Tuesday, December 15, 2015
SUMBANGAN PENGHARGAAN
Ucapan tahniah kepada tuan pengarah En. Awang Ismail dan anggota kerja Puan Suzaina kerana kecemerlangan anak mereka didalam peperiksaan tahun ini.Anak kepada En. Awang Ismail memperolehi 9A 1B dalam peperiksaan PT3 manakala anak kepada Puan Suzaina memperolehi 5A dalam UPSR.Pihak Kelab sukan & kebajikan Kraftangan M'sia Caw. Perlis berbesar hati memberi ganjaran kepada anak-anak mereka yang berjaya.
Wednesday, November 11, 2015
Jom ramai-ramai berkunjung ke "Bazaar Kraf 2015"
Jangan Lepaskan peluang berkunjung ke "Bazaar Kraf 2015". Pada 28 November sehingga 06 Disember 2015, di Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis. Terdapat pelbagai produk kraf yang menarik menanti anda, antaranya produk kraf Tekstil, Aneka Kraf, Logam dan banyak lagi... Temui anda hanya di "Bazaar Kraf 2015"
Monday, November 2, 2015
PROMOSI JUALAN KRAF SEMPENA HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI PERLIS (HPPNPs)
Wednesday, October 21, 2015
KETUA PENGARAH BARU KRAFTANGAN MALAYSIA
Thursday, October 15, 2015
SELAMAT BERSARA Y.BHG. KETUA PENGARAH KRAFTANGAN MALAYSIA
13 Okt. Pihak Kraftangan Malaysia telah mengadakan majlis persaraan Yang Berbahagia Dato' Mohd. Kamil Bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. Majlis diserikan dengan ucapan dan persembahan khas dari pihak anggota kerja. Pihak PKKM Perlis mengucapkan Selamat bersara Dato'..
Thursday, May 22, 2014
KARNIVAL KRAF PKKM CAWANGAN PERLIS 2014
23 Mei: - Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis akan mengadakan Karnival Kraf 2014 yang akan berlangsung di perkarangan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis pada 24 Mei - 1 Jun 2014, bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. Aktiviti tersebut diadakan sempena Negeri Perlis menjadi tuan rumah SUKMA (Sukan Malaysia) ke-17 yang akan berlangsung pada 24 Mei - 4 Jun ini. Orang ramai di jemput hadir ke Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis bagi memeriahkan lagi serta memberi sokongan kepada produk kraf tempatan. Karnival Kraf pada kali akan dirasmikan oleh YB. Tuan Abdul Jamil B. Saad, Exco Belia & Sukan, Kebudayaan,pelancongan,Kesenian dan Warisan Negeri Perlis.
Monday, March 17, 2014
HARI KRAF KEBANGSAAN 2014 MELABUHKAN TIRAI..
Hari Kraf Kebangsaan 2014 telah melabuhkan tirainya pada 10 Mac 2014 yang lalu. Terima kasih kepada semua usahawan kraf yang telah menyertai promosi kali ini, pengunjung-pengunjung yang hadir dari seluruh negara serta anggota kerja Kraftangan Malaysia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari Kraf Kebangsaan 2014.
InsyaAllah kita bertemu lagi di tahun 2015.
Subscribe to:
Posts (Atom)









