Tuesday, December 28, 2010

JASA MU TETAP DIKENANG..Salam perpisahan buat mantan Pengarah En. Adzman B. Suhaimi



27 Dis. - Setelah 3 tahun mencurahkan pengalaman dan tunjuk ajar beliau kepada kakitangan serta usahawan - usahawan kraf negeri Perlis, En. Adzman Suhaimi selaku pengarah Kraftangan Malaysia Caw. Perlis telah bertukar ke ibu pejabat, Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada tahun 2011. Selama beliau berkhidmat di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, beliau telah banyak menabur bakti melakukan transformasi khususnya pada kakitangan serta para usahawan kraf di negeri Perlis. Banyak kemudahan dan prasarana yang telah di bangunkan untuk golongan usahawan kraf selain mendapatkan keselesaan kepada kakitangan melalui ruang pejabat baru yang dibina. Selain itu juga, dengan usaha beliau buat julung kali pertamanya acara promosi telah berjaya dilaksanakan di ruang legar Kraftangan Malaysia cawangan Perlis sendiri sehingga mendapat sambutan yang agak menggalakkan bermula pada tahun 2008. Dengan berlangsungnya acara promosi tersebut, maka dapat membuka mata orang ramai untuk menceburi bidang kraf, hasilnya telah ramai mereka yang datang untuk mendaftar sebagai usahawan baru kraf.
Berkat kerjasama beliau juga dan pihak kerajaan negeri bersama Y.M Tengku Puan Sharifah Hismah, sebuah bengkel batik telah didirikan di kawasan Pauh untuk memberi peluang kepada mereka yang berminat menghasilkan batik, bengkel tersebut akan beroperasi sepenuhnya pada awal Januari tahun hadapan.
Sehingga ke hari ini kesan tunjuk ajar serta pandangan En Adzman dapat digunakan dengan berkesan khususnya kepada kakitangan dan usahawan kraf. Jasa beliau amat dihargai, hanya tuhan sahaja dapat membalas segala jasa baik selama beliau berkhidmat disini. Semoga En. Adzman tidak melupai kami semua disini, dan didoakan semoga En. Adzman dapat menempuh kejayaan yang cemerlang, gemilang lagi terbilang pada masa akan datang..Khz/10 rabu dalam hujan..

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH









23 Dis. - Siri akhir kursus ' in - house ' bertajuk Bengkel Pengurusan Jenazah telah dijalankan pada 23 disember yang lalu. Bengkel bermula pada jam 10 pagi berakhir pada 4 petang. Selain kakitangan kraftangan cawangan Perlis, bengkel ini turut dihadiri oleh wakil Jabatan Kebudayaan dan penduduk kampung berdekatan. Bengkel ini dikendali oleh Ustaz Abd Wahab dari Pejabat agama negeri Perlis dan dibantu oleh Puan Hudoh.

Wednesday, December 8, 2010

Selayang pandang...PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010

29. Nov - Promosi Kraf Malaysia 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 25 - 29 Nov. yang lalu di perkarangan PKKM Caw. Perlis. Aktiviti jualan bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Meskipun keadaan negeri Perlis sebelum ini dilanda bencana banjir , namun tidak mematahkan semangat orang ramai yang terus memberikan sokongan terhadap barangan kraf tempatan. Dengan himpunan seramai 40 orang usahawan dari seluruh semenanjung kursusnya dalam bidang tekstil, hasil rimba dan aneka kraf, hasil jualan setiap usahawan agak memuaskan.
Selain aktiviti jualan, pihak cawangan telah menyediakan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, pertandingan permainan congkak, pertandingan sepak bulu ayam, pendidikan kraf, pertandingan mewarna dan karaoke selain hebahan serta lintas langsung ke Radio Malaysia Perlis oleh dj yang bertugas untuk menarik lebih ramai pengujung. - Khz/promosi kraf m'sia 10.

Tuesday, November 23, 2010

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010

23.Nov. - Pihak Kraftangan Malaysia Perlis akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia di perkarangan Kraftangan Malaysia Perlis pada 25 - 29 Nov. 2010 bermula pada 10 pagi sehingga 10 malam. Selain jualan,  aktiviti seperti pendidikan kraf, pertandingan mewarna dan persembahan budaya seperti dikir barat, muzik asli, ghazal parti dan wayang kulit akan di sajikan kepada pengujung. Pengujung yang bertuah juga akan membawa pulang hadiah menerusi cabutan bertuah yang akan di lakukan pada setiap hari - Khz/promosi kraf m'sia 10.

