Wednesday, December 14, 2011

SHOWCASE SDSI, AYER KEROH MELAKA 2011

YB Dato' Mukriz Tun Mahathir menerima cenderamata dari wakil
jawatankuasa SDSI negeri Perlis
Sekali lagi Melaka menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Nasional 2011 pada 9-11 Disember 2011 (jam 10 pagi hingga 10 malam)bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Pameran ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Mukriz Bin Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 9 Disember 2011. Tema bagi penganjuran kali ini adalah “Dari Malaysia ke Persada Dunia “. Seramai 4 wakil usahawan kraf dari negeri Perlis iaitu Batik inderawasih, Sentuhan Budi Enterprise,Dwisha Craft, Liznim enterprise dan Husaidi Enterprise telah melibatkan diri dalam aktiviti pameran jualan serta pertandingan. Pihak PKKM perlis pula diwakili oleh Pengarah En. Rosli B. Talikun bersama En. Wan Husnan B. Wan Kadir dari Bahagian Usahawan yang  hadir ke upacara perasmian. Batik Inderawasih telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam kategori tekstil menjadikan 3 tahun berturut-turut mereka berjaya mengekalkan konsisten diantara 3 usahawan terbaik dalam aktiviti pertandingan tersebut. Semoga karnival seperti ini dapat diteruskan dari tahun ke tahun oleh kerana dengan adanya karnival seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan SDSI pada masa akan datang.





No comments:

Post a Comment