Tuesday, March 13, 2012

KUNJUNGAN KETUA PENGARAH DAN ROMBONGAN KE PKKM CAW. PERLIS

Yang Berbahagia Ketua Pengarah sedang melihat hasil produk usahawan
sambil diperhatikan oleh Pengarah Bahagian Rekaan, En. Yusak
Pada 12 Mac lalu, pihak PKKM Perlis amat berbesar hati menerima kunjungan Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia En. Mohd Kamil bin Mohd Ali ke PKKM Cawangan Perlis.

Delegasi kunjungan turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Yang Berusaha Tuan Haji Shahrudin bin Mohd. Nor, dan pengarah-pengarah bahagian terdiri dari Pengarah Bahagian Rekaan, En. Yusak bin Hj. Mahamud, Pengarah Bahagian Usahawan, En. Ibrahim bin Ismail dan Pengarah Bahagian Strategi Korporat,  Puan 'Ainu Sham binti Hj. Ramli. Yang Berbahagia Ketua Pengarah dan rombongan disambut oleh anggota kerja PKKM Cawangan Perlis dan 16 orang usahawan kraf negeri Perlis. Lawatan ini disusuli dengan sesi penyampaian amanat dan dialog dengan usahawan kraf.

Antara amanat yang telah disampaikan oleh beliau adalah seperti berikut :

-Sokongan padu dari usahawan kraf kepada pihak Kraftangan dari komitmen jualan produk perlu dipertingkatkan. Pihak Kraftangan akan sentiasa memberi sokongan serta bantuan kepada usahawan dari segi pasaran dengan mengadakan pelbagai promosi serta bantuan prasarana kepada usahawan yang layak dan berpotensi.
- Usahawan perlu memastikan produk yang dihasilkan lebih berkualiti dan berdaya saing agar dapat memberi kepuasan kepada kehendak pelangan.
- Semua pihak yang terlibat perlu meningkatkan usaha supaya para usahawan serta pekerja berpendapatan tidak kurang dari RM1,000.00 sebulan pada masa akan datang seiring dengan dasar kerajaan yang akan memastikan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Perkara ini juga bagi memastikan pekerja yang berkerja di bawah usahawan lebih terjamin.
- Usahawan juga digalakkan sentiasa berhubung bersama pihak Kraftangan samada pada peringkat cawangan atau ibupejabat dari segi penghasilan produk dan mengadakan perbincangan bersama pereka mengenai teknik serta rekaan baru mengikut keadaan semasa. Pihak Kraftangan juga akan memastikan usahawan tidak akan tercicir dengan peredaran zaman dengan mengadakan pelbagai sesi bimbingan teknikal serta orientasi pengeluaran.

- Pihak usahawan serta anggota kerja Kraftangan perlu berkerjasama dalam mencari peluang menarik lebih ramai pembeli membeli barangan kraf dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti promosi dan sebagainya.

Perjumpaan berakhir dengan sesi bual bicara antara Yang Berbahagia Ketua Pengarah dengan para usahawan yang hadir.  
 
 Berikut adalah turutan gambar sekitar sesi lawatan serta perjumpaan tersebut berlangsung.







Wednesday, February 29, 2012

SEJARAH HARI KRAF KEBANGSAAN

Hari Kraf Kebangsaan merupakan acara tahunan yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 13 Mac 2002 dan akan disambut pada setiap tahun. Objektif pelaksanaannya adalah untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan industri kraf negara serta meningkatkan pendapatan usahawan kraf sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.  Penganjuran kali ke 10 semenjak tahun 2003 memberi impak yang positif kepada usahawan kraf dan industri kraf negara serta  masyarakat umum mengenai perkembangan terkini dalam industri kraf tempatan.

Tahun 2003, HKK telah menampilkan tema Cintai Kraf Malaysia bagi meningkatkan kecintaan masyarakat terhadap seni kraf tempatan yang mencerminkan budaya, warisan dan identiti bangsa. Tahun 2004, tema Inovasi Kraf telah dipilih sebagai tema HKK sejajar dengan usaha Kraftangan Malaysia dalam meningkatkan mutu pengeluaran produk kraf negara. Tahun 2005, HKK telah memperkenalkan tema Kraf Untuk Semua seiring dengan pengeluaran produk kraf yang telah dipelbagaikan dari aspek reka corak, reka bentuk dan situasi semasa. 

