Tuesday, May 31, 2011

GARDEN WEEDINGS - WARNA-WARNI PROMOSI KERJA KAHWIN 2011



Promosi Kerja Kahwin 2011 yang telah bermula pada 26 Mei lalu sedang rancak berlangsung. Kemuncaknya akan berakhir pada 6 Jun ini. Bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang bertema kan perkahwinan dalam taman. Gambar dibawah ada
lah pemandangan sekitar pameran berlangsung ( photo credit to KhalYunus R&D Department)














Monday, May 23, 2011

TAKZIAH BUAT SITI MAIZURA ANGGOTA KERJA PKKM P.PINANG DIATAS PEMERGIAN BAPA MERTUA

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)
Salam takziah buat anggota kerja PKKM Caw. P.Pinang,Siti Maizura (Mai) diatas pemergian bapa mertua beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman..Al-fatihah..

Friday, May 20, 2011

LAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI SEMPENA PROGRAM JALINAN BERSAMA RAKYAT DI PERLIS



19 Mei -Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja sehari ke Perlis. Ketibaan beliau dengan helikopter di perkarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis pada jam 9.25 pagi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan anggota exco kerajaan negeri.
Timbalan Perdana Menteri kemudian melawat persekitaran Kuala Perlis dan meninjau perkampungan nelayan tradisional di Pulau Ketam serta bertemu penduduk di kawasan itu.Beliau dijadual melawat kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Perlis sebelum meninjau perkampungan nelayan Kuala Sungai Baru ketika dalam perjalanan menuju Kuala Sanglang. Di Kuala Sanglang, Timbalan Perdana Menteri dijadual melawat balai bomba sukarela dan bertemu penduduk tempatan. Pada tengah hari, Muhyiddin akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin masyarakat dan kakitangan kerajaan di Dewan 2020 manakala petang ini beliau dijadual melawat Empangan Timah Tasoh di Beseri dan meninjau pembangunan pekan Padang Besar. Timbalan Perdana Menteri juga dijadual bertemu masyarakat Siam di Jejawi dekat sini sebelum mengakhiri lawatan ke negeri ini dengan melawat kampung Wang Besar di Bintong. Muhyiddin dijadual berlepas ke Alor Setar malam ini untuk menghadiri program politik di Kedah esok. - BERNAMA
Pihak PKKM Caw. Perlis diwakili oleh Pengarah serta anggota kerja turut hadir menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri.

Renungan Jumaat :Amanah dalam pekerjaan. (Tidak amanah bekerja tergolong orang MUNAFIK)



Sifat amanah dikatakan sebagai sesuatu beban yang tidak terpikul dan telah ditolak oleh makhluk-makhluk Allah SWT yang lain, namun manusia pula sanggup untuk memikulnya. Ia berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah al-Ahzaab, ayat 72.


Perkataan 'amanah' berasal daripada bahasa Arab yang boleh ditakrifkan sebagai setia, kepercayaan, lurus dan seumpamanya. Namun, daripada konteks yang lebih mendalam, amanah difahami sebagai kepercayaan yang diletakkan oleh seseorang individu kepada pihak lain dalam memelihara atau menjaga akan sesuatu perkara tidak kira sama ada ia bersifat nyata atau tidak nyata.Sifat amanah sangat berkait rapat dengan keimanan seseorang. Seseorang yang beriman adalah orang yang bersifat amanah dan menerima segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan jujur.

Amanah yang dijunjung oleh manusia meliputi pertamanya amanah kepada Allah SWT. Ia termasuklah menunaikan segala kewajipan yang dituntut kepada-Nya, melaksanakan amal ibadah dengan ikhlas dan berterusan, dan menjaga keimanan supaya sentiasa subur.

Konteks amanah yang kedua adalah amanah sesama manusia. Ia meliputi perkara- perkara seperti memberikan hak kepada orang yang berhak, menepati janji, bersikap adil dan saksama, bercakap benar, dan melakukan ihsan kepada masyarakat sekeliling.

