Wednesday, November 21, 2012

HARI KELUARGA KSKKMCPs 2012


Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia cawangan Perlis akan mengadakan sambutan Hari Keluarga buat pertama kalinya. Bertempat di Pantai Merdeka. Kuala Muda Kedah,program yang akan berlangsung selama 2 hari ini akan melibatkan semua ahli keluarga anggota kerja.

Monday, October 1, 2012

MEGA PENDIDIKAN KRAF MENCANTING DAN MEWARNA BATIK PERDANA 2012



Pihak Kraftangan Perlis dengan kerjasama Bahagian Perlancongan Politeknik Syed Sirajuddin, Pauh Perlis telah mengadakan mega pendidikan kraf mencanting dan mewarna batik perdana yang berlangsung di dewan Harumanis politeknik. Seramai 400 orang peserta terdiri daripada pelajar-pelajar politeknik dan wakil penjawat awam negeri Perlis. Aktiviti tersebut dijalankan pada 2 sesi iaitu pada 24 september dan 25 september 2012. Majlis perasmian mega pendidikan kraf ini disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Syed Sirajuddin Tuan Haji Md. Nor B. Baharom. Hadir bersama pada majlis tersebut Pengarah Kraftangan Perlis En. Nor Effendy B. Abd. Karim dan ketua Jabatan Perlancongan dan hospitaliti politeknik.





BIMBINGAN TEKNIKAL (PEWARNAAN BATIK)


Pihak Kraftangan Perlis telah menganjurkan bengkel bimbingan teknikal pewarnaan untuk usahawan batik negeri Perlis bertempat di bengkel pembangunan batik, Pauh selama 3 hari bermula pada 9 september dan berakhir pada 11 semptember 2012. Seramai 4 usahawan batik bersama pekerja mereka hadir untuk mempelajari teknik bancuhan warna dengan lebih sempurna untuk digunakan semasa menghasilkan produk. Tenaga pengajar dari Institut Kraf Negara En. Mohd. Sakri B. Ismail dipertanggungjawabkan untuk mencurahkan segala ilmu pengetahuan yang beliau ada.En. Sakri meletakkan 2 fokus dalam sesi bimbingan tersebut. Pertama sukatan warna mengikut produk dihasilkan dan kedua padanan warna mengikut kesusaian produk dan kehendak pelanggan mengikut peredaran masa.  2 fokus tersebut diterapkan melalui penggunaan  warna Remazol dan naphtol dengan kaedah teknik mencanting dan batik terap. 





Thursday, August 30, 2012

MERDEKA! MERDEKA!..SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55


Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Selamat menyambut hari merdeka ke-55 (Janji ditepati)..

Sunday, August 12, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H/2012


Pihak Kraftangan Perlis mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H Maaf zahir &batin kepada seluruh anggota kerja Kraftangan Malaysia
Hati-hati ketika pulang berhari raya semoga kepulangan kita disambut dengan senyuman dan bukan dengan tangisan.
Masam-masam rasanya cuka,
Lagi best kalau curahkan kat luka,
Balik kampung semua suka,
Pandu cermat elak duka.


Sunday, July 22, 2012

PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2012



Kraftangan Malaysia akan mengadakan Promosi Kraf Aidilfitri bermula pada 1 hingga 12 Ogos di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula jam 10.00 pagi - 10.00 malam.  Pelbagai aktiviti jualan, demonstrasi, interaktif, pameran berkaitan produk-produk kraf Aidilfitri diadakan.  Turut diadakan Bazar Ramadhan yang bermula pada 23 Julai hingga 14 Ogos di perkarangan Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang akan beroperasi jam 3.00 petang hingga 8.00 malam. Semua dijemput untuk melawat dan membeli belah produk-produk persiapan hari raya.  Sebarang maklumat lanjut sila hubungi ditalian 03-21627459 atau layari www.kraftangan.gov.my .-sumber dari pena Ketua Pengarah.

Thursday, July 19, 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1433H DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Bermulanya esok hari umat islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan 1433H, bulan yang penuh dilimpahi rahmat dari Allah S.W.T. Pihak PKKM Perlis mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia serta umat di seluruh dunia. Semoga ibadata yang kita lakukan  pada tahun ini di bulan Ramdahan yang penuh berkat diterima dengan kehendak-Nya

Bismillah...

Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ibu bapa kami,
Ampunkan dosa-dosa isteri/suami kami,
Ampunkan dosa-dosa anak-anak kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ahli keluarga kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa muslimin dan muslimat saudara kami ya Allah.

Panjangkan umur kami dengan berbuat amal ibadat kepadaMu ya Allah,
Hindarilah diri kami dari melakukan dosa-dosa kepadaMu ya Allah,
Engkau teguhkanlah iman kami ya Allah,
Matikan diri kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah,
Murahkan rezeki kami dengan rezeki yang halal ya Allah,

Masukkan kami ke dalam syurgaMu ya Allah,
Jauhikan kami dari azab seksa nerakaMu ya Allah,
Temukan kami dan keluarga kami di dalam syurgamu ya Allah.