Monday, April 16, 2012

PROGRAM MERAKYATKAN SENI DAN BUDAYA " BERSAMA MASYARAKAT SIAM SEMPENA PESTA SONGKRAN 2012"

Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu menjirus air ke guri sebagai tanda gimik pelancaran majlis smbil diperhatikan isteri Menteri Besar dan Pengerusi Masyarakat SiaM Puan Siew Chun Eam kelmarin.
Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Yang Berhortmat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Menteri Besar Perlis Yang berhormat Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu merasmikan majlis Program Merakyatkan Seni dan Budaya bersama Masyarakat Siam sempena Pesta Songkran 2012 di Kolej Jururawat Behor Pulai, Kangar Perlis. Mereka tiba ke tapak program seawal jam 11 pagi.
SILA KLIK DISINI UNTUK PAPARAN GAMBAR BERIKUTNYA
SILA KLIK DISINI UNTUK PAPARAN GAMBAR BERIKUTNYA

Thursday, April 12, 2012

HARI KRAF KEBANGSAAN 2012 "KRAF PENJANA EKONOMI RAKYAT"

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor  melakukan gimik pelancaran sambil diperhatikan Dato' Rais dan Isteri serta Setiausaha KPKK Datuk Seri Kamaruddin Siaraf ,Pengerusi Kraftangan Malaysia Dato' Sohaimi dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia En. Mohd. Kamil B. Mohd Ali.

Hari Kraf Kebangsaan yang berlangsung pada 21 Mac lalu berakhir pada 2 April 2012. Banyak kenangan manis tersimpan dilubuk ingatan kepada setiap yang berkunjung semasa promosi tersebut berlangsung.Bertemakan "Kraf Penjana Ekonomi Rakyat" Hari Kraf Kebangsaan ini juga telah menempa sejarah dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor yang turut mencemar duli hadir untuk merasmikan majlis pada 22 Mac 2012. Kehadiran Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais b. Yatim serta isteri Datin Seri Maznah Rais memeriahkan lagi acara perasmian. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Yang Berbahagia Dato' Seri Kamaruddin Siraf, Yang Berbahagia Dato' Sohaimi Shahdan dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Yang Berbahagia Encik Mohd. Kamil B. Mohd. Ali bagi mengiringi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Hampir 500 usahawan terdiri daripada usahawan seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak berkampung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur ini. Rata-rata pengunjung serta usahawan yang hadir begitu teruja dengan konsep tahun iaitu konsep ' Pop Art'. Konsep seperti ini sesekali mengimbas kembali zaman kegemilangan retro dari segi warna pada produk serta fashion pada pakaian batik yang telah diketengahkan oleh pihak Kraftangan Malaysia. Selain acara lintas langsung melalui RTM serta secara langsung Selamat Pagi Malaysia, Hari Kraf Kebangsaan kali ini menarik lebih ramai pengunjung untuk datang memberi sokongan kepada produk kraf buatan Malaysia. Diharap pada tahun-tahun berikutnya Promosi seperti ini dapat dijalankan dengan lebih sempurna supaya dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung terutama sekali kepada pengunjung luar negara agar dapat menengahkan lagi produk kraf buatan Malaysia ini dimata dunia.
Untuk lebih gambar perasmian HKK'12 sila kilk disini




Tuesday, April 3, 2012

PROGRAM MERAKYATKAN SENI " KOMUNITI 1MALAYSIA " PERLIS

Menteri Besar Perlis bersama isteri menaiki basikal sebagai tanda gimik perasmian.
Jabatan Penerangan bersama Jabatan Kesenian &Kebudaayan Negara Perlis sekali lagi telah menganjurkan Program Merayatkan Seni "Komuniti 1Malaysia". Bertempat di Sekolah Menegah Kebangsaan Abi, Jalan Padang Melangit,Kangar. Program bermula pada 16hb. sehingga 17hb. telah menarik minat hampir 10 ribu pengunjung dari penduduk setempat serta orang luar untuk hadir memberi sokongan. Banyak acara menarik telah disediakan oleh pihak pengajur untuk memeriahkan lagi program. Program juga bertujuan memupuk kesedaran komuniti mengenai aktiviti seni dan budaya berbilang kaum seperti yang dipaparkan melalui persembahan serta pameran dari agensi-agensi dibawah naungan Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudaayan.Selain itu aktiviti gotong-royong juga dianjurkan bagi mengembalikan nostalgia aktiviti gotong-royong penduduk dan masyarakat berbilang kaum dalam menyediakan juadah untuk kenduri dikampung. Program ini turut dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu. Hadiri bersama wakil-wakil exco kerajaan serta pengarah-pengarah jabatan di negeri Perlis. Pihak PKKM Perlis juga tidak melepaskan peluang dengan mengadakan pameran korporat untuk memberi info serta maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak Kraftangan Malaysia serta mengadakan aktiviti mewarna batik untuk pengunjung yang hadir.