Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia cawangan Perlis akan mengadakan sambutan Hari Keluarga buat pertama kalinya. Bertempat di Pantai Merdeka. Kuala Muda Kedah,program yang akan berlangsung selama 2 hari ini akan melibatkan semua ahli keluarga anggota kerja.
Wednesday, November 21, 2012
Monday, October 1, 2012
MEGA PENDIDIKAN KRAF MENCANTING DAN MEWARNA BATIK PERDANA 2012
Pihak Kraftangan Perlis dengan kerjasama Bahagian Perlancongan Politeknik Syed Sirajuddin, Pauh Perlis telah mengadakan mega pendidikan kraf mencanting dan mewarna batik perdana yang berlangsung di dewan Harumanis politeknik. Seramai 400 orang peserta terdiri daripada pelajar-pelajar politeknik dan wakil penjawat awam negeri Perlis. Aktiviti tersebut dijalankan pada 2 sesi iaitu pada 24 september dan 25 september 2012. Majlis perasmian mega pendidikan kraf ini disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Syed Sirajuddin Tuan Haji Md. Nor B. Baharom. Hadir bersama pada majlis tersebut Pengarah Kraftangan Perlis En. Nor Effendy B. Abd. Karim dan ketua Jabatan Perlancongan dan hospitaliti politeknik.
BIMBINGAN TEKNIKAL (PEWARNAAN BATIK)
Pihak Kraftangan Perlis telah menganjurkan bengkel bimbingan teknikal pewarnaan untuk usahawan batik negeri Perlis bertempat di bengkel pembangunan batik, Pauh selama 3 hari bermula pada 9 september dan berakhir pada 11 semptember 2012. Seramai 4 usahawan batik bersama pekerja mereka hadir untuk mempelajari teknik bancuhan warna dengan lebih sempurna untuk digunakan semasa menghasilkan produk. Tenaga pengajar dari Institut Kraf Negara En. Mohd. Sakri B. Ismail dipertanggungjawabkan untuk mencurahkan segala ilmu pengetahuan yang beliau ada.En. Sakri meletakkan 2 fokus dalam sesi bimbingan tersebut. Pertama sukatan warna mengikut produk dihasilkan dan kedua padanan warna mengikut kesusaian produk dan kehendak pelanggan mengikut peredaran masa. 2 fokus tersebut diterapkan melalui penggunaan warna Remazol dan naphtol dengan kaedah teknik mencanting dan batik terap.
Thursday, August 30, 2012
MERDEKA! MERDEKA!..SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Selamat menyambut hari merdeka ke-55 (Janji ditepati)..
Sunday, August 12, 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H/2012
Pihak Kraftangan Perlis mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H Maaf zahir &batin kepada seluruh anggota kerja Kraftangan Malaysia
Hati-hati ketika pulang berhari raya semoga kepulangan kita disambut dengan senyuman dan bukan dengan tangisan.
Masam-masam rasanya cuka,
Lagi best kalau curahkan kat luka,
Balik kampung semua suka,
Pandu cermat elak duka.
Sunday, July 22, 2012
PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2012
Kraftangan
Malaysia akan mengadakan Promosi Kraf Aidilfitri bermula pada 1 hingga
12 Ogos di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula jam 10.00 pagi - 10.00
malam. Pelbagai aktiviti jualan, demonstrasi, interaktif, pameran
berkaitan produk-produk kraf Aidilfitri diadakan. Turut diadakan Bazar
Ramadhan yang bermula pada 23 Julai hingga 14 Ogos di perkarangan
Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang akan beroperasi jam 3.00 petang hingga
8.00 malam. Semua dijemput untuk melawat dan membeli belah produk-produk
persiapan hari raya. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi ditalian
03-21627459 atau layari www.kraftangan.gov.my .-sumber dari pena Ketua Pengarah.
Thursday, July 19, 2012
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1433H DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
Bermulanya esok hari umat islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan 1433H, bulan yang penuh dilimpahi rahmat dari Allah S.W.T. Pihak PKKM Perlis mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia serta umat di seluruh dunia. Semoga ibadata yang kita lakukan pada tahun ini di bulan Ramdahan yang penuh berkat diterima dengan kehendak-Nya
Bismillah...
Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ibu bapa kami,
Ampunkan dosa-dosa isteri/suami kami,
Ampunkan dosa-dosa anak-anak kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ahli keluarga kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa muslimin dan muslimat saudara kami ya Allah.
Panjangkan umur kami dengan berbuat amal ibadat kepadaMu ya Allah,
Hindarilah diri kami dari melakukan dosa-dosa kepadaMu ya Allah,
Engkau teguhkanlah iman kami ya Allah,
Matikan diri kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah,
Murahkan rezeki kami dengan rezeki yang halal ya Allah,
Masukkan kami ke dalam syurgaMu ya Allah,
Jauhikan kami dari azab seksa nerakaMu ya Allah,
Temukan kami dan keluarga kami di dalam syurgamu ya Allah.
