Selamat Hari Pekerja kepada semua warga Kraf dan rakyat Malaysia, semoga kerja yang dilakukan oleh kita semua memperolehi keberkatan dari Allah S.W.T...
Friday, April 29, 2011
SALAM TAKZIAH BUAT PENGARAH KOMPLEKS KRAF LANGKAWI
![]() |
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 78 bermaksud : “Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”. |
Diucapkan takziah kepada keluarga Puan Norizan Lob,di atas kematian Ibu tersayang. Semoga banyak bersabar dan redha menghadapi ujian ini. Kami warga Kraftangan Perlis berdoa mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Sesungguhnya umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kayanya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah para Nabi dan Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan Tuhan, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari dari kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar.
Sumber :Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS)
CUEPACS MINTA KERAJAAN SELARAS GAJI UNTUK IMBANGI KENAIKAN HARGA BARANG
KANGAR, 27 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.
Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini Rabu.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.
Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.
Omar berkata Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.
"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya.
Selain itu, kesatuan tersebut juga menyarankan had umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
sumber -- BERNAMA

'APA YANG PENTING?...KERJASAMA..'
Sebahagian aksi gotong-royong anggota kerja yang dirakam |
FUTSAL PERSAHABATAN KSKKM KEDAH VS KSKKM PERLIS
Antara barisan bintang-bintang kedua-dua pasukan |
Thursday, April 28, 2011
PERMOHONAN KEMASUKAN IKN SECARA ONLINE
Sila klik pada bahagian kiri blog atau maklumat lanjut, sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar di talian 03-60915322.
Wednesday, April 27, 2011
CERITA DISEBALIK CERITA :KEBAIKAN MEMBELA IKAN PUYU DI RUMAH
![]() |
Ikan ini mampu hidup dan bertahan lama di atas darat selama beberapa jam tanpa air.Lagi satu sepsis ikan ini suka sangat bergerak secara berkumpulan dan mudah ditangkap dengan jaring ikan dan pukat. |
Sebut saja ikan puyu tentu anda semua terbayangkan sejenis ikan yang sangat lasak terutamanya didalam air tawar seperti bendang atau sawah kerana habitatnya memang senang dijumpai di situ.Ikan ini mempunyai sisik yang keras serta mampu bergerak diatas atas jika ia mahu untuk bergerak ke tempat lain dengan memanjat tebing bendang.
Orang tua-tua dulu mempercayai ikan puyu ini ada kelebihan tersendiri yang mana ia mampu menghalang gangguan makluk halus dan juga mematikan sihir. Ada sebuah kisah yang berkaitan dengan kisah ikan puyu ini:
Seorang polis yg ditugaskan setiap waktu perbicaraan dalam mahkamah jenayah di Hulu Selangor berkata:
Ada kes dimana melibatkan siri kecurian berantai di Serendah Hulu Selangor. Kes ini sangat lama dah akhirnya tertangkap dan dibicara di mahkamah Hulu Selangor. Hakim bertanya kepada pencuri warga Indon tersebut' "Kenapa kamu masuk 3 rumah sekali gus pada satu malam dan kenapa kamu tak masuk rumah yg ditengah² yg lebih besar?" "Saya tidak boleh masuk pak kerna dalamnya ada ikan puyu (tuan rumah ada bela ikan puyu) dan ilmu saya tidak menjadi", jawab pemuda indon tadi. Seluruh mahkamah riuh dgn kenyataan indon ini.
Benar atau tidak dan mungkin juga adalah kebetulan saja kisah yang diceritakan tadi wallahhualam tetapi yang pasti hanya dengan izin Allah sahaja ikan itu mampu menjadi pendinding sihir.
Walaubagaimana pun jika Allah berkehendakkan seseorang itu jatuh sakit atau sihirtetap terkena kepadanya juga.
Jadikan lah ayat-ayat al-quran sebaik-baiknya sebagai pendinding diri anda daripada musibah ilmu hitam dan gangguan halus.
Tuesday, April 26, 2011
Dunia kita :CARA TERKINI MENYULUDUP DADAH KE PENJARA
Penjenayah Semakin Pandai
Apa yang anda lihat dibawah ialah teknik genisu terbaru yang digunakan 3 orang banduan di Cape May County Correctional Center untuk menyeludup dadah terlarang. Kalau anda perhatikan betul-betul terdapat tompokan kuning pada lukisan dibawah. Itu bukan watercolour ataupun krayon. Ianya sebenarnya adalah Suboxone, sejenis dadah yang digunakan bagi merawat penagih dadah jenius candu.
Cecair Suboxone disapukan keatas lukisan yang kononnnya diwarnakan oleh anak 3 orang suspek. Siap ada To Daddy lagi begi mengaburi mata pegawai penjara. Namun taktik ini akhirnya berjaya ditumpaskan setelah seorang lagi banduan didalam penjara menjadi mat repot (snitch) dan memberitahu warden tentang teknik menyeludup ini
Kini 3 orang banduan yang bertanggungjawab keatas cubaan menyeludup yang genius ini akan berdepan dengan penambahan masa meringkuk didalam penjara. Apa yang harus dikatakan ini adalah teknik menyeludup yang cukup genius. Siapa sangka dalam surat yang leper pun boleh disorokkan dadah. For those wondering kertas yang disapukan Suboxone ini akan direndam dahulu. Cecair larutan Suboxone kemudian boleh digunakan bagi mengubat ketagihan. As to why Suboxone is smuggled not ACTUAL drug? Maybe kerana dadah untuk "mengubat ketagihan" lebih mudah didapati dan disalahgunakan dari dadah sebenar.

