Wednesday, April 20, 2011

MAJLIS PENYERAHAN CEK TABUNG PENGGIAT SENI KPKK KEPADA USAHAWAN KRAF NEGERI PERLIS

Pengarah, En. Rosli B. Talikun menyampaikan replika cek
bernilai RM 10 ribu kepada Cik Manai Bt. Ibrahim


19 April - Majlis penyampaian cek Tabung Penggiat Seni Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan kepada usahawan kraf negeri Perlis telah diadakan di PKKM cawangan Perlis. Cek bernilai RM10 ribu telah disampaikan oleh pengarah cawangan En. Rosli b. Talikun kepada usahawan OKU bidang hasil rimba Cik Manai Bt. Ibrahim. Menurut pengarah, sumbangan tersebut diberikan kepada usahawan yang telah mengalami kerugian ketika banjir berlaku di negeri Perlis pada tahun lalu. Pihak cawangan telah mengemukan cadangan sebanyak 3 orang usahawan yang mengalami kerugian ketika berlaku banjir di negeri Perlis, pihak kementerian hanya bersetuju untuk menyampaikan kepada seorang sahaja usahawan yang memenuhi kriteria untuk sumbangan yang diberikan. Pemilihan Cik Manai adalah bedasarkan beliau dan saudaranya yang lain merupakan antara golongan OKU cacat penglihatan. Turut hadir bersama pada sesi penyerahan cek tersebut adalah 2 orang wakil dari Jabatan Kebajikan dan Masyarakat serta anggota kerja PKKM cawangan Perlis.

No comments:

Post a Comment