![]() |
Datuk Hajah Mastika Junaidah (kiri) bersama timbalan pengarah Jabatan Penerangan dan Pengarah PKKM En. Rosli menyampaikan hadiah unutk pemenang sukan rakyat sempena program tersebut berlangsung |
Wednesday, December 28, 2011
PROGRAM MERAYATKAN SENI,KG. CHANGKAT JAWI
Wednesday, December 14, 2011
SHOWCASE SDSI, AYER KEROH MELAKA 2011
![]() |
YB Dato' Mukriz Tun Mahathir menerima cenderamata dari wakil jawatankuasa SDSI negeri Perlis |
Tuesday, December 13, 2011
AL-FATIHAH BUAT PEREKA KRAFTANGAN ALLAHYARHAM NAZARI BIN MAARUS
Pihak PKKM Perlis merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham En. Nazari Maarus,Pereka Kraftangan Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah pada 13/12/11. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan-golongan mereka yang beriman. Sesungguhnya negara kita akan terasa kehilangan insan berjiwa seni yang berbakat besar dalam dunia peragaan. Al-fatihah......
Tuesday, November 15, 2011
MEWARNA BATIK SEMPENA FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI PERLIS
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara(JKKN) negeri Perlis telah menganjurkan Festival Kesenian Kanak-Kanak(FESKEKK) peringkat negeri Perlis pada 15hb yang lalu. Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang. Exco Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian, Sumber Manusia dan Perpaduan kerajaan negeri Perlis YB Abdul Jamil Saad bersama isteri hadir bersama merasmikan program tersebut. Pihak PKKM Perlis pula telah melibatkan diri dalam aktiviti mewarna batik bersama-sama pelajar tadika yang hadir dari disekitar negeri Perlis. Pihak Perpusatakaan awam negeri Perlis juga turut bersama menganjurkan aktiviti permainan kanak-kanak bagi memeriahkan lagi suasanan program.
Sunday, November 13, 2011
PENDIDIKAN KRAF ROTAN 11.11.11
Pihak PKKM Perlis bersama Sek.Men. Keb. Dato' Ali, Kangar telah mengadakan aktiviti pendidikan kraf menganyam rotan pada Jumaat yang lalu. Aktiviti tersebut telah menghimpunkan hampir 100 pelajar Sek. Men. Keb. Dato' Ali, Kangar yang begitu berminat menimba pengalaman menghasilkan produk kraf rotan. Pihak PKKM Perlis yang diwakili Bahagian Pemuliharaan menggunakan khidmat usahawan Wan Shabanun dari syarikat Dwisha Craft & anggota kerja En. Ahmad Zaki untuk menjadi fasilitator tenaga pengajar bagi membimbing pelajar yang menyertai aktiviti tersebut. Aktiviti bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 12 tengahari. Pihak guru yang turut serta menjadi antara sebahagian peserta berasa teruja dan berharap kerjasama antara kedua-dua pihak ini akan berlanjutan pada masa akan datang untuk jadikan aktiviti seperti ini sebahagian aktiviti kokurikulum/riadah pelajar.
Wednesday, November 2, 2011
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1432H/2011
Tuesday, October 25, 2011
Monday, October 17, 2011
SEKITAR KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN NEGERI PERLIS 2011
Menteri Besar Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu memberi ucapan, seterusnya melakukan gimik perasmian karnival |
Majlis
taklimat berperanan bersama pihak berkuasa dalam perlaksanaan Koridor Utara( NCIA). Program ini membayangkan peluang-peluang
pekerjaan serta kerjaya dalam pelbagai
sektor seiring dengan pembangunan koridor utara ini. Warga tempatan khususnya Perlis, Kedah, Pulau
Pinang dan Perak perlu mensyukuri nikmat ini kerana adanya pemimpin yang
berpandangan jauh yang bukan saja membela nasib bangsa sekarang ini tetapi juga
generasi akan datang.
Program
pelancongan dalam kordor ini menyaksikan
industri kraf mendapat tempias ekonomi yang cukup prihatin “ To encourage private-sector investment to comercialise the rural
handicraft sector in the NCER, a
Handicraft Development Fund (HDF) of RM50 million per annum will be setup to
provide seed capital to private companies or individuals interested to organise
and grow the traditional handicraft industries.” Begitu yakin dan
optimisnya kerajaan terhadap kebolehan pengusaha kraf untuk membangunkan
perusahaan ini ke tahap industri. Maka ini amat menuntut komitmen semua warga
kraf pelbagai lapisan untuk memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Ini bukan “ burung terbang dipipiskan lada” tapi dayung sudah di tangan, sampan
sudah tersedia… kenapa masih samar arah tujuan?
