Wednesday, November 11, 2015

Jom ramai-ramai berkunjung ke "Bazaar Kraf 2015"


Jangan Lepaskan peluang berkunjung ke "Bazaar Kraf 2015". Pada 28 November sehingga 06 Disember 2015, di Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis. Terdapat pelbagai produk kraf yang menarik menanti anda, antaranya produk kraf Tekstil, Aneka Kraf, Logam dan banyak lagi... Temui anda hanya di "Bazaar Kraf 2015"

Monday, November 2, 2015

PROMOSI JUALAN KRAF SEMPENA HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI PERLIS (HPPNPs)




Sempena hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis (HPPNPs) yang telah diadakan pada 30 Oktober hingga 01 November 2015, Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis telah menyertai pameran agensi dengan mengadakan Promosi Jualan Kraf, menerusi penglibatan para usahawan dibawah Kraftangan Malaysia. Seramai 8 orang usahawan telah menyertai program pameran yang diadakan selama 3 hari bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis. Pelbagai bidang kraf turut dibawakan untuk diketengahkan kepada para pengunjung. Antaranya barangan kraf hasil Logam (Keris, parang dan pisau) Tekstil (Batik) Aneka Kraf (rantai, gelang perhiasan diri, Capal) dan Hasil rimba (keychain daripada kayu dan pelbagai lagi.