalaman menghasilkan produk kraf rotan. Pihak PKKM Perlis yang diwakili Bahagian Pemuliharaan menggunakan khidmat usahawan Wan Shabanun dari syarikat Dwisha Craft & anggota kerja En. Ahmad Zaki untuk menjadi  fasilitator tenaga pengajar bagi membimbing pelajar yang menyertai aktiviti tersebut. Aktiviti bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 12 tengahari. Pihak guru yang turut serta menjadi antara sebahagian peserta berasa teruja dan berharap kerjasama antara kedua-dua pihak ini akan berlanjutan pada masa akan datang untuk jadikan aktiviti seperti ini sebahagian aktiviti kokurikulum/riadah pelajar.






Wednesday, November 2, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1432H/2011

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang bangun pada kedua malam dari Raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan ikhlas, kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada saat hati semua orang telah mati". (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Umam )
Pihak PKKM Caw. Perlis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H/2011 kepada kaum muslimin dan muslimat terutama kepada semua warga anggota kerja Kraftangan Malaysia.

Monday, October 17, 2011

SEKITAR KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN NEGERI PERLIS 2011

Menteri Besar Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu memberi ucapan,
seterusnya melakukan gimik perasmian karnival
Pada 16 Oktober yang lalu, berlansung dengan rasminya Karnival Kerjaya dan Keusahawanan peringkat negeri Perlis yang beranjakkan Menteri Besar Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu untuk merasmikan karnival di Dewan Wawasan 2020 Karnival bertujuan menterjemahkan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal Insan dan mencapai masyarakat Malaysia yang berpendapatan tinggi menjelang wawasan 2020. Karnival bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 5 petang. Anggaran 30 syarikat usahawan,10 agensi Jabatan kerajaan negeri dan 20 NCIA mempamerkan pengiklanan serta produk mereka. Turut hadir bersama ketika majlis perasmian,Pengarah PKKM Perlis  En. Rosli b. Talikun dan anggota kerja En. Nazri B. Basiran. Berikut antara keratan intipati ucapan Menteri Besar sempena karnival tersebut berlangsung.

Majlis taklimat berperanan bersama pihak berkuasa dalam perlaksanaan Koridor Utara( NCIA). Program ini membayangkan peluang-peluang pekerjaan serta kerjaya  dalam pelbagai sektor seiring dengan pembangunan koridor utara ini. Warga  tempatan khususnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak perlu mensyukuri nikmat ini kerana adanya pemimpin yang berpandangan jauh yang bukan saja membela nasib bangsa sekarang ini tetapi juga generasi akan datang.

Program pelancongan  dalam kordor ini menyaksikan industri kraf mendapat tempias ekonomi yang cukup prihatin “ To encourage private-sector investment to comercialise the rural handicraft sector in the NCER,  a Handicraft Development Fund (HDF) of RM50 million per annum will be setup to provide seed capital to private companies or individuals interested to organise and grow the traditional handicraft industries.” Begitu yakin dan optimisnya kerajaan terhadap kebolehan pengusaha kraf untuk membangunkan perusahaan ini ke tahap industri. Maka ini amat menuntut komitmen semua warga kraf pelbagai lapisan untuk memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Ini bukan “ burung terbang dipipiskan lada” tapi dayung sudah di tangan, sampan sudah tersedia… kenapa masih samar arah tujuan?






Sunday, October 9, 2011

PENDIDIKAN KRAF WAU BERSAMA PELATIH GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU NEGERI PERLIS

Seorang pelatih guru mempamerkan wau yang telah disiapkan
Pada 8hb. Oktober yang lalu,bertempat di Institut Pendidikan Guru Negeri Perlis,Behor Pulai Kangar, pihak PKKM Perlis telah mengadakan program pendidikan kraf membuat wau hiasan bersama 65 orang bakal-bakal guru. Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang. En. Samat b. Man,antara tenaga pengajar yang dilantik pihak PKKM Perlis untuk membimbing para peserta sambil dibantu oleh pembantunya En. Husin b. Long dan 2 orang angota kerja bahagian Pemuliharaan Kraf PKKM Perlis. Program ini bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada bakal-bakal guru yang akan menamatkan pengajian suatu hari nanti supaya tidak melupakan pembuatan warisan kraf negara ini,dan mereka boleh mendedahkan pengalaman mereka ini kepada murid-murid mereka nanti. Walaupun pembuatan wau tradisional ini bukan diantara subjek teras dalam pendidikan seni di sekolah,namun pendedahan ini amat penting kepada generasi akan datang,supaya ia tidak akan ditenggelami dengan arus pemikiran moden pada masa akan datang.




Tuesday, September 27, 2011

PROGRAM MERAKYATKAN SENI (PMS) & RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 1432H/2011 ANJURAN JKKN PERLIS

Menteri Besar Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu bersama Timbalan Menteri
Penerangan,Komumnikasi & Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruzz
menurunkan tandatangan untuk gimik perasmian program
Pihak Jabatan Kebudayaan,Kesenian Negara bersama Jabatan Penerangan negeri Perlis serta agensi dibawah KPKK negeri Perlis telah mengadakan Program Merayatkan Seni & Budaya Komuniti 1 Malaysia dan Rumah terbuka Aidilfitri 1432h/2011. Bertempat di Padang awam Kampung sungai Serai,Chuping Perlis,program bermula pada 24 September dan berakhir pada keesokanya. Anggaran 20 khemah didirikan untuk sepanjang program tersebut berlangsung, lebih separuh daripada itu dijadikan sebagai pertandingan khemah-khemah tercantik,peserta yang terdiri daripada penduduk-penduduk kampung di sekitar kawasan DUN Chuping. Mereka juga turut bergotong-royong menyediakan juadah disetiap khemah untuk hidangan kepada orang ramai yang hadir.
Program tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan menteri Penerangan,Komunikasi & Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz serta Menteri Besar Perlis Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu bersama exco-exco kerajaan untuk merasmikan majlis.Gimik menandatangani kad raya terbesar dilakukan oleh    kedua-dua wakil kerajaan ini untuk  menandakan secara rasminya program bermula.Acara perasmian dan jamuan bermula seawal jam 2 petang dan berakhir sekitar jam 5 petang.

Kemeriahan program berlangsung (Pop art version)