CUEPACS, FOMCA MAHU SKIM PINJAMAN PELABURAN AMANAH SAHAM DIPERINCI
KUALA LUMPUR: CUEPACS dan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan skim baru yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah membuat pinjaman untuk melabur dalam dana Amanah Saham 1Malaysia, tetapi mahu kerajaan merangka mekanisma terbaik bagi memastikan pinjaman berkenaan tidak membebankan rakyat.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata langkah berkenaan memberi keuntungan untuk jangka masa panjang kerana ia memberi pendapatan tambahan kepada golongan terbabit. Beliau berkata, bagaimanapun skim itu perlu diperincikan dengan teliti dan hanya mereka yang mempunyai kewangan mencukupi dibenarkan berbuat demikian bagi mengelakkan bebanan membayar ansuran pinjaman setiap bulan. Sekiranya kerajaan benar-benar mahu membantu rakyat berpendapatan rendah, mereka sepatutnya dibenarkan mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melabur.
"Melalui cara itu, mereka tidak perlu membayar ansuran pinjaman. Ia lebih selamat dan dapat mengelakkan diisytiharkan muflis sekiranya gagal membayar pinjaman dalam tempoh ditetapkan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan skim pinjaman mudah bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia.
Omar berkata, langkah itu juga dapat mengelakkan rakyat terutama kakitangan awam melabur dalam skim cepat kaya atau saham yang berisiko tinggi.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Kumpulan FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, skim terbabit membuka peluang kepada golongan berkenaan menambah pendapatan pada masa depan.
Beliau berkata, walaupun amanah saham itu memberi pulangan kecil, namun ia lebih terjamin berbanding saham lain berisiko besar dan mengelakkan melabur dalam skim cepat kaya.
"Langkah berkenaan baik, namun, setiap individu perlu memastikan kedudukan kewangan mereka sebelum melakukan pinjaman," katanya.-Sumber Berita Harian

Monday, April 25, 2011
RENUNGAN :DUIT ADALAH SEGALA -GALANYA..
![]() |
Pepatah mengatakan wang bukanlah segalanya namun realitinya segala-galanya memerlukan wang. |
Dengan kata lain, Segalanya memerlukan DUIT... Adakah ianya Benar??
Ada jugak Orang kata DUIT bukanlah segala-galanya. DUIT bukan alat untuk mencapai kebahagian. Betul??
Dalam dunia hari ini kalau tak ada DUIT mana boleh hidup......
kalau tak ada DUIT mana boleh sekolah tinggi2…
kalau tak ada DUIT mana boleh maju.....
dan lain2 lagi.....
Definasi duit dalam bentuk abjad :
D = Doa
U = Usaha
I = Ikhlas
T = Tawakal
Dengan penuh keyakinan, penulis rasa semua orang yang faham definasi di atas akan bersetuju bahawa DUIT adalah segalanya…tanpa DUIT hidup kita tak akan ke mana...tanpa DUIT kita tak akan pernah dapat majukan diri…tanpa DUIT memang tak akan dapat sekolah tinggi2...tanpa DUIT jugak kebahagiaan hidup tak akan pernah dicapai… =)