Sifat amanah ini adalah antara sifat wajib yang ada pada Rasul selain Siddiq (benar), Tabligh (menyampaikan) dan Fatonah (bijaksana). Sifat amanah Nabi Muhammad SAW merupakan model nilai-nilai murni yang sempurna dan unggul yang harus diterapkan dan diteladani dalam kehidupan.
Jelasnya, sifat amanah Rasulullah SAW ini terserlah sebagai salah satu nilai-nilai murni dalam Islam yang menjadi tunjang kejayaan dan kesempurnaan seseorang ketika bekerja. Sebagai pekerja, seseorang itu perlu memenuhi dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi atau majikannya.

Monday, May 16, 2011

DAULAT TUANKU.."RAKYAT BERSATU TAMBAH MUAFAKAT NEGERI MAKMUR DILIMPAHI RAHMAT DI BAWAH NAUNGAN RAJA BERDAULAT"


Tulus Ikhlas dari pihak PKKM Caw. Perlis

PEMBIKINAN PRODUK PROMOSI KRAF KERJA KAHWIN 2011 EPISOD 2

Usahawan batik G-la Rona Solution dan Liznim Kraf
sedang menyiapkan tempahan unutk 'dining set'
Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi akan berlangsungnya promosi kerja kahwin 2011 bertempat di Kompleks Kraf K. Lumpur pada 26Mei ini. Pereka cawangan telah bertugus-lumus memastikan produk prototaip yang ditempah siap sepenuhnya sebelum pameran berlangsung. Pemantaun yang dilakukan meliputi aspek standard serta kualiti produk yang dihasilkan. Usahawan batik G-la Rona Solution serta Sensasi batik Asfa diberi tempahan produk batik canting untuk 'dining set'. Motif keris dan flora (rujuk i-rekaan) dipilih hasil persetujuan bahagian rekaan ibu pejabat pada mesyuarat persembahan baru-baru ini. Untuk proses jahitan pula, Liznim Kraf Ent. dipertanggungjawabkan menjahit untuk kemasan terakhir penghasilan produk.

Pereka PKKM Perlis Siti Saffrah sedang menunjuk ajar
teknik jahitan kepada usahawan

Pereka PKKM Perlis, Khairul sedang berbincang
 mengenai  jahitan kemasan produk
Pembikinan produk prototaip akan bersambung pada episod ketiga. Produk yang akan dihasilkan seterusnya adalah kotak hantaran menggunakan kertas jerami (handmade paper).

Wednesday, May 11, 2011

MENGINDAHKAN BANGUNAN PEJABAT PKKM PERLIS

Hasil dari kerja yang dilakukan
Bersempena sambutan Keputeraan Raja Perlis yang akan berlangsung tidak lama lagi, anggota kerja serta usahawan telah berkerjasama menghiasi bangunan pejabat PKKM Caw. Perlis pada petang semalam. Pengarah, En. Rosli juga turut bersama menjalankan gerak kerja menghiasi bangunan pejabat.
Antara aksi kerjasama anggota kerja dan usahawan



PROGRAM PERLIS SIHAT SEJAHTERA BERSEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KEPUTERAAN KE-68 DYMM TUANKU RAJA PERLIS

Ketibaan Tuanku disambut oleh Menteri Kesihatan

Tuanku Raja Perlis, Tuanku Raja Perempuan Perlis serta Dato' Liow dan isteri
diberi penerangan oleh jururawat ketika sesi lawatan

Sempena sambutan keputeraan DYMM Raja Perlis yang ke-68, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah melancarkan program Perlis Sihat Sejahtera yang bertemakan "Kami Sedia Membantu" pada selasa yang lalu. Program yang turut dihadiri DYMM Raja Perlis bersama DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis,Y.A.B Dato’ Seri Dr. Md Isa Bin Sabu Menteri Besar Perlis serta Menteri Kesihatan Dato' Sri Liow Tiong Lai dan isteri manakala pihak PKKM Perlis diwakili oleh pengarah,En. Rosli b. Talikun. Di bawah adalah ringkasan ucapan yang telah diberikan oleh menteri kesihatan sempena program tersebut berlangsung.

