Tuesday, December 15, 2015

BENGKEL JAHITAN BEG

Pada 6hb-11hb Disember yang lalu, pihak Kraftangan Malaysia Caw. Perlis telah menganjurkan bengkel jahitan beg bersama tenaga pengajar dari Bahagian Rekaan Puan Shira. Sebanyak empat rekaan beg telah dipelajari sepanjang program tersebut berlansung. Program turut melibatkan 9 orang peserta terdiri daripada usahawan negeri Perlis, Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

SUMBANGAN PENGHARGAAN


Ucapan tahniah kepada tuan pengarah En. Awang Ismail dan anggota kerja Puan Suzaina kerana kecemerlangan anak mereka didalam peperiksaan tahun ini.Anak kepada En. Awang Ismail memperolehi 9A 1B dalam peperiksaan PT3 manakala anak kepada Puan Suzaina memperolehi 5A dalam UPSR.Pihak Kelab sukan & kebajikan Kraftangan M'sia Caw. Perlis berbesar hati memberi ganjaran kepada anak-anak mereka yang berjaya.