KUNJUNGAN ANGGOTA KERJA UNIMAP KE PKKM CAW. PERLIS
"inilah hasil produk kami"..mungkin itu yang disampaikan oleh wakil pihak UNMAP semasa sesi perbicangan bersama pihak PKKM |
Pihak PKKM caw. Perlis menerima kunjungan anggota kerja Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada khamis lepas untuk sesi perbicangan serta pendapat mengenai produk yang dihasilkan oleh pihak UNIMAP. Wakil pihak PKKM cawangan yang bersama pada sesi perbincangan tersebut adalah terdiri daripada pengarah dan pegawai pembangunan. Pihak PKKM juga berhasrat untuk sedia berkerjasama dengan pihak UNIMAP pada masa akan datang untuk membuat penyelidikkan dan pembangunan produk.
Sunday, April 24, 2011
KENANGAN SUKAN ANTARA AGENSI DIBAWAH KPKK 2010
Menjelang sukan antara agensi dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan yang dijangka akan berlangsung pada Julai 2011, dibawah adalah gambar kenangan pada kejohanan lepas yang turut disertai anggota kerja.
Acara senam tari yang berlangsung pada majlis penutup sukan |
Antara aktiviti yang dijalankan pada sesi majlis penutup sukan |
PERLIS BAKAL DIPILIH MENJADI TUAN RUMAH SUKMA KE -17 2014
Beliau berkata pemilihan Perlis itu diputuskan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma telah mendapat gambaran tentang kemudahan sedia ada di negeri itu.
![]() |
"Kos penganjuran Sukma di Perlis dijangka mencecah hampir RM150 juta," kata Ahmad Shabery |
Bagaimanapun, katanya, pemilihan Perlis itu perlu dimaklumkan kepada Kabinet kerana melibatkan kos tambahan bagi menaiktaraf kemudahan sedia ada di negeri itu. Katanya pihaknya akan turut melihat alternatif untuk menggunakan venue di luar negeri itu seperti Pulau Langkawi yang mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa bagi acara menembak dan pelayaran.
Sumber : BERNAMA
Thursday, April 21, 2011
Pengambilan Pelajar Institut Kraf Negara Sesi Julai 2011
![]() |
Institut Kraf Negara |
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui Institut Kraf Negara (IKN) menawarkan program pengajian latihan kemahiran kraf secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Sijil bagi sesi Julai 2011. Anak-anak usahawan yang berkelayakan diberi keutamaan untuk memohon. Pengajian selama dua hingga tiga tahun ini menawarkan pengajian dalam bidang Seni Kraf Batik, Tenunan, Seramik, Kayu, Logam dan Seni Kraf Rotan.
Semua bidang-bidang pengajian ditawarkan mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam setaraf dengan diploma dan sijil dari Institut Pengajian Tinggi Awam yang lain kecuali pengajian Seni Kraf Rotan. Kepada yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan melalui Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri, Kompleks Kraf dan Institut Kraf Negara. Borang juga boleh dimuat turun dengan melayarihttp://www.ikn.gov.my.
Untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang permohonan ini, sila layari http://www.ikn.gov.my
TAZKIRAH JUMAAT
KELEBIHAN BERSEDEKAH
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” (Al-Munafiquun : 10)
HURAIAN
Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.
PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". (Al-Baqarah : 261)
DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" (H.R. Tabrani)
SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu (H.R Al-Bukhari)
![]() |
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" (H.R Al-Baihaqi) |

SESI PENDIDIKAN KRAF BATIK BERSAMA PELAJAR - PELAJAR SEK. MEN. KEB.ST. MARK,P.PINANG
Sesi pendidikan kraf tahun 2011 bersama pelajar Sek. Men. Keb. St. Mark |
Sebilangan pelajar sedang menyapu warna pada kain |
Membeli cenderamata untuk tanda kenang -kenangan |
Wednesday, April 20, 2011
MAJLIS PENYERAHAN CEK TABUNG PENGGIAT SENI KPKK KEPADA USAHAWAN KRAF NEGERI PERLIS
Pengarah, En. Rosli B. Talikun menyampaikan replika cek bernilai RM 10 ribu kepada Cik Manai Bt. Ibrahim |
19 April - Majlis penyampaian cek Tabung Penggiat Seni Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan kepada usahawan kraf negeri Perlis telah diadakan di PKKM cawangan Perlis. Cek bernilai RM10 ribu telah disampaikan oleh pengarah cawangan En. Rosli b. Talikun kepada usahawan OKU bidang hasil rimba Cik Manai Bt. Ibrahim. Menurut pengarah, sumbangan tersebut diberikan kepada usahawan yang telah mengalami kerugian ketika banjir berlaku di negeri Perlis pada tahun lalu. Pihak cawangan telah mengemukan cadangan sebanyak 3 orang usahawan yang mengalami kerugian ketika berlaku banjir di negeri Perlis, pihak kementerian hanya bersetuju untuk menyampaikan kepada seorang sahaja usahawan yang memenuhi kriteria untuk sumbangan yang diberikan. Pemilihan Cik Manai adalah bedasarkan beliau dan saudaranya yang lain merupakan antara golongan OKU cacat penglihatan. Turut hadir bersama pada sesi penyerahan cek tersebut adalah 2 orang wakil dari Jabatan Kebajikan dan Masyarakat serta anggota kerja PKKM cawangan Perlis.
Tuesday, April 12, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)