Friday, May 20, 2011
LAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI SEMPENA PROGRAM JALINAN BERSAMA RAKYAT DI PERLIS
19 Mei -Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja sehari ke Perlis. Ketibaan beliau dengan helikopter di perkarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis pada jam 9.25 pagi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan anggota exco kerajaan negeri.
Timbalan Perdana Menteri kemudian melawat persekitaran Kuala Perlis dan meninjau perkampungan nelayan tradisional di Pulau Ketam serta bertemu penduduk di kawasan itu.Beliau dijadual melawat kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Perlis sebelum meninjau perkampungan nelayan Kuala Sungai Baru ketika dalam perjalanan menuju Kuala Sanglang. Di Kuala Sanglang, Timbalan Perdana Menteri dijadual melawat balai bomba sukarela dan bertemu penduduk tempatan. Pada tengah hari, Muhyiddin akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin masyarakat dan kakitangan kerajaan di Dewan 2020 manakala petang ini beliau dijadual melawat Empangan Timah Tasoh di Beseri dan meninjau pembangunan pekan Padang Besar. Timbalan Perdana Menteri juga dijadual bertemu masyarakat Siam di Jejawi dekat sini sebelum mengakhiri lawatan ke negeri ini dengan melawat kampung Wang Besar di Bintong. Muhyiddin dijadual berlepas ke Alor Setar malam ini untuk menghadiri program politik di Kedah esok. - BERNAMA
Pihak PKKM Caw. Perlis diwakili oleh Pengarah serta anggota kerja turut hadir menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment