Friday, April 29, 2011

SALAM TAKZIAH BUAT PENGARAH KOMPLEKS KRAF LANGKAWI

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 78 bermaksud :
“Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu,
sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai
atau benteng yang paling kuat
”.

Diucapkan takziah kepada keluarga Puan Norizan Lob,di atas kematian Ibu tersayang. Semoga banyak bersabar dan redha menghadapi ujian ini. Kami warga Kraftangan Perlis berdoa mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Sesungguhnya umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kayanya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah para Nabi dan Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan Tuhan, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari dari kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar.
Sumber :Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS)

No comments:

Post a Comment