Wednesday, November 6, 2013

SELAMAT BERPISAH EN. EFFENDY DAN SELAMAT DATANG EN. AWANG ISMAIL


Kraftangan Malaysia, Perlis mengucapkan ucapan tahniah kepada mantan Pengarah En. Mohd. Noor Effendy Abd. Karim yang telah dinaikkan pangkat dan bertugas ditempat baru. Segala jasa yang telah beliau taburkan di bumi Perlis ini akan dibukukan dalam hati untuk dijadikan memori kenangan yang tidak dapat dilupkan. Meskipun hanya setahun berkhidmat disini banyak perubahan telah dilakukan beliau, dengan ketokohan dan ketegasan dalam melakukan tugasan kerja menjadikan pihak anggota kerja amat menghormati dan menyenangi apabila berkerja bersama beliau, hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala jasa beliau suautu hari nanti. Pihak Kraftangan Malaysia, Perlis mengucapkan selamat datang kepada Pengarah baru En. Awang Ismail Othman dari Cawangan Sarawak yang telah memulakan tugas pada 4 November yang lalu.

PENDIDIKAN KRAF PERDANA 2013 BERSAMA SMK. SYED ALWI KANGAR






28 Okt. 2013 - Pihak Kraftangan Malaysia, Perlis telah menganjurkan aktiviti Pendidikan Kraf Perdana kali ketiga pada Oktober yang lalu. Lokasi SMK Syed Alwi, Kangar menjadi pilihan dengan kerjasama dari guru-guru pendidikan seni sekolah terbabit. Seramai 350 orang pelajar melibatkan diri dalam mendalami ilmu pembuatan batik dari peringkat permulaan sehingga proses terakhir pembuatan. Kesemua pelajar telah didehkan dengan aktiviti melukis diatas kain kemudian proses mencanting dan mewarna diatas rekacorak yang dihasilkan. Aktiviti tersebut telah dirasmikan dengan sempurna oleh Yang Berhormat Tuan Ahmad Bakri@Ahmad Zakri  (ADUN Kayang) .Pada sidang akbar beliau menyatakan ''Menerusi program yang memberi pendedahan dan pengetahuan asas mengenai proses pembuatan batik canting secara praktikal, akan membantu mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan pada suatu hari nanti," Pada majlis tersebut turut dihadiri Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis En. Mohd. Noor Effendy Abd. Karim yang juga merupakan aktiviti terakhir buat beliau oleh kerana beliau akan berpindah ke Kraftangan cawangan Perak pada November nanti. Semoga aktiviti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang di lokasi yang berlainan agar dapat memberi pendedahan lebih banyak kepada orang ramai berkaitan dengan bidang kraf warisan kita ini.