Tahun 2006, HKK telah menampilkan tema Alam Ilham Motif Kraf yang membawa makna alam sebagai medan untuk melahir ilham cipta dalam seni kraf tempatan. Kraf Satu Warisan menjadi tema HKK pada tahun 2007 dengan membawa maksud warisan dihargai dengan menterjemahkannya menjadi produk kraf yang cantik dan unik serta keagungan seni kraf tempatan yang diwarisi turun-temurun. Tahun 2008 dan 2009, HKK memperkenalkan tema Kraf Ke Persada Dunia selangkah dengan usaha Kraftangan Malaysia dalam mengangkat martabat kraf warisan ke persada dunia dengan menghasilkan produk kraf yang berkualiti dan mencapai tahap antarabangsa.

Tahun 2010, HKK menampilkan tema Kraf Kreatif dan Inovatif yang membawa makna industri kreatif yang sentiasa menuntut perubahan dan pembaharuan dalam pelbagai aspek seperti idea, reka corak, reka bentuk dan sebagainya. Tahun 2011 pula HKK telah memperkenalkan tema Kraf Menjana Ekonomi yang menampilkan penghasilan produk kraf secara komersil dapat menjana pendapatan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. - info Bhg.Komunikasi Korporat

BORANG LAWATAN BERPANDU HARI KRAF KEBANGSAAN 2012
 


Monday, January 30, 2012

KUNJUGAN PELAJAR-PELAJAR ASING INSTITUT AL-BUKHARY,KEDAH KE GALERI PKKM PERLIS


Hampir seramai 80 orang pelajar asing dari Institut Al-Bukhary,Alor setar telah sudi mengunjugi ke galeri PKKM Perlis pada minggu lepas. Aktiviti kunjungan mereka adalah untuk mengikuti jadual lawatan seharian ke Perlis,Kraftangan Perlis menjadi antara destinasi pilihan untuk mereka mengenali seni penghasilan kraf negara kita.

Wednesday, January 11, 2012

KOMUNITI 1 MALAYSIA PROGRAM PENUTUP 2011

     
Yb. Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu bersama isteri hadir bersama merasmikan majlis. Kelihatan Pengarah PKKM Perlis En. Rosli Talikun serta pengarah-pengarah jabatan agensi dibawah KPKK negeri perlis hadir bersama. 





    
Karnival Komuniti 1 Malaysia yang telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan negeri Perlis menjadi program penutup tahun 2011. Karnival bermula pada 31hb Disember 2011 dan berakhir pada 1 Januari 2012. Hampir 20 buah kampung yang terdiri daripada beberapa kawasan DUN negeri Perlis mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Kampung Banggol Sena Parlimen Padang Besar dipilih sebagai lokasi tempat karnival berlangsung. Pelbagai aktiviti serta program dijalankan,antaranya adalah pameran gerai-gerai jualan serta pertandingan hiasan khemah tercantik. Selain itu juga pertandingan memasak bubur asyura juga turut diadakan dimana pihak Kraftangan Perlis berjaya membolot tempat ketiga,seramai 30 peserta yang terdiri dari wakil jabatan serta penduduk kampung yang masuk bertading dalam acara tersebut.Majlis perasmian serta penutup telah diadakan pada 1 Januari 2012  telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis Dato' Seri Dr. Md. Isa B.Sabu. Dianggarkan hampir 6 ribu orang ramai hadir memberi sokongan pada hari karnival tersebut meskipun cuaca yang tidak menentu pada sebelah pagi. Pihak Kraftangan Perlis juga hadir memberi sokongan dengan mengadakan pameran korporat di khemah yang disediakan dengan menyampaikan info-info mengenai Kraftangan Malaysia bagi mengalakkan serta menarik minat orang ramai memberi sokongan kepada industri kraf negara. Semoga karnival seperti ini diadakan lagi pada tahun ini bagi mmeriahkan lagi aktiviti sosial masyarakat kampung.




