Wednesday, December 28, 2011

PROGRAM MERAYATKAN SENI,KG. CHANGKAT JAWI

Datuk Hajah Mastika Junaidah (kiri) bersama timbalan pengarah Jabatan Penerangan dan Pengarah PKKM En. Rosli menyampaikan hadiah unutk pemenang sukan rakyat sempena program tersebut berlangsung
Pada 15 Disember lalu, pihak Jabatan Kebudayaan &Kesenian Negara bersama Jabatan Penerangan Perlis telah menganjurkan Program Merayatkan Seni bertempat di Kampung Changkat Jawi,DUN Guar Sanji. Program bermula pada 14hb dengan aktiviti seperti sukan rakyat dan pertandingan karaoke lagu patriotik diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Program sepatutnya dirasmikan oleh Exco Agama Negeri Perlis iaitu YBJafperi Bin Othman yang juga wakil rakyat bagi DUN kawasan Guar Sanji, namun disebabkan beliau menghadiri persidangan di SUK Perlis pada masa yang sama beliau telah mewakilkan Ketua Wanita Umno negeri Perlis Dato' Hajjah Mastika Junaidah Bt. Husin yang juga mantan pengerusi Kraftangan Malaysia sebagai perasmi program. Perasmian disempurnakan pada pukul 2.30 petang dan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah JKKN negeri Perlis En. Rizal. Sejurus kemudian Dato' Hajjah Mastika mengambil tempat untuk ucapan perasmian bagi mewakili YB Adun Guar Sanji yang tidak dapat hadir beliau juga sudi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang sukan rakyat yang diadakan pada sebelah pagi. Antara sukan yang diadakan seperti acara bolasepak berkain pelekat,sepaktakraw dan acara mengadam sireh junjung. Selain itu juga orang ramai yang hadir turut menikmati juadah kenduri rakyat dan bubur asyura yang telah dihidangkan oleh penganjur. Pihak PKKM Perlis yang hadir mengadakan pameran sebagai tanda sokongan kepada program yang diadakan. Semoga aktiviti seperti ini diadakan pada tahun hadapan di venue yang lain agar dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim antara agensi-agensi kerajaan bersama masyarakat kampung.



Wednesday, December 14, 2011

SHOWCASE SDSI, AYER KEROH MELAKA 2011

YB Dato' Mukriz Tun Mahathir menerima cenderamata dari wakil
jawatankuasa SDSI negeri Perlis
Sekali lagi Melaka menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Nasional 2011 pada 9-11 Disember 2011 (jam 10 pagi hingga 10 malam)bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Pameran ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Mukriz Bin Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 9 Disember 2011. Tema bagi penganjuran kali ini adalah “Dari Malaysia ke Persada Dunia “. Seramai 4 wakil usahawan kraf dari negeri Perlis iaitu Batik inderawasih, Sentuhan Budi Enterprise,Dwisha Craft, Liznim enterprise dan Husaidi Enterprise telah melibatkan diri dalam aktiviti pameran jualan serta pertandingan. Pihak PKKM perlis pula diwakili oleh Pengarah En. Rosli B. Talikun bersama En. Wan Husnan B. Wan Kadir dari Bahagian Usahawan yang  hadir ke upacara perasmian. Batik Inderawasih telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam kategori tekstil menjadikan 3 tahun berturut-turut mereka berjaya mengekalkan konsisten diantara 3 usahawan terbaik dalam aktiviti pertandingan tersebut. Semoga karnival seperti ini dapat diteruskan dari tahun ke tahun oleh kerana dengan adanya karnival seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan SDSI pada masa akan datang.





Tuesday, December 13, 2011

AL-FATIHAH BUAT PEREKA KRAFTANGAN ALLAHYARHAM NAZARI BIN MAARUS

Pihak PKKM Perlis merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham En. Nazari Maarus,Pereka Kraftangan Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah pada 13/12/11. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan-golongan mereka yang beriman. Sesungguhnya negara kita akan terasa kehilangan insan berjiwa seni yang berbakat besar dalam dunia peragaan. Al-fatihah......

Tuesday, November 15, 2011

MEWARNA BATIK SEMPENA FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI PERLIS


Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara(JKKN) negeri Perlis telah menganjurkan Festival Kesenian Kanak-Kanak(FESKEKK) peringkat negeri Perlis pada 15hb yang lalu. Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang. Exco  Belia,  Sukan, Kebudayaan, Kesenian, Sumber Manusia dan Perpaduan kerajaan negeri Perlis YB Abdul Jamil Saad bersama isteri hadir bersama merasmikan program tersebut. Pihak PKKM Perlis pula telah melibatkan diri dalam aktiviti mewarna batik bersama-sama pelajar tadika yang hadir dari disekitar negeri Perlis. Pihak Perpusatakaan awam negeri Perlis juga turut bersama menganjurkan aktiviti permainan kanak-kanak bagi memeriahkan lagi suasanan program.
                

