Wednesday, October 21, 2015

KETUA PENGARAH BARU KRAFTANGAN MALAYSIA


"Adalah dimaklumkan, melalui surat KPK/SM 500-1/4/5 bertarikh 19 Oktober 2015,YB Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia telah bersetuju untuk melantik Puan Hajah Zuraida Binti Mokhtar sebagai Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia mulai 20 Oktober 2015". Tahniah diucapkan kepada Puan Zu dari pihak PKKM Perlis.

Thursday, October 15, 2015

SELAMAT BERSARA Y.BHG. KETUA PENGARAH KRAFTANGAN MALAYSIA



13 Okt. Pihak Kraftangan Malaysia telah mengadakan majlis persaraan Yang Berbahagia Dato' Mohd. Kamil Bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. Majlis diserikan dengan ucapan dan persembahan khas dari pihak anggota kerja. Pihak PKKM Perlis mengucapkan Selamat bersara  Dato'..

Thursday, May 22, 2014

KARNIVAL KRAF PKKM CAWANGAN PERLIS 2014


23 Mei: - Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis akan mengadakan Karnival Kraf 2014 yang akan berlangsung di perkarangan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis pada 24 Mei - 1 Jun 2014, bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. Aktiviti tersebut diadakan sempena Negeri Perlis menjadi tuan rumah SUKMA (Sukan Malaysia) ke-17 yang akan berlangsung pada  24 Mei - 4 Jun ini. Orang ramai di jemput hadir ke Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis bagi memeriahkan lagi serta memberi sokongan kepada produk kraf tempatan. Karnival Kraf pada kali akan dirasmikan oleh YB. Tuan Abdul Jamil B. Saad, Exco Belia & Sukan, Kebudayaan,pelancongan,Kesenian dan Warisan Negeri Perlis.

Monday, March 17, 2014

HARI KRAF KEBANGSAAN 2014 MELABUHKAN TIRAI..



Hari Kraf Kebangsaan 2014 telah melabuhkan tirainya pada 10 Mac 2014 yang lalu. Terima kasih kepada semua usahawan kraf yang telah menyertai promosi kali ini, pengunjung-pengunjung yang hadir dari seluruh negara serta anggota kerja Kraftangan Malaysia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari Kraf Kebangsaan 2014. 
InsyaAllah kita bertemu lagi di tahun 2015.

Thursday, March 6, 2014

PAK NON (SAMAT BIN MAN) TERIMA ANUGERAH TUKANG ULUNG 2014


26 Feb. - Lagenda pembuat wau negeri Perlis Encik Samat Bin Man atau lebih dikenali sebagai Pak Non diberi penghormatan oleh pihak Kraftangan Malaysia apabila beliau diantara sebahagian usahawan yang diberikan Anugerah Tokoh Tukang Ulung pada majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2014 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Bt. Mansor.

Wednesday, November 6, 2013

SELAMAT BERPISAH EN. EFFENDY DAN SELAMAT DATANG EN. AWANG ISMAIL


Kraftangan Malaysia, Perlis mengucapkan ucapan tahniah kepada mantan Pengarah En. Mohd. Noor Effendy Abd. Karim yang telah dinaikkan pangkat dan bertugas ditempat baru. Segala jasa yang telah beliau taburkan di bumi Perlis ini akan dibukukan dalam hati untuk dijadikan memori kenangan yang tidak dapat dilupkan. Meskipun hanya setahun berkhidmat disini banyak perubahan telah dilakukan beliau, dengan ketokohan dan ketegasan dalam melakukan tugasan kerja menjadikan pihak anggota kerja amat menghormati dan menyenangi apabila berkerja bersama beliau, hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala jasa beliau suautu hari nanti. Pihak Kraftangan Malaysia, Perlis mengucapkan selamat datang kepada Pengarah baru En. Awang Ismail Othman dari Cawangan Sarawak yang telah memulakan tugas pada 4 November yang lalu.

PENDIDIKAN KRAF PERDANA 2013 BERSAMA SMK. SYED ALWI KANGAR






28 Okt. 2013 - Pihak Kraftangan Malaysia, Perlis telah menganjurkan aktiviti Pendidikan Kraf Perdana kali ketiga pada Oktober yang lalu. Lokasi SMK Syed Alwi, Kangar menjadi pilihan dengan kerjasama dari guru-guru pendidikan seni sekolah terbabit. Seramai 350 orang pelajar melibatkan diri dalam mendalami ilmu pembuatan batik dari peringkat permulaan sehingga proses terakhir pembuatan. Kesemua pelajar telah didehkan dengan aktiviti melukis diatas kain kemudian proses mencanting dan mewarna diatas rekacorak yang dihasilkan. Aktiviti tersebut telah dirasmikan dengan sempurna oleh Yang Berhormat Tuan Ahmad Bakri@Ahmad Zakri  (ADUN Kayang) .Pada sidang akbar beliau menyatakan ''Menerusi program yang memberi pendedahan dan pengetahuan asas mengenai proses pembuatan batik canting secara praktikal, akan membantu mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan pada suatu hari nanti," Pada majlis tersebut turut dihadiri Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis En. Mohd. Noor Effendy Abd. Karim yang juga merupakan aktiviti terakhir buat beliau oleh kerana beliau akan berpindah ke Kraftangan cawangan Perak pada November nanti. Semoga aktiviti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang di lokasi yang berlainan agar dapat memberi pendedahan lebih banyak kepada orang ramai berkaitan dengan bidang kraf warisan kita ini.