  • Kami Sedia Membantu’ merupakan ikrar seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia untuk bersama-sama menggembeling tenaga menyampaikan perkhidmatan dengan penuh sifat penyayang, prihatin, bertimbang rasa dan dilaksanakan secara profesional dengan semangat kerja berpasukan.
  • Untuk mempertingkatkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di negeri Perlis, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan beberapa projek yang meningkatkan infrastruktur fasiliti kesihatan. Di antaranya:
i. Kolej Jururawat Masyarakat Kangar telahpun siap dibina dan telah mula beroperasi pada awal tahun ini. Ia akan dapat menempatkan 300 orang pelatih jururawat masyarakat.
ii. Kompleks Kesihatan di Jalan Raja Syed Alwi, Kangar, yang sekarang hampir siap pembinaannya dan diharap akan dapat diduduki sedikit masa lagi. Kompleks ini akan menjadi pusat pentadbiran perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan di negeri Perlis.
iii. Pembinaan Wad Diraja, yang bermula pada tahun lepas, telah pun siap.
iv. Wad baru 8 Tingkat untuk mengggantikan beberapa wad lama di Hospital Tuanku Fauziah Kangar, sedang dalam pembinaan. Projek ini memakan belanja RM176 juta dan tempoh pembinaannya dijangka mengambil masa 3 tahun.
v. 10 buah klinik desa telah dinaiktaraf dengan rekabentuk baru, demi untuk keselesaan masyarakat dalam mendapatkan perkhidmatan.


SARINGAN PERSEMBAHAN MALAM MENJUNJUNG KASIH

Aksi hebat dan memukau dari Fauzi & Roslan Bidin
Menjelang persembahan Malam Menjunjung Kasih Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 2011 yang bakal berlangsung pada 25hb Mei ini yang bertemakan konsep Retro dari awal 40'an -80'an, pihak PKKM Perlis telah melibatkan diri dalam persembahan saringan yang telah dilangsung pada malam semalam bertempat di Jabatan Kebudayaan negeri Perlis. Usahawan kraf dari G-la Rona Solution, Fauzi Kasa membuat persembahan secara akustik dan diiringi petikkan keyboard dari saudara Roslan Bidin,usahawan kraf dari Lan Seni Kraf. Dendangan lagu Perjalanan hidup dari Ebiet G Ade menjadi taruhan mereka yang mewakili pihak Kraftangan Perlis,ternyata persembahan mereka berjaya memukau pihak juri dan penonton yang hadir pada malam semalam.


Antara aksi jabatan serta agensi yang terlibat
Hampir 20 jabatan serta agensi terlibat dalam acara saringan tersebut, dan pihak penganjur akan memilih antara 10 terbaik untuk dipersembahkan pada malam menjujung kasih dihadapan Raja Perlis. Bersama-sama kita doakan agar wakil dari pihak Kraftangan ini berjaya ke peringkat seterusnya untuk menaikkan nama Kraftangan pada malam persembahan tersebut.

PENDIDIKAN KRAF BATIK BERSAMA PELAJAR MAKTAB RENDAH SAINS MARA


Aksi pelajar mewarnakan batik pada sesi pendidakan kraf.
Pendidikan kraf batik telah dijalankan pada sabtu lepas. Bertempat di bengkel inkubator, PKKM Perlis, program telah dijalankan seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang. Hampir seramai 20 orang pelajar dan diiringi guru yang bertugas hadir menjayakan program pendidikan kraf batik. Pelajar didedahkan dengan pendidikan asas membuat batik secara teori oleh tenaga pengajar Zaniza Zaid dari syarikat Zaiza Art Collection, kemudian pelajar diberi peluang untuk mencuba secara praktikal mecanting dan mewarna batik diatas kain rayon yang telah disediakan.'Depa memang minat sangat wat batik tambah - tambah tang nak warna, bukan main lagi depa mengala, harap pas ni cikgu yang mai reni try masukkan program ni dalam kalendar aktiviti bulanan sekolah, mana tau kot-kot leh tambah ilmu cikgu ngan anak murid skali' - ujar Zainiza.




Monday, May 9, 2011

DYTM RAJA MUDA PERLIS LANCAR ANTOLOGI CERPEN & PUISI ROSLAN BIDIN

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil menerima buku Antologi Cerpen Puisi,Aina Anakku daripada Roslan Bidin sambil diperhatikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu (dua dari kiri)

Raja Muda Perlis Mahu OKU Diberi Kemudahan Mengiklan Produk
KANGAR, 1 Mei (Bernama) -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu orang kelainan upaya (OKU) diberi kemudahan mengiklankan produk mereka.

