Pihak PKKM Perlis mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir & batin sekiranya pihak kami tersalah bicara, harap mohon diampunkan & Selamat menyambut hari Merdeka ke-54. Berhati-hati di jalan raya,kepulangan anda dinanti dengan senyuman dan bukannya tangisan.
Tuesday, August 23, 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H/2011 & SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54
Pihak PKKM Perlis mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir & batin sekiranya pihak kami tersalah bicara, harap mohon diampunkan & Selamat menyambut hari Merdeka ke-54. Berhati-hati di jalan raya,kepulangan anda dinanti dengan senyuman dan bukannya tangisan.
TAKZIAH BUAT KELUARGA SHARINA SAARI (BSK) ATAS PEMERGIAN BONDA TERCINTA
Pihak PKKM Perlis merakamkan ucapan takziah atas pemergian bonda tercinta Sharina Saari (Bahagian Komunikasi Korporat) pada petang semalam. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman..Al-Fatihah.
Monday, August 22, 2011
ERTI MERDEKA BAGI KITA SEMUA....
Bersemangat,Pengarah En. Rosli dan En. Wan Husnan dengan penuh bangga & semangat memegang sepanduk Merdeka |
Dikala ramadhan kian menghampiri penghujungnya, syawal pula bakal tiba namun jangan dilupa hari Merdeka juga jatuh pada bulan yang sama. Bagi menunjukkan rasa bangga dan hormat pada negara tercinta, sempena bulan kemerdekaan tahun ini, pihak anggota kerja PKKM Perlis berkerjasama menghiasi perkarangan pejabat dengan bendera Malaysia bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Merdeka. Tema kemerdekaan tahun ini adalah '1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera'. Sama-sama kita kibarkan bendera jalur gemilang.
Thursday, August 18, 2011
TAZKIRAH RAMADHAN: KEISTIMEWAAN SEPULUH MALAM TERAKHIR
Alangkah cepatnya masa
berlalu, ketika kita mula merasakan seronok melaksanakan ibadah, Ramadan
semakin hampir menutupkan tirainya. 10 hari terakhir Ramadan adalah merupakan
saat di mana Rasulullah s.a.w meningkatkan amalan dengan berjaga malam,
beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya.
Berlalunya
sebahagian besar dari hari-hari Ramadan sewajarnya menimbulkan kecemasan kepada
kita. Apakah selama 19 hari kita berpuasa benar-benar telah menjadikan kita
manusia yang bertaqwa atau sebaliknya?
Imam
Bukhari dan Muslim meriwayatkan:
عَنْ عَائِشـَة َ قـَالـَـتْ
كـَانَ النـَّبـِي صلى الله عليه وسلم إذا دخلت العشر أحيا الليل وشد المئزر وأيقظ
أهله
Maksudnya:
Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w apabila masuknya sepuluh
malam terakhir (Ramadan) baginda menghidupkan malam, baginda mengemaskan
kainnya dan baginda mengejutkan isterinya dan (yakni tidak bersama dengan
isteri).
Hadis ini menceritakan
kepada kita bagaimana Nabi s.a.w bersungguh melaksanakan ibadah meskipun
baginda s.a.w tidak melakukan dosa. Namun baginda telah memberikan satu contoh
tauladan yang baik kepada umatnya di dalam menghayati sepuluh hari terakhir
Ramadan. Panduan yang diberikan oleh baginda ini menggambarkan betapa tinggi
nilainya saat yang kita lalui sekarang. Menjadi suatu yang amat malang
sekiranya kita semakin lemah dan cuai dalam melakukan ibadah meskipun Ramadan
semakin hampir meninggalkan kita.
Imam
Muslim juga meriwayatkan:
عن عائشة رضي الله عنها
قالت: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يجتهد في العَشـْرِ الأوَاخِرِ، مَا لا
يَجـْتـَهـِدُ فِـْي غـَيْرِهِ
Maksudnya:
Aisyah r.a berkata: “ Bahawa Nabi s.a.w bersungguh-sungguh (beribadat) pada 10
malam terakhir tidak sepertimana (di bulan) selainnya”.
