Wednesday, January 11, 2012
Wednesday, December 28, 2011
PROGRAM MERAYATKAN SENI,KG. CHANGKAT JAWI
![]() |
| Datuk Hajah Mastika Junaidah (kiri) bersama timbalan pengarah Jabatan Penerangan dan Pengarah PKKM En. Rosli menyampaikan hadiah unutk pemenang sukan rakyat sempena program tersebut berlangsung |
Wednesday, December 14, 2011
SHOWCASE SDSI, AYER KEROH MELAKA 2011
![]() |
| YB Dato' Mukriz Tun Mahathir menerima cenderamata dari wakil jawatankuasa SDSI negeri Perlis |
Tuesday, December 13, 2011
AL-FATIHAH BUAT PEREKA KRAFTANGAN ALLAHYARHAM NAZARI BIN MAARUS
Pihak PKKM Perlis merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham En. Nazari Maarus,Pereka Kraftangan Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah pada 13/12/11. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan-golongan mereka yang beriman. Sesungguhnya negara kita akan terasa kehilangan insan berjiwa seni yang berbakat besar dalam dunia peragaan. Al-fatihah......
Tuesday, November 15, 2011
MEWARNA BATIK SEMPENA FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI PERLIS
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara(JKKN) negeri Perlis telah menganjurkan Festival Kesenian Kanak-Kanak(FESKEKK) peringkat negeri Perlis pada 15hb yang lalu. Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang. Exco Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian, Sumber Manusia dan Perpaduan kerajaan negeri Perlis YB Abdul Jamil Saad bersama isteri hadir bersama merasmikan program tersebut. Pihak PKKM Perlis pula telah melibatkan diri dalam aktiviti mewarna batik bersama-sama pelajar tadika yang hadir dari disekitar negeri Perlis. Pihak Perpusatakaan awam negeri Perlis juga turut bersama menganjurkan aktiviti permainan kanak-kanak bagi memeriahkan lagi suasanan program.
Sunday, November 13, 2011
PENDIDIKAN KRAF ROTAN 11.11.11
Pihak PKKM Perlis bersama Sek.Men. Keb. Dato' Ali, Kangar telah mengadakan aktiviti pendidikan kraf menganyam rotan pada Jumaat yang lalu. Aktiviti tersebut telah menghimpunkan hampir 100 pelajar Sek. Men. Keb. Dato' Ali, Kangar yang begitu berminat menimba pengalaman menghasilkan produk kraf rotan. Pihak PKKM Perlis yang diwakili Bahagian Pemuliharaan menggunakan khidmat usahawan Wan Shabanun dari syarikat Dwisha Craft & anggota kerja En. Ahmad Zaki untuk menjadi fasilitator tenaga pengajar bagi membimbing pelajar yang menyertai aktiviti tersebut. Aktiviti bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 12 tengahari. Pihak guru yang turut serta menjadi antara sebahagian peserta berasa teruja dan berharap kerjasama antara kedua-dua pihak ini akan berlanjutan pada masa akan datang untuk jadikan aktiviti seperti ini sebahagian aktiviti kokurikulum/riadah pelajar.
Wednesday, November 2, 2011
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1432H/2011
Subscribe to:
Posts (Atom)