Baginda bertitah iklan merupakan medium memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat dan mampu menyumbang kepada pendapatan golongan itu.

Sehubungan itu, baginda menyarankan modul latihan dan kemahiran kepada OKU dipelbagaikan.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika melancarkan antologi cerpen dan puisi "Aina Anakku" karya penulis cacat penglihatan, Roslan Bidin di Kampung Beseri Dalam dekat sini.

Titah baginda, masyarakat juga boleh membantu memberi motivasi dan menggalakkan golongan OKU untuk memajukan diri, serta menerima pandangan mereka kerana mungkin idea yang diketengahkan lebih baik atau tidak pernah ditonjolkan oleh orang lain.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil manakala yang hadir sama Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Sementara itu, antologi Roslan menghimpunkan lima puisi dan lapan cerpen mengisahkan pengalaman hidup penulis sendiri dan dinukilkan dalam gaya bahasa yang mudah difahami.

Untuk tempahan antologi terbitan Lan Seni Kraf Enterprise itu, sila hubungi talian 019-4506775 atau 04-9386016.

SUMBER-- BERNAMA

Wednesday, May 4, 2011

PEMBIKINAN PRODUK PROMOSI KRAF KERJA KAHWIN 2011 EPISOD 1

Antara proses kerja yang dilakukan Syuhaida
serta produk yang telah siap
Sempena Promosi Kraf Kerja Kahwin yang akan berlangsung tidak lama lagi, pihak cawangan telah membuat tempahan prototaip hasil dari rekaan yang telah diluluskan oleh pihak Bahagian Rekaan, ibu pejabat pada mesyuarat persembahan rekaan bulan lepas. Untuk episod pertama penghasilan produk, pihak pereka cawangan telah ditugaskan untuk memantau penghasilan produk prototaip yang ditempah kepada usahawan kraf daun getah, Syuhaida Shamsudin bertempat di Jalan Padang Besar. Pereka cawangan telah menempah beberapa rekaan bunga telur untuk pameran pada promosi itu nanti."Takat la ni tak banyak sangat la tempahan dari luaq, takat dua - tiga design tu,kak boleh wat sat ja,kalau tak dak ganguan la",ujar usahawan Syuhaida Shamsudin. Proses pembikinan produk sempena Promosi Kraf Kerja Kahwin 2011 ini akan bersambung pada episod kedua iaitu penghasilan 'Dining Set' dari batik. sekian.

SISTEM GANTI PTK BERMULA 1 JULAI

KUALA LUMPUR 30 April – Kerajaan dijangka melaksanakan sistem penilaian baru terhadap penjawat awam menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) berkuat kuasa Julai ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, sistem itu akan menilai tahap kompetensi golongan itu berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku mereka dalam pekerjaan.
“Pada 2 Mei ini, Jabatan Perkhidmatan awam (JPA) dan CUEPACS akan membuat persidangan bagi membentangkan beberapa cadangan terhadap penambahbaikan sistem penilaian baru itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran sempena ulang tahun ke-50 penubuhan Kesatuan Inspektor Kesihatan Malaysia di sini hari ini.
Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa 1 Januari lalu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober tahun lalu.
Menurut Omar, sistem penilaian baru itu akan melihat tahap keupayaan kerja bagi tujuan kenaikan pangkat berbanding hanya bergantung kepada keputusan peperiksaan PTK sebelum ini...sumber-CUEPACS

Tuesday, May 3, 2011

KARNIVAL HARUMANIS PERINGKAT NEGERI PERLIS 2011

KARNIVAL HARUMANIS PERINGKAT NEGERI PERLIS 2011 AKAN DIADAKAN PADA 4 MEI 2011 HINGGA 6 MEI 2011 BERTEMPAT DI DATARAN DATO' SHEIKH AHMAD , KANGAR MULAI PUKUL 10.00 PAGI HINGGA 10.00 MALAM.PROGRAM INI ADALAH CETUSAN IDEA DARIPADA YANG BERHORMAT TUAN HJ SABRY BIN AHMAD , AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN (PERTANIAN,INDUSTRI ASAS TANI DAN PEMBANGUNAN KOPERASI)

MAJLIS PERASMIAN AKAN DISEMPURNAKAN OLEH YAB. DATO' SERI DR MD ISA BIN SABU , MENTERI BESAR NEGERI PERLIS PADA 4 MEI 2011 , JAM 2.30 PETANG.