Tuesday, November 9, 2010

Bimbingan Teknikal Jahitan Tassle pada Selendang Batik

04.NOV.- Aktiviti bimbingan teknikal jahitan tassle pada selendang telah dijalankan di bengkel inkubator pada 02 - 04 Nov bermula pada jam 8.30am - 4.45 pm. Hanya 3 orang peserta termasuk anggota kerja sahaja terlibat dalam aktiviti memandangkan bencana banjir telah melanda negeri Perlis semasa aktiviti ini dijalankan. Tenaga pengajar,Cik Azlinda Bt. Mohd Yasin dari Batu Pahat,Johor telah menunjukkan teknik - teknik penghasilan gumpalan benang untuk dijadikan tassle selain teknik membuat simpulan pada tassle untuk dijahit pada selendang. Sebanyak 5 helai produk disiapkan. Cadangan asal sebanyak 20 helai. Pengarah, En. Adzman B. Suhaimi telah menyatakan untuk mengadakan aktiviti ini sekali lagi pada masa akan datang. - Khz/2010

Tuesday, November 2, 2010

PERLIS DILANDA BANJIR


03 Nov. 2010: Keadaan banjir bertambah buruk di Perlis dengan angka mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 4,536 orang petang ini berbanding lebih 3,000 pada sebelah pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, mereka dipindahkan ke 35 pusat pemindahan dengan 2,548 mangsa di kawasan Kangar, 1,154 di kawasan Padang Besar dan 834 di kawasan Arau.


Pasukan penyelamat masih mengesan mangsa-mangsa yang perlu dipindahkan untuk dibantu.

Sementara itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut meninjau beberapa pusat pemindahan banjir hari ini.

Tuesday, October 5, 2010

Pendidikan Kraf Anyaman Rotan Sempena Persidangan Perpustakaan Permainan i - Play

4 Okt. 2010 - Sesi pendidikan kraf anyaman rotan diadakan di Timah Tasoh Lake Resort, Perlis sempena Persidangan Perpustakaan Permainan i- Play. Sesi pendidikan dikendalikan oleh anggota kerja Ahmad Zaki dan usahawan kraf negeri Perlis ,Dwisha Craft - Khz/2010

Kursus Penyediaan MPK & FM

3 Okt. - Kraftangan Malaysia telah mengajurkan kursus penyediaan Manual Prosedur Kerja ( MPK ) & Fail Meja ( FM ) pada 3 - 5 Okt. 2010 di PKKM Cawangan Kedah. Sesi ceramah dan aktiviti dikendalikan oleh penceramah Tuan Haji Tahir B. Mat Kapi. Kursus disertai oleh Pengarah - pengarah dan anggota kerja dari PKKM Cawangan Kedah,Perlis dan P. Pinang.

Rumah terbuka Aidilfitri KPKK negeri Perlis

30 Sept.- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) negeri Perlis telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri. Majlis diadakan di perkarangan Jabatan Kebudayaan Negeri Perlis, majlis bermula pada jam 11 tengahari sehingga 2 petang. Seramai 8 agensi dibawah KPKK negeri terlibat menyediakan gerai jamuan.

Thursday, September 23, 2010

Kursus dalaman Pembangunan Dalam Kumpulan (TeamBuilding)

23. Sept.- PKKM cawangan Perlis telah menganjurkan kursus dalaman (in-house) yang bertajuk Pembangunan dalam Kumpulan (Teambuilding) di PKKM cawangan Perlis. Pada sesi tersebut seramai 10 peserta terdiri daripada wakil anggota kerja dari PKKM cawangan Perlis dan Kedah telah menyertainya.Sesi ceramah telah disampaikan oleh wakil dari pihak Unimap iaitu Prof. Madya Ku Halim B. Ku Arifin dan sesi aktiviti dalam kumpulan di bantu oleh Puan Ruswahida Bt. Ibnu Ruslan. Kursus bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang.

