Monday, October 1, 2012

MEGA PENDIDIKAN KRAF MENCANTING DAN MEWARNA BATIK PERDANA 2012



Pihak Kraftangan Perlis dengan kerjasama Bahagian Perlancongan Politeknik Syed Sirajuddin, Pauh Perlis telah mengadakan mega pendidikan kraf mencanting dan mewarna batik perdana yang berlangsung di dewan Harumanis politeknik. Seramai 400 orang peserta terdiri daripada pelajar-pelajar politeknik dan wakil penjawat awam negeri Perlis. Aktiviti tersebut dijalankan pada 2 sesi iaitu pada 24 september dan 25 september 2012. Majlis perasmian mega pendidikan kraf ini disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Syed Sirajuddin Tuan Haji Md. Nor B. Baharom. Hadir bersama pada majlis tersebut Pengarah Kraftangan Perlis En. Nor Effendy B. Abd. Karim dan ketua Jabatan Perlancongan dan hospitaliti politeknik.





BIMBINGAN TEKNIKAL (PEWARNAAN BATIK)


Pihak Kraftangan Perlis telah menganjurkan bengkel bimbingan teknikal pewarnaan untuk usahawan batik negeri Perlis bertempat di bengkel pembangunan batik, Pauh selama 3 hari bermula pada 9 september dan berakhir pada 11 semptember 2012. Seramai 4 usahawan batik bersama pekerja mereka hadir untuk mempelajari teknik bancuhan warna dengan lebih sempurna untuk digunakan semasa menghasilkan produk. Tenaga pengajar dari Institut Kraf Negara En. Mohd. Sakri B. Ismail dipertanggungjawabkan untuk mencurahkan segala ilmu pengetahuan yang beliau ada.En. Sakri meletakkan 2 fokus dalam sesi bimbingan tersebut. Pertama sukatan warna mengikut produk dihasilkan dan kedua padanan warna mengikut kesusaian produk dan kehendak pelanggan mengikut peredaran masa.  2 fokus tersebut diterapkan melalui penggunaan  warna Remazol dan naphtol dengan kaedah teknik mencanting dan batik terap.