Wednesday, November 6, 2013

PENDIDIKAN KRAF PERDANA 2013 BERSAMA SMK. SYED ALWI KANGAR






28 Okt. 2013 - Pihak Kraftangan Malaysia, Perlis telah menganjurkan aktiviti Pendidikan Kraf Perdana kali ketiga pada Oktober yang lalu. Lokasi SMK Syed Alwi, Kangar menjadi pilihan dengan kerjasama dari guru-guru pendidikan seni sekolah terbabit. Seramai 350 orang pelajar melibatkan diri dalam mendalami ilmu pembuatan batik dari peringkat permulaan sehingga proses terakhir pembuatan. Kesemua pelajar telah didehkan dengan aktiviti melukis diatas kain kemudian proses mencanting dan mewarna diatas rekacorak yang dihasilkan. Aktiviti tersebut telah dirasmikan dengan sempurna oleh Yang Berhormat Tuan Ahmad Bakri@Ahmad Zakri  (ADUN Kayang) .Pada sidang akbar beliau menyatakan ''Menerusi program yang memberi pendedahan dan pengetahuan asas mengenai proses pembuatan batik canting secara praktikal, akan membantu mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan pada suatu hari nanti," Pada majlis tersebut turut dihadiri Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis En. Mohd. Noor Effendy Abd. Karim yang juga merupakan aktiviti terakhir buat beliau oleh kerana beliau akan berpindah ke Kraftangan cawangan Perak pada November nanti. Semoga aktiviti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang di lokasi yang berlainan agar dapat memberi pendedahan lebih banyak kepada orang ramai berkaitan dengan bidang kraf warisan kita ini. 

No comments:

Post a Comment