Wednesday, December 28, 2011

PROGRAM MERAYATKAN SENI,KG. CHANGKAT JAWI

Datuk Hajah Mastika Junaidah (kiri) bersama timbalan pengarah Jabatan Penerangan dan Pengarah PKKM En. Rosli menyampaikan hadiah unutk pemenang sukan rakyat sempena program tersebut berlangsung
Pada 15 Disember lalu, pihak Jabatan Kebudayaan &Kesenian Negara bersama Jabatan Penerangan Perlis telah menganjurkan Program Merayatkan Seni bertempat di Kampung Changkat Jawi,DUN Guar Sanji. Program bermula pada 14hb dengan aktiviti seperti sukan rakyat dan pertandingan karaoke lagu patriotik diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Program sepatutnya dirasmikan oleh Exco Agama Negeri Perlis iaitu YB. Jafperi Bin Othman yang juga wakil rakyat bagi DUN kawasan Guar Sanji, namun disebabkan beliau menghadiri persidangan di SUK Perlis pada masa yang sama beliau telah mewakilkan Ketua Wanita Umno negeri Perlis Dato' Hajjah Mastika Junaidah Bt. Husin yang juga mantan pengerusi Kraftangan Malaysia sebagai perasmi program. Perasmian disempurnakan pada pukul 2.30 petang dan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah JKKN negeri Perlis En. Rizal. Sejurus kemudian Dato' Hajjah Mastika mengambil tempat untuk ucapan perasmian bagi mewakili YB Adun Guar Sanji yang tidak dapat hadir beliau juga sudi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang sukan rakyat yang diadakan pada sebelah pagi. Antara sukan yang diadakan seperti acara bolasepak berkain pelekat,sepaktakraw dan acara mengadam sireh junjung. Selain itu juga orang ramai yang hadir turut menikmati juadah kenduri rakyat dan bubur asyura yang telah dihidangkan oleh penganjur. Pihak PKKM Perlis yang hadir mengadakan pameran sebagai tanda sokongan kepada program yang diadakan. Semoga aktiviti seperti ini diadakan pada tahun hadapan di venue yang lain agar dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim antara agensi-agensi kerajaan bersama masyarakat kampung.



Wednesday, December 14, 2011

SHOWCASE SDSI, AYER KEROH MELAKA 2011

YB Dato' Mukriz Tun Mahathir menerima cenderamata dari wakil
jawatankuasa SDSI negeri Perlis
Sekali lagi Melaka menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Nasional 2011 pada 9-11 Disember 2011 (jam 10 pagi hingga 10 malam)bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Pameran ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Mukriz Bin Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 9 Disember 2011. Tema bagi penganjuran kali ini adalah “Dari Malaysia ke Persada Dunia “. Seramai 4 wakil usahawan kraf dari negeri Perlis iaitu Batik inderawasih, Sentuhan Budi Enterprise,Dwisha Craft, Liznim enterprise dan Husaidi Enterprise telah melibatkan diri dalam aktiviti pameran jualan serta pertandingan. Pihak PKKM perlis pula diwakili oleh Pengarah En. Rosli B. Talikun bersama En. Wan Husnan B. Wan Kadir dari Bahagian Usahawan yang  hadir ke upacara perasmian. Batik Inderawasih telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam kategori tekstil menjadikan 3 tahun berturut-turut mereka berjaya mengekalkan konsisten diantara 3 usahawan terbaik dalam aktiviti pertandingan tersebut. Semoga karnival seperti ini dapat diteruskan dari tahun ke tahun oleh kerana dengan adanya karnival seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan SDSI pada masa akan datang.





Tuesday, December 13, 2011

AL-FATIHAH BUAT PEREKA KRAFTANGAN ALLAHYARHAM NAZARI BIN MAARUS

Pihak PKKM Perlis merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham En. Nazari Maarus,Pereka Kraftangan Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah pada 13/12/11. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan-golongan mereka yang beriman. Sesungguhnya negara kita akan terasa kehilangan insan berjiwa seni yang berbakat besar dalam dunia peragaan. Al-fatihah......