Thursday, May 22, 2014

KARNIVAL KRAF PKKM CAWANGAN PERLIS 2014


23 Mei: - Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis akan mengadakan Karnival Kraf 2014 yang akan berlangsung di perkarangan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis pada 24 Mei - 1 Jun 2014, bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. Aktiviti tersebut diadakan sempena Negeri Perlis menjadi tuan rumah SUKMA (Sukan Malaysia) ke-17 yang akan berlangsung pada  24 Mei - 4 Jun ini. Orang ramai di jemput hadir ke Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis bagi memeriahkan lagi serta memberi sokongan kepada produk kraf tempatan. Karnival Kraf pada kali akan dirasmikan oleh YB. Tuan Abdul Jamil B. Saad, Exco Belia & Sukan, Kebudayaan,pelancongan,Kesenian dan Warisan Negeri Perlis.

Monday, March 17, 2014

HARI KRAF KEBANGSAAN 2014 MELABUHKAN TIRAI..



Hari Kraf Kebangsaan 2014 telah melabuhkan tirainya pada 10 Mac 2014 yang lalu. Terima kasih kepada semua usahawan kraf yang telah menyertai promosi kali ini, pengunjung-pengunjung yang hadir dari seluruh negara serta anggota kerja Kraftangan Malaysia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari Kraf Kebangsaan 2014. 
InsyaAllah kita bertemu lagi di tahun 2015.

Thursday, March 6, 2014

PAK NON (SAMAT BIN MAN) TERIMA ANUGERAH TUKANG ULUNG 2014


26 Feb. - Lagenda pembuat wau negeri Perlis Encik Samat Bin Man atau lebih dikenali sebagai Pak Non diberi penghormatan oleh pihak Kraftangan Malaysia apabila beliau diantara sebahagian usahawan yang diberikan Anugerah Tokoh Tukang Ulung pada majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2014 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Bt. Mansor.