Monday, February 22, 2016

MAII PAKAT MAII !! ‪#‎hkk16‬











Orang ramai dijemput untuk berkunjung ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Sempena dengan Hari Kraf Kebangsaan 2016, pada 24 Feb - 6 Mac 2016, masa  10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Pelbagai jenis kraf yang akan dibawakan secara eksklusif  dari seluruh negeri. Selain itu pelbagai aktiviti hiburan dan interaktif menanti anda. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Hari Kraf Kebangsaan 2016. Maii Pakat Maii ; ) #hkk16

Aktiviti Sempena HKK 2016

Jualan Kraf 
Pameran & Jualan Produk Kraf Rekaan Baru
Pameran Produk Kraf Warisan: Natif Ke Kreatif
Padanan Perniagaan (Business Matching)
Demonstrasi Kraf 
Aktiviti Galakan Pengunjung
Demonstrasi Masakan dan Kuih Tradisional
Persembahan Kesenian
Bicara Kreatif dan Bengkel Kreatif
Peragaan Fesyen (Biz to Biz)
Pertandingan Selfie 
Lawatan Berpandu

Tuesday, January 19, 2016

HARI KRAF KEBANGSAAN 2016, 24 FEB SEHINGGA 6 MAC 2016

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menganjurkan sambutan Hari Kraf Kebangsaan bermula dari 24 Februari hingga 6 Mac 2016 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung seperti :  

Jualan Kraf 
Pameran & Jualan Produk Kraf Rekaan Baru
Pameran Produk Kraf Warisan: Natif Ke Kreatif
Padanan Perniagaan (Business Matching)
Demonstrasi Kraf 
Aktiviti Galakan Pengunjung
Demonstrasi Masakan dan Kuih Tradisional
Persembahan Kesenian
Bicara Kreatif dan Bengkel Kreatif
Peragaan Fesyen (Biz to Biz)
Pertandingan Selfie 
Lawatan Berpandu

Tuesday, December 15, 2015

BENGKEL JAHITAN BEG

Pada 6hb-11hb Disember yang lalu, pihak Kraftangan Malaysia Caw. Perlis telah menganjurkan bengkel jahitan beg bersama tenaga pengajar dari Bahagian Rekaan Puan Shira. Sebanyak empat rekaan beg telah dipelajari sepanjang program tersebut berlansung. Program turut melibatkan 9 orang peserta terdiri daripada usahawan negeri Perlis, Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

SUMBANGAN PENGHARGAAN


Ucapan tahniah kepada tuan pengarah En. Awang Ismail dan anggota kerja Puan Suzaina kerana kecemerlangan anak mereka didalam peperiksaan tahun ini.Anak kepada En. Awang Ismail memperolehi 9A 1B dalam peperiksaan PT3 manakala anak kepada Puan Suzaina memperolehi 5A dalam UPSR.Pihak Kelab sukan & kebajikan Kraftangan M'sia Caw. Perlis berbesar hati memberi ganjaran kepada anak-anak mereka yang berjaya.

Wednesday, November 11, 2015

Jom ramai-ramai berkunjung ke "Bazaar Kraf 2015"


Jangan Lepaskan peluang berkunjung ke "Bazaar Kraf 2015". Pada 28 November sehingga 06 Disember 2015, di Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis. Terdapat pelbagai produk kraf yang menarik menanti anda, antaranya produk kraf Tekstil, Aneka Kraf, Logam dan banyak lagi... Temui anda hanya di "Bazaar Kraf 2015"

Monday, November 2, 2015

PROMOSI JUALAN KRAF SEMPENA HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI PERLIS (HPPNPs)




Sempena hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis (HPPNPs) yang telah diadakan pada 30 Oktober hingga 01 November 2015, Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis telah menyertai pameran agensi dengan mengadakan Promosi Jualan Kraf, menerusi penglibatan para usahawan dibawah Kraftangan Malaysia. Seramai 8 orang usahawan telah menyertai program pameran yang diadakan selama 3 hari bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis. Pelbagai bidang kraf turut dibawakan untuk diketengahkan kepada para pengunjung. Antaranya barangan kraf hasil Logam (Keris, parang dan pisau) Tekstil (Batik) Aneka Kraf (rantai, gelang perhiasan diri, Capal) dan Hasil rimba (keychain daripada kayu dan pelbagai lagi.