Sunday, November 13, 2011

PENDIDIKAN KRAF ROTAN 11.11.11


Pihak PKKM Perlis bersama Sek.Men. Keb. Dato' Ali, Kangar telah mengadakan aktiviti pendidikan kraf menganyam rotan pada Jumaat yang lalu. Aktiviti tersebut telah menghimpunkan hampir 100 pelajar Sek. Men. Keb. Dato' Ali, Kangar yang begitu berminat menimba pengalaman menghasilkan produk kraf rotan. Pihak PKKM Perlis yang diwakili Bahagian Pemuliharaan menggunakan khidmat usahawan Wan Shabanun dari syarikat Dwisha Craft & anggota kerja En. Ahmad Zaki untuk menjadi  fasilitator tenaga pengajar bagi membimbing pelajar yang menyertai aktiviti tersebut. Aktiviti bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 12 tengahari. Pihak guru yang turut serta menjadi antara sebahagian peserta berasa teruja dan berharap kerjasama antara kedua-dua pihak ini akan berlanjutan pada masa akan datang untuk jadikan aktiviti seperti ini sebahagian aktiviti kokurikulum/riadah pelajar.






Wednesday, November 2, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1432H/2011

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang bangun pada kedua malam dari Raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan ikhlas, kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada saat hati semua orang telah mati". (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Umam )
Pihak PKKM Caw. Perlis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H/2011 kepada kaum muslimin dan muslimat terutama kepada semua warga anggota kerja Kraftangan Malaysia.

Monday, October 17, 2011

SEKITAR KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN NEGERI PERLIS 2011

Menteri Besar Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu memberi ucapan,
seterusnya melakukan gimik perasmian karnival
Pada 16 Oktober yang lalu, berlansung dengan rasminya Karnival Kerjaya dan Keusahawanan peringkat negeri Perlis yang beranjakkan Menteri Besar Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu untuk merasmikan karnival di Dewan Wawasan 2020 Karnival bertujuan menterjemahkan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal Insan dan mencapai masyarakat Malaysia yang berpendapatan tinggi menjelang wawasan 2020. Karnival bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 5 petang. Anggaran 30 syarikat usahawan,10 agensi Jabatan kerajaan negeri dan 20 NCIA mempamerkan pengiklanan serta produk mereka. Turut hadir bersama ketika majlis perasmian,Pengarah PKKM Perlis  En. Rosli b. Talikun dan anggota kerja En. Nazri B. Basiran. Berikut antara keratan intipati ucapan Menteri Besar sempena karnival tersebut berlangsung.

Majlis taklimat berperanan bersama pihak berkuasa dalam perlaksanaan Koridor Utara( NCIA). Program ini membayangkan peluang-peluang pekerjaan serta kerjaya  dalam pelbagai sektor seiring dengan pembangunan koridor utara ini. Warga  tempatan khususnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak perlu mensyukuri nikmat ini kerana adanya pemimpin yang berpandangan jauh yang bukan saja membela nasib bangsa sekarang ini tetapi juga generasi akan datang.

Program pelancongan  dalam kordor ini menyaksikan industri kraf mendapat tempias ekonomi yang cukup prihatin “ To encourage private-sector investment to comercialise the rural handicraft sector in the NCER,  a Handicraft Development Fund (HDF) of RM50 million per annum will be setup to provide seed capital to private companies or individuals interested to organise and grow the traditional handicraft industries.” Begitu yakin dan optimisnya kerajaan terhadap kebolehan pengusaha kraf untuk membangunkan perusahaan ini ke tahap industri. Maka ini amat menuntut komitmen semua warga kraf pelbagai lapisan untuk memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Ini bukan “ burung terbang dipipiskan lada” tapi dayung sudah di tangan, sampan sudah tersedia… kenapa masih samar arah tujuan?






Sunday, October 9, 2011

PENDIDIKAN KRAF WAU BERSAMA PELATIH GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU NEGERI PERLIS

Seorang pelatih guru mempamerkan wau yang telah disiapkan
Pada 8hb. Oktober yang lalu,bertempat di Institut Pendidikan Guru Negeri Perlis,Behor Pulai Kangar, pihak PKKM Perlis telah mengadakan program pendidikan kraf membuat wau hiasan bersama 65 orang bakal-bakal guru. Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang. En. Samat b. Man,antara tenaga pengajar yang dilantik pihak PKKM Perlis untuk membimbing para peserta sambil dibantu oleh pembantunya En. Husin b. Long dan 2 orang angota kerja bahagian Pemuliharaan Kraf PKKM Perlis. Program ini bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada bakal-bakal guru yang akan menamatkan pengajian suatu hari nanti supaya tidak melupakan pembuatan warisan kraf negara ini,dan mereka boleh mendedahkan pengalaman mereka ini kepada murid-murid mereka nanti. Walaupun pembuatan wau tradisional ini bukan diantara subjek teras dalam pendidikan seni di sekolah,namun pendedahan ini amat penting kepada generasi akan datang,supaya ia tidak akan ditenggelami dengan arus pemikiran moden pada masa akan datang.