Bismillah...
Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ibu bapa kami,
Ampunkan dosa-dosa isteri/suami kami,
Ampunkan dosa-dosa anak-anak kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ahli keluarga kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa muslimin dan muslimat saudara kami ya Allah.
Panjangkan umur kami dengan berbuat amal ibadat kepadaMu ya Allah,
Hindarilah diri kami dari melakukan dosa-dosa kepadaMu ya Allah,
Engkau teguhkanlah iman kami ya Allah,
Matikan diri kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah,
Murahkan rezeki kami dengan rezeki yang halal ya Allah,
Masukkan kami ke dalam syurgaMu ya Allah,
Jauhikan kami dari azab seksa nerakaMu ya Allah,
Temukan kami dan keluarga kami di dalam syurgamu ya Allah.
TAHNIAH ENCIK ANUAR SAKRI!
Pihak PKKM Perlis mengucapkan tahniah kepada anggota kerja En. Anuar Sakri B. Abidin berjawatan Pemandu R3 atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 semalam.
Monday, July 2, 2012
SELAMAT DATANG KE NEGERI PERLIS TUAN PENGARAH
Pihak PKKM Perlis telah menerima perlantikkan Pengarah cawangan yang baru iaitu Encik Noor Effendy B. Abdul Karim yang telah melapor diri pada 2 Julai lalu.Beliau sebelum ini bertugas sebagai Penolong Pengarah di bahagian ibu pejabat Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Semoga kehadiran beliau akan meningkatkan lagi prestasi pembangunan kraf di negeri Perlis nanti..
Monday, June 18, 2012
KURSUS IN-HOUSE ' MOTIVASI & POTENSI DIRI '
Bagi mencukupi 7 hari berkursus yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (JPA), Unit Pentadbiran, Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah telah
manfaatkan peruntukan yang diturunkan oleh Unit Pengurusan Sumber
Manusia,Ibu Pejabat dengan mengadakan kursus di peringkat cawangan
(In-House Bil1/2012) pada 13 Jun 2012 dengan penyertaan seramai 28 orang
peserta yang terdiri daripada anggota kerja Kraftangan Zon Utara (PKKM
Cawangan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang). Butiran kursus adalah seperti
berikut:
Tajuk : Motivasi Diri dan Potensi Diri
Masa : 8:30 pagi - 4:30 petang (6 Jam)
Penceramah : En Sabarani bin Ghazali
Pensyarah Kanan, Universiti Utara Malaysia.
Tempat : Bilik Seminar, PKKM Cawangan Kedah.
* SUMBER BLOG PKKM CAWANGAN KEDAH
Monday, June 11, 2012
LAWATAN BERPANDU PROMOSI KERJA KAHWIN 2012
Kraftangan
Malaysia akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2012 pada 20 Jun hingga
2 Julai 2012. Pelbagai acara dan aktiviti yang disusun diantaranya
ialah jualan produk kraf, produk perkahwinan dan perkhidmatan
perkahwinan, pameran kerja kahwin, demonstrasi dan interaktif,
manifestasi perkahwinan Malaysia serta alunan muzik perkahwinan
Malaysia. Dianggarkan seramai 300 usahawan meliputi 200 usahawan kraf
dan 100 usahawan perkhidmatan perkahwinan akan menyertai promosi yang
bakal berlangsung selama 13 hari.
Kumpulan-kumpulan,
persatuan, sekolah, universiti dan badan-badan korporat dijemput turut
serta ke promosi anjuran Kraftangan Malaysia ini. Bersempena dengan
Promosi Kerja Kahwin 2012 Kraftangan Malaysia turut menyediakan
Perkhidmatan Lawatan Berpandu berkumpulan. Permohonan boleh dibuat
melalui borang yang disediakan ataupun berhubung terus dengan Urus Setia
Lawatan Berpandu Berkumpulan di talian 03-21611470 / 80 atau email
kepada komplekskrafkl@kraftangan.gov.my
Tuesday, June 5, 2012
PESTA SUKAN TAHUNAN KALI KE-18 KRAFTANGAN MALAYSIA
![]() | |||
Ketua Pengarah En. Mohd. Kamil Bin Mohd. Ali hadir untuk menyempurnakan acara perasmian pesta sukan |
WARTAWAN WARTA PERLIS (PAK YA) MENINGGAL DUNIA
![]() |
Allahyarham Zakaria Mahmood ( Pak Ya) hadir membuat liputan sempena Pendidikan Kraf Perdana 2011 |
KANGAR, 26 Mei (Bernama) -- Wartawan Warta Perlis, Zakaria Mahmood meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini Sabtu akibat serangan jantung.Allahyarham, 68, menghembuskan nafas terakhir pada 4.42 petang di HTF beberapa jam selepas dibawa ke jabatan kecemasan hospital itu.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham aktif dalam bidang penulisan dan pernah menulis untuk beberapa akhbar tabloid sebelum menyertai Warta Perlis sebagai wartawan sejak lebih 10 tahun lepas.Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan di tanah perkuburan Islam Padang Lati pukul 11 pagi Ahad.Al-Fatihah...Semoga roh beliau dicucuri rahmat dengan kehendak Allah S.W.T..