PROGRAM INI AKAN MEMPERTENGAHKAN JUALAN BUAH HARUMANIS , PULUT MEMPELAM , PRODUK INDUSTRI ASAS TANI , BUAH BUAHAN TEMPATAN DAN JUGA BENIH POKOK HARUMANIS.

DISAMPING ITU KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH AKAN DIBUKA OLEH SPR , KAUNTER PEMERIKSAAN KESIHATAN OLEH JABATAN KESIHATAN , KAUNTER PINJAMAN KEWANGAN OLEH TEKUN NASIONAL DAN AGROBANK.

PADA MALAMNYA AKAN DISERIKAN DENGAN PERTUNJUKAN KEBUDAYAAN.

ORANG RAMAI DIJEMPUT UNTUK HADIR BERAMAI RAMAI PADA KARNIVAL TERSEBUT..Sumber Jabatan Pertanian Negeri Perlis

MUSIM HARUMANIS TIBA LAGI


MMMMM.....!.SEDAP LAGI ENAK.AROMANYA JUGA SUNGGUH MENARIK.....itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut pelanggan yang datang membeli harumanis di Pusat Pertanian Bukit Bintang Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
Jualan Harumanis dan juga Anggur Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah bermula pada 1 Mei 2011 hingga 30 Mei 2011 , bertempat di Pusat Pertanian Bukit Bintang , Jalan Batu Pahat , Perlis.
Kaunter jualan di buka dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi Penolong Pegawai Pertanian ,Kuasausaha Pusat Pertanian Bukit Bintang Puan Shahila bt Aziz ( 0125910801) sumber - Pejabat Pertanian negeri Perlis..
Mempelam harumanis

Orang ramai tidak melepaskan peluang berbaris untuk membeli
mempelam harumanis

Bungkusan yang menarik mempelam harumanis

PERUTUSAN PM SEMPENA HARI PEKERJA :PEKERJA MEREALISASI TRANSFORMASI NEGARA


Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua para pekerja Malaysia. Saban tahun kita menyambut hari yang amat bermakna ini sebagai pengiktirafan terhadap jasa-jasa para pekerja dalam membangunkan negara Malaysia yang tercinta.
Tidak dapat dinafikan transformasi negara dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi dalam tempoh lima dekad dimungkinkan oleh para pekerja Malaysia yang dinamik dan berproduktiviti tinggi.
Malaysia hari ini beraspirasi untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Kerajaan telahpun meletakkan segala asas transformasi kerajaan serta ekonomi yang diperlukan bagi merealisasikan matlamat ini. Walaupun demikian tanpa sokongan dan komitmen oleh para pekerja wawasan ini akhirnya akan hanya tinggal impian semata-mata.
Matlamat untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan memanfaatkan semua rakyat Malaysia. Namun semua pihak perlu sanggup mempersiapkan diri untuk memanfaati peluang-peluang yang akan terhasil dari cita-cita nasional ini. Malaysia yang maju akan memerlukan pekerja yang mempunyai daya produktiviti, daya saing, keanjalan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi.
Negara Malaysia maju akan menyaksikan peningkatan kualiti infrastruktur asas yang disediakan kerajaan. Anak-anak kita akan mendapat akses kepada perumahan, perkhidmatan perubatan dan pendidikan yang lebih baik. Namun untuk semua ini menjadi realiti memerlukan kita menyinsing lengan mengukuhkan tekad serta melipatgandakan lagi usaha.

SUDUT KREATIF DARI NEGARA MATAHARI TERBIT

Jepun ialah negara yang gila manga. Tak hairan jika petani diorangpun gila berkarya. Yang uniknya kanvas mereka ialah petak padi milik mereka! Di bandar Inakadate, Aomori Prefacture - seni menghasilkan lukisan dari padi sudah dilakukan selama 20 tahun. Padi pelbagai warna digunakan bagi melukis.