Tuesday, September 27, 2011

PROGRAM MERAKYATKAN SENI (PMS) & RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 1432H/2011 ANJURAN JKKN PERLIS

Menteri Besar Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu bersama Timbalan Menteri
Penerangan,Komumnikasi & Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruzz
menurunkan tandatangan untuk gimik perasmian program
Pihak Jabatan Kebudayaan,Kesenian Negara bersama Jabatan Penerangan negeri Perlis serta agensi dibawah KPKK negeri Perlis telah mengadakan Program Merayatkan Seni & Budaya Komuniti 1 Malaysia dan Rumah terbuka Aidilfitri 1432h/2011. Bertempat di Padang awam Kampung sungai Serai,Chuping Perlis,program bermula pada 24 September dan berakhir pada keesokanya. Anggaran 20 khemah didirikan untuk sepanjang program tersebut berlangsung, lebih separuh daripada itu dijadikan sebagai pertandingan khemah-khemah tercantik,peserta yang terdiri daripada penduduk-penduduk kampung di sekitar kawasan DUN Chuping. Mereka juga turut bergotong-royong menyediakan juadah disetiap khemah untuk hidangan kepada orang ramai yang hadir.
Program tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan menteri Penerangan,Komunikasi & Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz serta Menteri Besar Perlis Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu bersama exco-exco kerajaan untuk merasmikan majlis.Gimik menandatangani kad raya terbesar dilakukan oleh    kedua-dua wakil kerajaan ini untuk  menandakan secara rasminya program bermula.Acara perasmian dan jamuan bermula seawal jam 2 petang dan berakhir sekitar jam 5 petang.

Kemeriahan program berlangsung (Pop art version)





Sunday, September 18, 2011

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-54 & HARI MALAYSIA 2011 PERINGKAT NEGERI PERLIS

Pihak PKKM Perlis bergabung bersama beberapa agensi dibawah
Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan menyertai pembarisan
Kangar 16hb.Sept. - Seramai 3000 ribu peserta daripada 75 kontijen yang mewakili jabatan & agensi kerajaan, pasukan keselamatan,institusi pengajian dan NGO menyertai perarakan pembarisan sempena Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia peringkat negeri Perlis yang bermula dari Dewan Warisan dan berakhir di Taman Merdeka,Kangar sejauh kira-kira satu kilometer. Pada majlis tersebut turut dihadiri Raja Perlis serta kerabat dan Menteri Besar Datuk Seri Md. Isa B. Sabu bersama wakil-wakil rakyat yang lain. Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 11 tengahari..Sumber photo - Azmir Azmi Scania











Wednesday, September 14, 2011

AL-FATIHAH - WAN SU BIN OTHMAN


Wan Su bin Wan Othman
(Bidang Pengukiran Kayu)
1899-2011

Al-Fatihah  kepada Wan Su bin Othman atau dikenali sebagai Tok Ayah yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi. Allahyarham merupakan seorang pengukir kayu yang disegani. 

Antara ukiran yang dihasilkan allahyarham adalah Pintu Besar Muzium Negara Kuala Lumpur, Wayang Kulit di Muzium Negara, Muzium Denmark, Muzium Singapura, Meja pejabat MAS London, Pintu Utama dan Dewan Santapan Istana Sultan Pahang, Dewan Santapan Istana Sulatan Selangor dan banyak lagi. Allahyarham juga diiktiraf sebagai Adiguru Kraf Ukiran Kayu Tradisional oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 1979. info- Bhg. Komunikasi Korporat

Al-Fatihah kepada Wan Su bin Othman 

Monday, September 12, 2011

PENGERUSI BARU KRAFTANGAN MALAYSIA


BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
 MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA YANG BERBAHAGIA DATO' SOHAIMI SHAHADAN YANG DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI BARU KRAFTANGAN MALAYSIA
BERKUAT KUASA PADA 1 SEPTEMBER 2011..SUMBER BHG. KOMUNIKASI KORPORAT

Tuesday, August 23, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H/2011 & SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54


Pihak PKKM Perlis mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir & batin sekiranya pihak kami tersalah bicara, harap mohon diampunkan & Selamat menyambut hari Merdeka ke-54. Berhati-hati di jalan raya,kepulangan anda dinanti dengan senyuman dan bukannya tangisan.

TAKZIAH BUAT KELUARGA SHARINA SAARI (BSK) ATAS PEMERGIAN BONDA TERCINTA

Pihak PKKM Perlis merakamkan ucapan takziah atas pemergian bonda tercinta Sharina Saari (Bahagian Komunikasi Korporat) pada petang semalam. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan  ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman..Al-Fatihah.

Monday, August 22, 2011

ERTI MERDEKA BAGI KITA SEMUA....

Bersemangat,Pengarah En. Rosli dan En. Wan Husnan
dengan penuh bangga & semangat memegang sepanduk Merdeka

Dikala ramadhan kian menghampiri penghujungnya, syawal pula bakal tiba namun jangan dilupa hari Merdeka juga jatuh pada bulan yang sama. Bagi menunjukkan rasa bangga dan hormat pada negara tercinta, sempena bulan kemerdekaan tahun ini, pihak anggota kerja PKKM Perlis berkerjasama menghiasi perkarangan pejabat dengan bendera Malaysia bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Merdeka. Tema kemerdekaan tahun ini adalah '1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera'. Sama-sama kita kibarkan bendera jalur gemilang.