Tuesday, December 28, 2010

JASA MU TETAP DIKENANG..Salam perpisahan buat mantan Pengarah En. Adzman B. Suhaimi



27 Dis. - Setelah 3 tahun mencurahkan pengalaman dan tunjuk ajar beliau kepada kakitangan serta usahawan - usahawan kraf negeri Perlis, En. Adzman Suhaimi selaku pengarah Kraftangan Malaysia Caw. Perlis telah bertukar ke ibu pejabat, Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada tahun 2011. Selama beliau berkhidmat di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, beliau telah banyak menabur bakti melakukan transformasi khususnya pada kakitangan serta para usahawan kraf di negeri Perlis. Banyak kemudahan dan prasarana yang telah di bangunkan untuk golongan usahawan kraf selain mendapatkan keselesaan kepada kakitangan melalui ruang pejabat baru yang dibina. Selain itu juga, dengan usaha beliau buat julung kali pertamanya acara promosi telah berjaya dilaksanakan di ruang legar Kraftangan Malaysia cawangan Perlis sendiri sehingga mendapat sambutan yang agak menggalakkan bermula pada tahun 2008. Dengan berlangsungnya acara promosi tersebut, maka dapat membuka mata orang ramai untuk menceburi bidang kraf, hasilnya telah ramai mereka yang datang untuk mendaftar sebagai usahawan baru kraf.
Berkat kerjasama beliau juga dan pihak kerajaan negeri bersama Y.M Tengku Puan Sharifah Hismah, sebuah bengkel batik telah didirikan di kawasan Pauh untuk memberi peluang kepada mereka yang berminat menghasilkan batik, bengkel tersebut akan beroperasi sepenuhnya pada awal Januari tahun hadapan.
Sehingga ke hari ini kesan tunjuk ajar serta pandangan En Adzman dapat digunakan dengan berkesan khususnya kepada kakitangan dan usahawan kraf. Jasa beliau amat dihargai, hanya tuhan sahaja dapat membalas segala jasa baik selama beliau berkhidmat disini. Semoga En. Adzman tidak melupai kami semua disini, dan didoakan semoga En. Adzman dapat menempuh kejayaan yang cemerlang, gemilang lagi terbilang pada masa akan datang..Khz/10 rabu dalam hujan..

No comments:

Post a Comment