Wednesday, May 11, 2011

PROGRAM PERLIS SIHAT SEJAHTERA BERSEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KEPUTERAAN KE-68 DYMM TUANKU RAJA PERLIS

Ketibaan Tuanku disambut oleh Menteri Kesihatan

Tuanku Raja Perlis, Tuanku Raja Perempuan Perlis serta Dato' Liow dan isteri
diberi penerangan oleh jururawat ketika sesi lawatan

Sempena sambutan keputeraan DYMM Raja Perlis yang ke-68, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah melancarkan program Perlis Sihat Sejahtera yang bertemakan "Kami Sedia Membantu" pada selasa yang lalu. Program yang turut dihadiri DYMM Raja Perlis bersama DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis,Y.A.B Dato’ Seri Dr. Md Isa Bin Sabu Menteri Besar Perlis serta Menteri Kesihatan Dato' Sri Liow Tiong Lai dan isteri manakala pihak PKKM Perlis diwakili oleh pengarah,En. Rosli b. Talikun. Di bawah adalah ringkasan ucapan yang telah diberikan oleh menteri kesihatan sempena program tersebut berlangsung.

  • Kami Sedia Membantu’ merupakan ikrar seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia untuk bersama-sama menggembeling tenaga menyampaikan perkhidmatan dengan penuh sifat penyayang, prihatin, bertimbang rasa dan dilaksanakan secara profesional dengan semangat kerja berpasukan.
  • Untuk mempertingkatkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di negeri Perlis, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan beberapa projek yang meningkatkan infrastruktur fasiliti kesihatan. Di antaranya:
i. Kolej Jururawat Masyarakat Kangar telahpun siap dibina dan telah mula beroperasi pada awal tahun ini. Ia akan dapat menempatkan 300 orang pelatih jururawat masyarakat.
ii. Kompleks Kesihatan di Jalan Raja Syed Alwi, Kangar, yang sekarang hampir siap pembinaannya dan diharap akan dapat diduduki sedikit masa lagi. Kompleks ini akan menjadi pusat pentadbiran perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan di negeri Perlis.
iii. Pembinaan Wad Diraja, yang bermula pada tahun lepas, telah pun siap.
iv. Wad baru 8 Tingkat untuk mengggantikan beberapa wad lama di Hospital Tuanku Fauziah Kangar, sedang dalam pembinaan. Projek ini memakan belanja RM176 juta dan tempoh pembinaannya dijangka mengambil masa 3 tahun.
v. 10 buah klinik desa telah dinaiktaraf dengan rekabentuk baru, demi untuk keselesaan masyarakat dalam mendapatkan perkhidmatan.


No comments:

Post a Comment