Tuesday, November 15, 2011

MEWARNA BATIK SEMPENA FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI PERLIS


Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara(JKKN) negeri Perlis telah menganjurkan Festival Kesenian Kanak-Kanak(FESKEKK) peringkat negeri Perlis pada 15hb yang lalu. Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang. Exco  Belia,  Sukan, Kebudayaan, Kesenian, Sumber Manusia dan Perpaduan kerajaan negeri Perlis YB Abdul Jamil Saad bersama isteri hadir bersama merasmikan program tersebut. Pihak PKKM Perlis pula telah melibatkan diri dalam aktiviti mewarna batik bersama-sama pelajar tadika yang hadir dari disekitar negeri Perlis. Pihak Perpusatakaan awam negeri Perlis juga turut bersama menganjurkan aktiviti permainan kanak-kanak bagi memeriahkan lagi suasanan program.
                

Sunday, November 13, 2011

PENDIDIKAN KRAF ROTAN 11.11.11


Pihak PKKM Perlis bersama Sek.Men. Keb. Dato' Ali, Kangar telah mengadakan aktiviti pendidikan kraf menganyam rotan pada Jumaat yang lalu. Aktiviti tersebut telah menghimpunkan hampir 100 pelajar Sek. Men. Keb. Dato' Ali, Kangar yang begitu berminat menimba pengalaman menghasilkan produk kraf rotan. Pihak PKKM Perlis yang diwakili Bahagian Pemuliharaan menggunakan khidmat usahawan Wan Shabanun dari syarikat Dwisha Craft & anggota kerja En. Ahmad Zaki untuk menjadi  fasilitator tenaga pengajar bagi membimbing pelajar yang menyertai aktiviti tersebut. Aktiviti bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 12 tengahari. Pihak guru yang turut serta menjadi antara sebahagian peserta berasa teruja dan berharap kerjasama antara kedua-dua pihak ini akan berlanjutan pada masa akan datang untuk jadikan aktiviti seperti ini sebahagian aktiviti kokurikulum/riadah pelajar.






Wednesday, November 2, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1432H/2011

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang bangun pada kedua malam dari Raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan ikhlas, kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada saat hati semua orang telah mati". (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Umam )
Pihak PKKM Caw. Perlis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H/2011 kepada kaum muslimin dan muslimat terutama kepada semua warga anggota kerja Kraftangan Malaysia.