Monday, October 17, 2011

SEKITAR KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN NEGERI PERLIS 2011

Menteri Besar Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu memberi ucapan,
seterusnya melakukan gimik perasmian karnival
Pada 16 Oktober yang lalu, berlansung dengan rasminya Karnival Kerjaya dan Keusahawanan peringkat negeri Perlis yang beranjakkan Menteri Besar Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu untuk merasmikan karnival di Dewan Wawasan 2020 Karnival bertujuan menterjemahkan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal Insan dan mencapai masyarakat Malaysia yang berpendapatan tinggi menjelang wawasan 2020. Karnival bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 5 petang. Anggaran 30 syarikat usahawan,10 agensi Jabatan kerajaan negeri dan 20 NCIA mempamerkan pengiklanan serta produk mereka. Turut hadir bersama ketika majlis perasmian,Pengarah PKKM Perlis  En. Rosli b. Talikun dan anggota kerja En. Nazri B. Basiran. Berikut antara keratan intipati ucapan Menteri Besar sempena karnival tersebut berlangsung.

Majlis taklimat berperanan bersama pihak berkuasa dalam perlaksanaan Koridor Utara( NCIA). Program ini membayangkan peluang-peluang pekerjaan serta kerjaya  dalam pelbagai sektor seiring dengan pembangunan koridor utara ini. Warga  tempatan khususnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak perlu mensyukuri nikmat ini kerana adanya pemimpin yang berpandangan jauh yang bukan saja membela nasib bangsa sekarang ini tetapi juga generasi akan datang.

Program pelancongan  dalam kordor ini menyaksikan industri kraf mendapat tempias ekonomi yang cukup prihatin “ To encourage private-sector investment to comercialise the rural handicraft sector in the NCER,  a Handicraft Development Fund (HDF) of RM50 million per annum will be setup to provide seed capital to private companies or individuals interested to organise and grow the traditional handicraft industries.” Begitu yakin dan optimisnya kerajaan terhadap kebolehan pengusaha kraf untuk membangunkan perusahaan ini ke tahap industri. Maka ini amat menuntut komitmen semua warga kraf pelbagai lapisan untuk memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Ini bukan “ burung terbang dipipiskan lada” tapi dayung sudah di tangan, sampan sudah tersedia… kenapa masih samar arah tujuan?






Sunday, October 9, 2011

PENDIDIKAN KRAF WAU BERSAMA PELATIH GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU NEGERI PERLIS

Seorang pelatih guru mempamerkan wau yang telah disiapkan
Pada 8hb. Oktober yang lalu,bertempat di Institut Pendidikan Guru Negeri Perlis,Behor Pulai Kangar, pihak PKKM Perlis telah mengadakan program pendidikan kraf membuat wau hiasan bersama 65 orang bakal-bakal guru. Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang. En. Samat b. Man,antara tenaga pengajar yang dilantik pihak PKKM Perlis untuk membimbing para peserta sambil dibantu oleh pembantunya En. Husin b. Long dan 2 orang angota kerja bahagian Pemuliharaan Kraf PKKM Perlis. Program ini bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada bakal-bakal guru yang akan menamatkan pengajian suatu hari nanti supaya tidak melupakan pembuatan warisan kraf negara ini,dan mereka boleh mendedahkan pengalaman mereka ini kepada murid-murid mereka nanti. Walaupun pembuatan wau tradisional ini bukan diantara subjek teras dalam pendidikan seni di sekolah,namun pendedahan ini amat penting kepada generasi akan datang,supaya ia tidak akan ditenggelami dengan arus pemikiran moden pada masa akan datang.