Wednesday, January 11, 2012

KOMUNITI 1 MALAYSIA PROGRAM PENUTUP 2011

     
Yb. Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu bersama isteri hadir bersama merasmikan majlis. Kelihatan Pengarah PKKM Perlis En. Rosli Talikun serta pengarah-pengarah jabatan agensi dibawah KPKK negeri perlis hadir bersama. 





    
Karnival Komuniti 1 Malaysia yang telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan negeri Perlis menjadi program penutup tahun 2011. Karnival bermula pada 31hb Disember 2011 dan berakhir pada 1 Januari 2012. Hampir 20 buah kampung yang terdiri daripada beberapa kawasan DUN negeri Perlis mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Kampung Banggol Sena Parlimen Padang Besar dipilih sebagai lokasi tempat karnival berlangsung. Pelbagai aktiviti serta program dijalankan,antaranya adalah pameran gerai-gerai jualan serta pertandingan hiasan khemah tercantik. Selain itu juga pertandingan memasak bubur asyura juga turut diadakan dimana pihak Kraftangan Perlis berjaya membolot tempat ketiga,seramai 30 peserta yang terdiri dari wakil jabatan serta penduduk kampung yang masuk bertading dalam acara tersebut.Majlis perasmian serta penutup telah diadakan pada 1 Januari 2012  telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis Dato' Seri Dr. Md. Isa B.Sabu. Dianggarkan hampir 6 ribu orang ramai hadir memberi sokongan pada hari karnival tersebut meskipun cuaca yang tidak menentu pada sebelah pagi. Pihak Kraftangan Perlis juga hadir memberi sokongan dengan mengadakan pameran korporat di khemah yang disediakan dengan menyampaikan info-info mengenai Kraftangan Malaysia bagi mengalakkan serta menarik minat orang ramai memberi sokongan kepada industri kraf negara. Semoga karnival seperti ini diadakan lagi pada tahun ini bagi mmeriahkan lagi aktiviti sosial masyarakat kampung.




No comments:

Post a Comment