Contoh yang ditinggalkan
kepada kita oleh baginda s.a.w wajar dijadikan pedoman di dalam mengisi
hari-hari terakhir Ramadan ini. Sepatutnya waktu ini tidak dihabiskan dengan
menonton tv atau mengunjungi pusat-pusat membeli belah. Kerana inilah fenomena
yang sering kita lihat. Kelebihan sepuluh malam terakhir seolah-olah tidak
lansung diambil kira. Malah lebih mendukacitakan lagi ada di kalangan muda-mudi
Islam yang keluar malam ke taman-taman untuk memadu kasih tanpa rasa berdosa
dan malu. Sepatutnya bapa sebagai ketua keluarga mengambil berat soal
membudayakan suasana ibadah khsusnya pada 10 malam terakhir ini. .Anak-anak
perlukan satu panduan dan contoh dari ibubapa. Sebaliknya jika ibubapa turut
serta mengabaikan ibadah di penghujung Ramadan maka tidak hairanlah anak-anak
tidak berminat untuk mengerjakan solat tarawih sebaliknya datang ke masjid atau
surau hanya untuk membuat bising dan bermain mercun.
Apa
yang dimaksudkan dengan baginda s.a.w menghidupkan malam dan mengemaskan kain
sarungnya ialah sebagai satu gambaran bagaimana bersungguhnya baginda
menumpukan saat ini dengan ibadah sehinggakan baginda tidak bersama dengan
isteri untuk 10 malam terakhir ini. Kesungguhan ini didorong pula dengan
kelebihan sepuluh malam terakhir yang dijanjikan dengan kehadiran malam Al-Qadr
atau Lailatulqadar.
Firman
Allah Taala yang bermaksud: (( Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran)
pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam
kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan)) . Surah Al-Qadr : 1-3
Malam
al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada ummat
Islam di dalam mencari rahmat dan kasihNya. Bagi mereka yang benar-benar
beriman keghairahan mencari redha Allah Taala menjadikan mereka begitu teruja
meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah Taala.
Sebaliknya bagi mereka yang alpa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan
aktiviti persiapan hariraya yang menyibukkan mereka hingga terlupa promosi
istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah Taala di penghujung
Ramadan.
Antara amalan yang boleh
dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah
menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajjud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah Taala. Juga digalakkan supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah. Ibubapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena. Bagi memudahkan mereka bangun bersama pastikan mereka dapat tidur lebih awal. Bagi suami isteri sepuluh malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi s.a.w diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amala ibadah.
menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajjud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah Taala. Juga digalakkan supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah. Ibubapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena. Bagi memudahkan mereka bangun bersama pastikan mereka dapat tidur lebih awal. Bagi suami isteri sepuluh malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi s.a.w diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amala ibadah.
Amalan
beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan
memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah Taala. Kata Imam
Az-Zuhri:
عجباً للمسلمين تـَرَكـُوْا
الإعـْتـِكـَافَ مـَعَ أنَّ النـَّبـِيَّ صَلـَّى الله عليه وسلم مَا تـَرَكـَهُ
مُنـْذ ُ قـَدَمَ المَديْنـَة حـَتـَّى قـَبـِضَهُ الله عـَزَّ وَجـَلَّ
Maksudnya:
“Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf
sedangkan Nabi s.a.w tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di
Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia.-sumber DUPahang Weblog
Tuesday, August 2, 2011
HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN NEGERI PERLIS (MINI MAHA) 2011
Dwisha Craft antara sebilangan usahawan kraf yang terlibat |
Rezeki sempena menyambut awal ramadhan buat usahawan-usahawan yang terlibat dalam jualan aktiviti Hari Peladang,Penternak & Nelayan peringkat negeri Perlis di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar pada 27-30 Julai lalu. Pelbagai acara menarik serta pameran diadakan sempena aktiviti tersebut berlangsung. Tidak ketinggalan usahawan kraf negeri Perlis iaitu Dwisha Craft,Lan Seni Kraf, Liznim Kraf Ent dan Sentuhan Budi turut terbabit menyertai aktiviti jualan. Menurut usahawan dari Dwisha Craft, Puan Shabanun Sharif, smabutan yang diberikan agak menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat dan hasil jualan agak meningkat berbanding dengan tahun lepas. Semoga aktiviti seperti ini dapat diperluaskan lagi promosi serta pameran pada masa akan datang untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung datang ke negeri Perlis ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)