Thursday, April 21, 2011

Pengambilan Pelajar Institut Kraf Negara Sesi Julai 2011

Institut Kraf Negara

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui Institut Kraf Negara (IKN) menawarkan program pengajian latihan kemahiran kraf secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Sijil bagi sesi Julai 2011. Anak-anak usahawan yang berkelayakan diberi keutamaan untuk memohon.  Pengajian selama dua hingga tiga tahun ini menawarkan pengajian dalam bidang Seni Kraf Batik, Tenunan, Seramik, Kayu, Logam dan Seni Kraf Rotan.
Semua bidang-bidang pengajian ditawarkan mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam setaraf dengan diploma dan sijil dari Institut Pengajian Tinggi Awam yang lain kecuali pengajian Seni Kraf Rotan.  Kepada yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan melalui Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri, Kompleks Kraf dan Institut Kraf Negara.  Borang juga boleh dimuat turun dengan melayarihttp://www.ikn.gov.my.
Untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang permohonan ini, sila layari http://www.ikn.gov.my

No comments:

Post a Comment