Wednesday, December 28, 2011

PROGRAM MERAYATKAN SENI,KG. CHANGKAT JAWI

Datuk Hajah Mastika Junaidah (kiri) bersama timbalan pengarah Jabatan Penerangan dan Pengarah PKKM En. Rosli menyampaikan hadiah unutk pemenang sukan rakyat sempena program tersebut berlangsung
Pada 15 Disember lalu, pihak Jabatan Kebudayaan &Kesenian Negara bersama Jabatan Penerangan Perlis telah menganjurkan Program Merayatkan Seni bertempat di Kampung Changkat Jawi,DUN Guar Sanji. Program bermula pada 14hb dengan aktiviti seperti sukan rakyat dan pertandingan karaoke lagu patriotik diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Program sepatutnya dirasmikan oleh Exco Agama Negeri Perlis iaitu YBJafperi Bin Othman yang juga wakil rakyat bagi DUN kawasan Guar Sanji, namun disebabkan beliau menghadiri persidangan di SUK Perlis pada masa yang sama beliau telah mewakilkan Ketua Wanita Umno negeri Perlis Dato' Hajjah Mastika Junaidah Bt. Husin yang juga mantan pengerusi Kraftangan Malaysia sebagai perasmi program. Perasmian disempurnakan pada pukul 2.30 petang dan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah JKKN negeri Perlis En. Rizal. Sejurus kemudian Dato' Hajjah Mastika mengambil tempat untuk ucapan perasmian bagi mewakili YB Adun Guar Sanji yang tidak dapat hadir beliau juga sudi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang sukan rakyat yang diadakan pada sebelah pagi. Antara sukan yang diadakan seperti acara bolasepak berkain pelekat,sepaktakraw dan acara mengadam sireh junjung. Selain itu juga orang ramai yang hadir turut menikmati juadah kenduri rakyat dan bubur asyura yang telah dihidangkan oleh penganjur. Pihak PKKM Perlis yang hadir mengadakan pameran sebagai tanda sokongan kepada program yang diadakan. Semoga aktiviti seperti ini diadakan pada tahun hadapan di venue yang lain agar dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim antara agensi-agensi kerajaan bersama masyarakat kampung.



No comments:

Post a Comment