Tuesday, September 21, 2010

Majlis Penyampaian Sijil LJP 2010

21 Sept. 2010 -Majlis penyampaian sijil kepada pelatih- pelatih LJP sesi tahun 2010 telah berlangsung di PKKM cawangan Perlis. Seramai 7 pelatih telah menamatkan sesi latihan jangka pendek batik canting di bengkel inkubator PKKM cawangan Perlis. Sesi latihan telah bermula pada 3 Mac sehingga 30 Ogos 2010. Majlis penyampaian sijil disempurnakan oleh pengarah PKKM cawangan Perlis En. Adzman B. Suhaimi. Turut disampaikan sijil kursus induksi khursus kepada tiga anggota kerja PKKM cawangan Perlis yang telah lulus dalam kursus induksi tersebut, mereka adalah Khairul Hijaz, Ahmad Zaki dan Suzaina Ahmad.Majlis tersebut dimeriahkan dengan jamuan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang turut dihadiri oleh usahawan- usahawan kraf negeri perlis,anggota kerja PKKM cawangan kedah dan wakil dari pihak media dan agensi KPKK negeri Perlis.

Tuesday, August 31, 2010

SALAM MERDEKA

Salam,

Diucapkan selamat menyambut hari Merdeka ke 53.Syukur alhamdulillah kita diberikan rahmah dan hidayah NYA selama 53 tahun ini hidup dalam aman dan damai sesama kita yang pelbagai bangsa dan kaum.dalam negara Malaysia yang tercinta ini.Rezeki dan nikmat NYA juga melimpah ruah di berikan kepada kita dengan berbagai punca rezeki.
Kraftangan Perlis juga tidak ketinggalan menyertai sambutan Hari Kemerdekaan ke 53 ini.Semua anggota kerja telah dengan penuh semangat bersama-sama dengan agensi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di negeri Perlis, berbaris dan berhimpun di Dataran Merdeka Negeri Perlis meyambut dan memeriahkan acara ini.
MERDEKA!!!MERDEKA!!!! MERDEKA!!!

Wednesday, August 25, 2010

TERIMA KASIH PM ATAS PEMBERIAN DUIT RAYA..








KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. -Bernama

LAWATAN PENGARAH KE UNIT PENGAJIAN KEJURUTERAAN BAHAN,UNIMAP

Pengarah En. Adzman bin Suhaimi telah mengadakan sesi lawatan ke Unit Pengajian Kejuruteraan Bahan,Unimap pada 20hb. Ogos 2010 bertempat di Kubang Gajah,Jalan Arau-Kangar Perlis. Pada sesi lawatan tersebut, pihak Kraftangan berpeluang meninjau proses penghasilan atau kajian terhadap bahan yang dilakukan oleh unit tersebut. Sesi lawatan tersebut ditemani bersama ketua unit Profesor Che Ruzaidi Ghazali.







Sunday, July 18, 2010

TERIMA KASIH

Majlis perpisahan untuk En. Khalid yang akan memulakan tugas beliau di Pekan Pahang mulai 1 Julai 2010.Terima kasih diucapkan buat beliau dan semoga lebih cemerlang ditempat baru.

TAKLIMAT OLEH BAHAGIAN IT

Friday, July 16, 2010

CERAMAH SPRM

Ceramah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah memberi pengetahuan  kepada anggota kerja tentang akibat buruk amalan rasuah.Bersama-samalah kita memerangi rasuah.

Monday, July 12, 2010

FIRE DRILL

17 Jun 2010 - Cawangan Perlis dengan kerjasama Jabatan Bomba Perlis ,telah mengadakan kursus dalaman Mencegah dan Memadamkan Kebakaran kepada warga kraftangan Perlis,Kedah dan Pulau Pinang.Peserta-peserta telah diajar dan dilatih cara-cara untuk memadamkan kebakaran menggunakan cara yang betul.

Sunday, July 4, 2010

CERAMAH AGAMA SIRI 1

15 April - PKKM Cawangan Perlis telah menjadi tuan rumah bagi siri kursus dalaman untuk peringkat zon utara.Sebagai permulaan satu ceramah agama telah diadakan bertempat di bilik mesyuarat PKKM Cawangan Perlis.Seramai 30 orang anggota kerja dan peserta latihan jangka pendek mengikuti ceramah ini.

Thursday, July 1, 2010

LAWATAN

11 April 2010 - Lawatan daripada Lembaga Perempuan Islam Perhubungan Negeri Perak telah mengunjungi Kraftangan Cawangan Perlis.Rombongan adalah seramai 70 orang. Mereka telah diberikan taklimat ringkas mengenai aktiviti yang dijalankan oleh pihak kami.
Sempena kunjungan tersebut juga pihak kami telah menjemput usahawan mengadakan jualan produk mereka dan peserta rombongan juga diberikan peluang untuk mewarna batik.

Gotong Royong