23 Mei: - Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis akan mengadakan Karnival Kraf 2014 yang akan berlangsung di perkarangan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis pada 24 Mei - 1 Jun 2014, bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. Aktiviti tersebut diadakan sempena Negeri Perlis menjadi tuan rumah SUKMA (Sukan Malaysia) ke-17 yang akan berlangsung pada 24 Mei - 4 Jun ini. Orang ramai di jemput hadir ke Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis bagi memeriahkan lagi serta memberi sokongan kepada produk kraf tempatan. Karnival Kraf pada kali akan dirasmikan oleh YB. Tuan Abdul Jamil B. Saad, Exco Belia & Sukan, Kebudayaan,pelancongan,Kesenian dan Warisan Negeri Perlis.
Thursday, May 22, 2014
KARNIVAL KRAF PKKM CAWANGAN PERLIS 2014

Monday, March 17, 2014
HARI KRAF KEBANGSAAN 2014 MELABUHKAN TIRAI..
Hari Kraf Kebangsaan 2014 telah melabuhkan tirainya pada 10 Mac 2014 yang lalu. Terima kasih kepada semua usahawan kraf yang telah menyertai promosi kali ini, pengunjung-pengunjung yang hadir dari seluruh negara serta anggota kerja Kraftangan Malaysia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari Kraf Kebangsaan 2014.
InsyaAllah kita bertemu lagi di tahun 2015.
Thursday, March 6, 2014
PAK NON (SAMAT BIN MAN) TERIMA ANUGERAH TUKANG ULUNG 2014
Wednesday, November 6, 2013
SELAMAT BERPISAH EN. EFFENDY DAN SELAMAT DATANG EN. AWANG ISMAIL
PENDIDIKAN KRAF PERDANA 2013 BERSAMA SMK. SYED ALWI KANGAR
28 Okt. 2013 - Pihak Kraftangan Malaysia, Perlis telah menganjurkan aktiviti Pendidikan Kraf Perdana kali ketiga pada Oktober yang lalu. Lokasi SMK Syed Alwi, Kangar menjadi pilihan dengan kerjasama dari guru-guru pendidikan seni sekolah terbabit. Seramai 350 orang pelajar melibatkan diri dalam mendalami ilmu pembuatan batik dari peringkat permulaan sehingga proses terakhir pembuatan. Kesemua pelajar telah didehkan dengan aktiviti melukis diatas kain kemudian proses mencanting dan mewarna diatas rekacorak yang dihasilkan. Aktiviti tersebut telah dirasmikan dengan sempurna oleh Yang Berhormat Tuan Ahmad Bakri@Ahmad Zakri (ADUN Kayang) .Pada sidang akbar beliau menyatakan ''Menerusi program yang memberi pendedahan dan pengetahuan asas mengenai proses pembuatan batik canting secara praktikal, akan membantu mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan pada suatu hari nanti," Pada majlis tersebut turut dihadiri Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis En. Mohd. Noor Effendy Abd. Karim yang juga merupakan aktiviti terakhir buat beliau oleh kerana beliau akan berpindah ke Kraftangan cawangan Perak pada November nanti. Semoga aktiviti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang di lokasi yang berlainan agar dapat memberi pendedahan lebih banyak kepada orang ramai berkaitan dengan bidang kraf warisan kita ini.
Sunday, October 20, 2013
BERKONGSI ILMU WARISAN ANYAMAN KELARAI BERSAMA SMK LAILATUL SHAHREEN, KANGAR
Jalinan kerjasama antara pihak SMK Lailatul Shahreen Kangar, Perlis bersama pihak Kraftangan Malaysia, Perlis untuk mengadakan sesi pembelajaran anyaman kelarai buluh pada 9 dan 12 Oktober yang lalu. Aktiviti bertempat di bengkel inkubator Kraftangan Malaysia, Perlis ini telah melibatkan seramai 116 orang peserta dan diiringi bersama 2 orang guru. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk melengkapkan aktiviti kokurikulum luar kelas pelajar selain harapan pihak Kraftangan agar warisan anyaman seperti ini tidak dilupakan oleh generasi-generasi baru.
Monday, September 23, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)