|
Aksi pelajar mewarnakan batik pada sesi pendidakan kraf. |
Pendidikan kraf batik telah dijalankan pada sabtu lepas. Bertempat di bengkel inkubator, PKKM Perlis, program telah dijalankan seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang. Hampir seramai 20 orang pelajar dan diiringi guru yang bertugas hadir menjayakan program pendidikan kraf batik. Pelajar didedahkan dengan pendidikan asas membuat batik secara teori oleh tenaga pengajar Zaniza Zaid dari syarikat Zaiza Art Collection, kemudian pelajar diberi peluang untuk mencuba secara praktikal mecanting dan mewarna batik diatas kain rayon yang telah disediakan.
'Depa memang minat sangat wat batik tambah - tambah tang nak warna, bukan main lagi depa mengala, harap pas ni cikgu yang mai reni try masukkan program ni dalam kalendar aktiviti bulanan sekolah, mana tau kot-kot leh tambah ilmu cikgu ngan anak murid skali' - ujar Zainiza.
No comments:
Post a Comment