Wednesday, December 28, 2011

PROGRAM MERAYATKAN SENI,KG. CHANGKAT JAWI

Datuk Hajah Mastika Junaidah (kiri) bersama timbalan pengarah Jabatan Penerangan dan Pengarah PKKM En. Rosli menyampaikan hadiah unutk pemenang sukan rakyat sempena program tersebut berlangsung
Pada 15 Disember lalu, pihak Jabatan Kebudayaan &Kesenian Negara bersama Jabatan Penerangan Perlis telah menganjurkan Program Merayatkan Seni bertempat di Kampung Changkat Jawi,DUN Guar Sanji. Program bermula pada 14hb dengan aktiviti seperti sukan rakyat dan pertandingan karaoke lagu patriotik diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Program sepatutnya dirasmikan oleh Exco Agama Negeri Perlis iaitu YBJafperi Bin Othman yang juga wakil rakyat bagi DUN kawasan Guar Sanji, namun disebabkan beliau menghadiri persidangan di SUK Perlis pada masa yang sama beliau telah mewakilkan Ketua Wanita Umno negeri Perlis Dato' Hajjah Mastika Junaidah Bt. Husin yang juga mantan pengerusi Kraftangan Malaysia sebagai perasmi program. Perasmian disempurnakan pada pukul 2.30 petang dan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah JKKN negeri Perlis En. Rizal. Sejurus kemudian Dato' Hajjah Mastika mengambil tempat untuk ucapan perasmian bagi mewakili YB Adun Guar Sanji yang tidak dapat hadir beliau juga sudi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang sukan rakyat yang diadakan pada sebelah pagi. Antara sukan yang diadakan seperti acara bolasepak berkain pelekat,sepaktakraw dan acara mengadam sireh junjung. Selain itu juga orang ramai yang hadir turut menikmati juadah kenduri rakyat dan bubur asyura yang telah dihidangkan oleh penganjur. Pihak PKKM Perlis yang hadir mengadakan pameran sebagai tanda sokongan kepada program yang diadakan. Semoga aktiviti seperti ini diadakan pada tahun hadapan di venue yang lain agar dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim antara agensi-agensi kerajaan bersama masyarakat kampung.



Wednesday, December 14, 2011

SHOWCASE SDSI, AYER KEROH MELAKA 2011

YB Dato' Mukriz Tun Mahathir menerima cenderamata dari wakil
jawatankuasa SDSI negeri Perlis
Sekali lagi Melaka menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Nasional 2011 pada 9-11 Disember 2011 (jam 10 pagi hingga 10 malam)bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Pameran ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Mukriz Bin Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 9 Disember 2011. Tema bagi penganjuran kali ini adalah “Dari Malaysia ke Persada Dunia “. Seramai 4 wakil usahawan kraf dari negeri Perlis iaitu Batik inderawasih, Sentuhan Budi Enterprise,Dwisha Craft, Liznim enterprise dan Husaidi Enterprise telah melibatkan diri dalam aktiviti pameran jualan serta pertandingan. Pihak PKKM perlis pula diwakili oleh Pengarah En. Rosli B. Talikun bersama En. Wan Husnan B. Wan Kadir dari Bahagian Usahawan yang  hadir ke upacara perasmian. Batik Inderawasih telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam kategori tekstil menjadikan 3 tahun berturut-turut mereka berjaya mengekalkan konsisten diantara 3 usahawan terbaik dalam aktiviti pertandingan tersebut. Semoga karnival seperti ini dapat diteruskan dari tahun ke tahun oleh kerana dengan adanya karnival seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan SDSI pada masa akan datang.





Tuesday, December 13, 2011

AL-FATIHAH BUAT PEREKA KRAFTANGAN ALLAHYARHAM NAZARI BIN MAARUS

Pihak PKKM Perlis merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham En. Nazari Maarus,Pereka Kraftangan Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah pada 13/12/11. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan-golongan mereka yang beriman. Sesungguhnya negara kita akan terasa kehilangan insan berjiwa seni yang berbakat besar dalam dunia peragaan. Al-fatihah......