Sumber: BERNAMA
Monday, April 16, 2012
PROGRAM MERAKYATKAN SENI DAN BUDAYA " BERSAMA MASYARAKAT SIAM SEMPENA PESTA SONGKRAN 2012"
SILA KLIK DISINI UNTUK PAPARAN GAMBAR BERIKUTNYA
SILA KLIK DISINI UNTUK PAPARAN GAMBAR BERIKUTNYA
Thursday, April 12, 2012
HARI KRAF KEBANGSAAN 2012 "KRAF PENJANA EKONOMI RAKYAT"
Hari Kraf Kebangsaan yang berlangsung pada 21 Mac lalu berakhir pada 2 April 2012. Banyak kenangan manis tersimpan dilubuk ingatan kepada setiap yang berkunjung semasa promosi tersebut berlangsung.Bertemakan "Kraf Penjana Ekonomi Rakyat" Hari Kraf Kebangsaan ini juga telah menempa sejarah dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor yang turut mencemar duli hadir untuk merasmikan majlis pada 22 Mac 2012. Kehadiran Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais b. Yatim serta isteri Datin Seri Maznah Rais memeriahkan lagi acara perasmian. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Yang Berbahagia Dato' Seri Kamaruddin Siraf, Yang Berbahagia Dato' Sohaimi Shahdan dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Yang Berbahagia Encik Mohd. Kamil B. Mohd. Ali bagi mengiringi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Hampir 500 usahawan terdiri daripada usahawan seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak berkampung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur ini. Rata-rata pengunjung serta usahawan yang hadir begitu teruja dengan konsep tahun iaitu konsep ' Pop Art'. Konsep seperti ini sesekali mengimbas kembali zaman kegemilangan retro dari segi warna pada produk serta fashion pada pakaian batik yang telah diketengahkan oleh pihak Kraftangan Malaysia. Selain acara lintas langsung melalui RTM serta secara langsung Selamat Pagi Malaysia, Hari Kraf Kebangsaan kali ini menarik lebih ramai pengunjung untuk datang memberi sokongan kepada produk kraf buatan Malaysia. Diharap pada tahun-tahun berikutnya Promosi seperti ini dapat dijalankan dengan lebih sempurna supaya dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung terutama sekali kepada pengunjung luar negara agar dapat menengahkan lagi produk kraf buatan Malaysia ini dimata dunia.
Untuk lebih gambar perasmian HKK'12 sila kilk disini
Tuesday, April 3, 2012
PROGRAM MERAKYATKAN SENI " KOMUNITI 1MALAYSIA " PERLIS
Menteri Besar Perlis bersama isteri menaiki basikal sebagai tanda gimik perasmian. |
Tuesday, March 13, 2012
KUNJUNGAN KETUA PENGARAH DAN ROMBONGAN KE PKKM CAW. PERLIS
Yang Berbahagia Ketua Pengarah sedang melihat hasil produk usahawan sambil diperhatikan oleh Pengarah Bahagian Rekaan, En. Yusak |
Delegasi kunjungan turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Yang Berusaha Tuan Haji Shahrudin bin Mohd. Nor, dan pengarah-pengarah bahagian terdiri dari Pengarah Bahagian Rekaan, En. Yusak bin Hj. Mahamud, Pengarah Bahagian Usahawan, En. Ibrahim bin Ismail dan Pengarah Bahagian Strategi Korporat, Puan 'Ainu Sham binti Hj. Ramli. Yang Berbahagia Ketua Pengarah dan rombongan disambut oleh anggota kerja PKKM Cawangan Perlis dan 16 orang usahawan kraf negeri Perlis. Lawatan ini disusuli dengan sesi penyampaian amanat dan dialog dengan usahawan kraf.
Antara amanat yang telah disampaikan oleh beliau adalah seperti berikut :
-Sokongan padu dari usahawan kraf kepada pihak Kraftangan dari komitmen jualan produk perlu dipertingkatkan. Pihak Kraftangan akan sentiasa memberi sokongan serta bantuan kepada usahawan dari segi pasaran dengan mengadakan pelbagai promosi serta bantuan prasarana kepada usahawan yang layak dan berpotensi.