Sunday, October 9, 2011
PENDIDIKAN KRAF WAU BERSAMA PELATIH GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU NEGERI PERLIS
![]() |
Seorang pelatih guru mempamerkan wau yang telah disiapkan |
Pada 8hb. Oktober yang lalu,bertempat di Institut Pendidikan Guru Negeri Perlis,Behor Pulai Kangar, pihak PKKM Perlis telah mengadakan program pendidikan kraf membuat wau hiasan bersama 65 orang bakal-bakal guru. Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang. En. Samat b. Man,antara tenaga pengajar yang dilantik pihak PKKM Perlis untuk membimbing para peserta sambil dibantu oleh pembantunya En. Husin b. Long dan 2 orang angota kerja bahagian Pemuliharaan Kraf PKKM Perlis. Program ini bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada bakal-bakal guru yang akan menamatkan pengajian suatu hari nanti supaya tidak melupakan pembuatan warisan kraf negara ini,dan mereka boleh mendedahkan pengalaman mereka ini kepada murid-murid mereka nanti. Walaupun pembuatan wau tradisional ini bukan diantara subjek teras dalam pendidikan seni di sekolah,namun pendedahan ini amat penting kepada generasi akan datang,supaya ia tidak akan ditenggelami dengan arus pemikiran moden pada masa akan datang.
Tuesday, September 27, 2011
PROGRAM MERAKYATKAN SENI (PMS) & RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 1432H/2011 ANJURAN JKKN PERLIS
![]() |
Menteri Besar Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu bersama Timbalan Menteri Penerangan,Komumnikasi & Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruzz menurunkan tandatangan untuk gimik perasmian program |
Program tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan menteri Penerangan,Komunikasi & Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz serta Menteri Besar Perlis Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu bersama exco-exco kerajaan untuk merasmikan majlis.Gimik menandatangani kad raya terbesar dilakukan oleh kedua-dua wakil kerajaan ini untuk menandakan secara rasminya program bermula.Acara perasmian dan jamuan bermula seawal jam 2 petang dan berakhir sekitar jam 5 petang.
![]() |
Kemeriahan program berlangsung (Pop art version) |
Sunday, September 18, 2011
SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-54 & HARI MALAYSIA 2011 PERINGKAT NEGERI PERLIS
![]() |
Pihak PKKM Perlis bergabung bersama beberapa agensi dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan menyertai pembarisan |
Wednesday, September 14, 2011
AL-FATIHAH - WAN SU BIN OTHMAN
Wan Su bin Wan Othman
(Bidang Pengukiran Kayu)
1899-2011
Al-Fatihah kepada Wan Su bin Othman atau dikenali sebagai Tok Ayah yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi. Allahyarham merupakan seorang pengukir kayu yang disegani.
Antara ukiran yang dihasilkan allahyarham adalah Pintu Besar Muzium Negara Kuala Lumpur, Wayang Kulit di Muzium Negara, Muzium Denmark, Muzium Singapura, Meja pejabat MAS London, Pintu Utama dan Dewan Santapan Istana Sultan Pahang, Dewan Santapan Istana Sulatan Selangor dan banyak lagi. Allahyarham juga diiktiraf sebagai Adiguru Kraf Ukiran Kayu Tradisional oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 1979. info- Bhg. Komunikasi Korporat
Al-Fatihah kepada Wan Su bin Othman
Monday, September 12, 2011
Tuesday, August 23, 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H/2011 & SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54
Pihak PKKM Perlis mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir & batin sekiranya pihak kami tersalah bicara, harap mohon diampunkan & Selamat menyambut hari Merdeka ke-54. Berhati-hati di jalan raya,kepulangan anda dinanti dengan senyuman dan bukannya tangisan.
TAKZIAH BUAT KELUARGA SHARINA SAARI (BSK) ATAS PEMERGIAN BONDA TERCINTA
Pihak PKKM Perlis merakamkan ucapan takziah atas pemergian bonda tercinta Sharina Saari (Bahagian Komunikasi Korporat) pada petang semalam. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman..Al-Fatihah.
Monday, August 22, 2011
ERTI MERDEKA BAGI KITA SEMUA....
![]() |
Bersemangat,Pengarah En. Rosli dan En. Wan Husnan dengan penuh bangga & semangat memegang sepanduk Merdeka |
Dikala ramadhan kian menghampiri penghujungnya, syawal pula bakal tiba namun jangan dilupa hari Merdeka juga jatuh pada bulan yang sama. Bagi menunjukkan rasa bangga dan hormat pada negara tercinta, sempena bulan kemerdekaan tahun ini, pihak anggota kerja PKKM Perlis berkerjasama menghiasi perkarangan pejabat dengan bendera Malaysia bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Merdeka. Tema kemerdekaan tahun ini adalah '1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera'. Sama-sama kita kibarkan bendera jalur gemilang.
Subscribe to:
Posts (Atom)