Thursday, April 12, 2012

HARI KRAF KEBANGSAAN 2012 "KRAF PENJANA EKONOMI RAKYAT"

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor  melakukan gimik pelancaran sambil diperhatikan Dato' Rais dan Isteri serta Setiausaha KPKK Datuk Seri Kamaruddin Siaraf ,Pengerusi Kraftangan Malaysia Dato' Sohaimi dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia En. Mohd. Kamil B. Mohd Ali.

Hari Kraf Kebangsaan yang berlangsung pada 21 Mac lalu berakhir pada 2 April 2012. Banyak kenangan manis tersimpan dilubuk ingatan kepada setiap yang berkunjung semasa promosi tersebut berlangsung.Bertemakan "Kraf Penjana Ekonomi Rakyat" Hari Kraf Kebangsaan ini juga telah menempa sejarah dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor yang turut mencemar duli hadir untuk merasmikan majlis pada 22 Mac 2012. Kehadiran Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais b. Yatim serta isteri Datin Seri Maznah Rais memeriahkan lagi acara perasmian. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Yang Berbahagia Dato' Seri Kamaruddin Siraf, Yang Berbahagia Dato' Sohaimi Shahdan dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Yang Berbahagia Encik Mohd. Kamil B. Mohd. Ali bagi mengiringi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Hampir 500 usahawan terdiri daripada usahawan seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak berkampung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur ini. Rata-rata pengunjung serta usahawan yang hadir begitu teruja dengan konsep tahun iaitu konsep ' Pop Art'. Konsep seperti ini sesekali mengimbas kembali zaman kegemilangan retro dari segi warna pada produk serta fashion pada pakaian batik yang telah diketengahkan oleh pihak Kraftangan Malaysia. Selain acara lintas langsung melalui RTM serta secara langsung Selamat Pagi Malaysia, Hari Kraf Kebangsaan kali ini menarik lebih ramai pengunjung untuk datang memberi sokongan kepada produk kraf buatan Malaysia. Diharap pada tahun-tahun berikutnya Promosi seperti ini dapat dijalankan dengan lebih sempurna supaya dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung terutama sekali kepada pengunjung luar negara agar dapat menengahkan lagi produk kraf buatan Malaysia ini dimata dunia.
Untuk lebih gambar perasmian HKK'12 sila kilk disini




No comments:

Post a Comment