- Usahawan perlu memastikan produk yang dihasilkan lebih berkualiti dan berdaya saing agar dapat memberi kepuasan kepada kehendak pelangan.
- Semua pihak yang terlibat perlu meningkatkan usaha supaya para usahawan serta pekerja berpendapatan tidak kurang dari RM1,000.00 sebulan pada masa akan datang seiring dengan dasar kerajaan yang akan memastikan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Perkara ini juga bagi memastikan pekerja yang berkerja di bawah usahawan lebih terjamin.
- Usahawan juga digalakkan sentiasa berhubung bersama pihak Kraftangan samada pada peringkat cawangan atau ibupejabat dari segi penghasilan produk dan mengadakan perbincangan bersama pereka mengenai teknik serta rekaan baru mengikut keadaan semasa. Pihak Kraftangan juga akan memastikan usahawan tidak akan tercicir dengan peredaran zaman dengan mengadakan pelbagai sesi bimbingan teknikal serta orientasi pengeluaran.
- Pihak usahawan serta anggota kerja Kraftangan perlu berkerjasama dalam mencari peluang menarik lebih ramai pembeli membeli barangan kraf dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti promosi dan sebagainya.
Perjumpaan berakhir dengan sesi bual bicara antara Yang Berbahagia Ketua Pengarah dengan para usahawan yang hadir.
- Pihak usahawan serta anggota kerja Kraftangan perlu berkerjasama dalam mencari peluang menarik lebih ramai pembeli membeli barangan kraf dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti promosi dan sebagainya.
Perjumpaan berakhir dengan sesi bual bicara antara Yang Berbahagia Ketua Pengarah dengan para usahawan yang hadir.
Wednesday, February 29, 2012
SEJARAH HARI KRAF KEBANGSAAN
Hari
Kraf Kebangsaan merupakan acara tahunan yang diluluskan oleh Jemaah
Menteri pada 13 Mac 2002 dan akan disambut pada setiap tahun. Objektif
pelaksanaannya adalah untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan
dan sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan industri
kraf negara serta meningkatkan pendapatan usahawan kraf sekaligus
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Penganjuran kali ke 10
semenjak tahun 2003 memberi impak yang positif kepada usahawan kraf dan
industri kraf negara serta masyarakat umum mengenai perkembangan terkini dalam industri kraf tempatan.
Tahun 2003, HKK telah menampilkan tema Cintai Kraf Malaysia
bagi meningkatkan kecintaan masyarakat terhadap seni kraf tempatan
yang mencerminkan budaya, warisan dan identiti bangsa. Tahun 2004, tema
Inovasi Kraf telah dipilih
sebagai tema HKK sejajar dengan usaha Kraftangan Malaysia dalam
meningkatkan mutu pengeluaran produk kraf negara. Tahun 2005, HKK telah
memperkenalkan tema Kraf Untuk Semua seiring dengan pengeluaran produk kraf yang telah dipelbagaikan dari aspek reka corak, reka bentuk dan situasi semasa.
Tahun 2006, HKK telah menampilkan tema Alam Ilham Motif Kraf yang membawa makna alam sebagai medan untuk melahir ilham cipta dalam seni kraf tempatan. Kraf Satu Warisan
menjadi tema HKK pada tahun 2007 dengan membawa maksud warisan
dihargai dengan menterjemahkannya menjadi produk kraf yang cantik dan
unik serta keagungan seni kraf tempatan yang diwarisi turun-temurun.
Tahun 2008 dan 2009, HKK memperkenalkan tema Kraf Ke Persada Dunia
selangkah dengan usaha Kraftangan Malaysia dalam mengangkat martabat
kraf warisan ke persada dunia dengan menghasilkan produk kraf yang
berkualiti dan mencapai tahap antarabangsa.
Tahun 2010, HKK menampilkan tema Kraf Kreatif dan Inovatif
yang membawa makna industri kreatif yang sentiasa menuntut perubahan
dan pembaharuan dalam pelbagai aspek seperti idea, reka corak, reka
bentuk dan sebagainya. Tahun 2011 pula HKK telah memperkenalkan tema Kraf Menjana Ekonomi
yang menampilkan penghasilan produk kraf secara komersil dapat menjana
pendapatan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi
negara. - info Bhg.Komunikasi Korporat
BORANG LAWATAN BERPANDU HARI KRAF KEBANGSAAN 2012
Monday, January 30, 2012
KUNJUGAN PELAJAR-PELAJAR ASING INSTITUT AL-BUKHARY,KEDAH KE GALERI PKKM PERLIS
Wednesday, January 11, 2012
KOMUNITI 1 MALAYSIA PROGRAM PENUTUP 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)