Majlis perpisahan untuk En. Khalid yang akan memulakan tugas beliau di Pekan Pahang mulai 1 Julai 2010.Terima kasih diucapkan buat beliau dan semoga lebih cemerlang ditempat baru.
Sunday, July 18, 2010
Friday, July 16, 2010
CERAMAH SPRM
Ceramah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah memberi pengetahuan kepada anggota kerja tentang akibat buruk amalan rasuah.Bersama-samalah kita memerangi rasuah.
Monday, July 12, 2010
FIRE DRILL
17 Jun 2010 - Cawangan Perlis dengan kerjasama Jabatan Bomba Perlis ,telah mengadakan kursus dalaman Mencegah dan Memadamkan Kebakaran kepada warga kraftangan Perlis,Kedah dan Pulau Pinang.Peserta-peserta telah diajar dan dilatih cara-cara untuk memadamkan kebakaran menggunakan cara yang betul.
Sunday, July 4, 2010
CERAMAH AGAMA SIRI 1
15 April - PKKM Cawangan Perlis telah menjadi tuan rumah bagi siri kursus dalaman untuk peringkat zon utara.Sebagai permulaan satu ceramah agama telah diadakan bertempat di bilik mesyuarat PKKM Cawangan Perlis.Seramai 30 orang anggota kerja dan peserta latihan jangka pendek mengikuti ceramah ini.
Thursday, July 1, 2010
LAWATAN
11 April 2010 - Lawatan daripada Lembaga Perempuan Islam Perhubungan Negeri Perak telah mengunjungi Kraftangan Cawangan Perlis.Rombongan adalah seramai 70 orang. Mereka telah diberikan taklimat ringkas mengenai aktiviti yang dijalankan oleh pihak kami.
Sempena kunjungan tersebut juga pihak kami telah menjemput usahawan mengadakan jualan produk mereka dan peserta rombongan juga diberikan peluang untuk mewarna batik.
Subscribe to:
Posts (Atom)